Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

4.7.11

Patriot, Bersih 2.0, Perkasa: Dua Kali Lima

Panjang lebar tarbiah dari Mahaguru 58 aku baca. kalau masih tak faham, aku boleh kategorikan diri aku sebagai bengap dan bodoh. Kesimpulan dari tarbiah beliau, ditambah dengan video yang dikepilkan bersama, perjuangan di bawah kafir, perempuan dan kaedah menegur pemerintah wajiblah menurut tatacara Islam. Noktah.

Jikalau Bersih 2.0 itu HARAM, maka perhimpunan dan perarakan anjuran PERKASA dan PATRIOT juga HARAM.  Hukum Islam, tiada siapa pun yang boleh 'dikronikan'. Salah tetap salah.

Cukup muak dengan PERKASA, cukup muak dengan style gangsterisme Pemuda UMNO dan cukup muak dengan BERSIH 2.0. Sampaikan berita pasukan bolasepak Harimau Malaya sudah tidak penting di Buletin Utama lagi.

Kalau hidup menyusahkan orang, lebih baik kalian mati dipijak masa kecil dulu.

Sesiapa sahaja yang berhimpun, melakukan provokasi dan berarak pada 9hb Julai nanti, diharap pihak polis dapat lakukan sesuatu.Sesuatu yang akan diingat sampai bila-bila.

Pihak kerajaan juga diharap usah terlalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan poyo dan mencabar rakyat. Percayalah, tidak pernah ada kemustahilan senario kejatuhan kerajaan melalui jalanraya boleh berlaku di Tanah Melayu.


2 comments:

Anonymous said...

ha ha wahabi juga larang umat islam menentang raja saud al wahabi yang enjoy dan tak peduli hal palestin dan hamba amerika semua orang tau ..apa nak heran juak wahabi di msia pun pemikiran dorang sama je..gunakan hadis juga untuk menghramkannya..tapi rakyat yang akan berfikir mana yang perlu dan mana yang auta,,,,

Anonymous said...

sanggup ustaz in angkat senjata kalau jadi macam memali sultan zaman imam ghazali pun cemas tak di pancung imam ghazali kalau tak jadi kepala perang