Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

10.7.11

Patriot Vs BERSIH 2.0: Analisa Ringkas

Pertamanya, aku bukan penyokong mana-mana pihak yang mengadakan demonstrasi. Aku cuma muak budak Melayu dibodohkan. Itu pendirian aku sejak awal bila Patriot pun nak tumpang semangkuk (dari segi kaedah) cuma mereka menentang perhimpunan BERSIH 2.0.

Berbalik kepada isu Patriot lawan BERSIH 2.0, aku letakkan 2 video di bawah yang mana setiap satu mewakili Patriot dan BERSIH 2.0. Aku ingin kalian amati kaedah yang digunakan mereka dari segi provokatif, dari segi penyertaan dan penganjuran.


video PATRIOT

Dari hemat aku, Patriot lebih kepada:

  • tiada matlamat
  • menentang/ menyerang pihak polis (melanggar FRU)
  • subsidi kelengkapan
  • tidak mendapat sambutan
  • huru-hara
  • tidak hormatkan Jalur Gemilang (dicampak dan dipijak bila diserang polis...yang kau bawak buat hapa?)



video BERSIH 2.0

Manakala, BERSIH 2.0 menjurus kepada:

  • penyertaan pelbagai kaum
  • perarakan aman
  • tidak bertempur dengan polis
  • duduk dan lari bila diserang polis.
  • menjerit hentam BN padahal isunya lebih kepada Pilihanraya (bengap jugak la kapla diorang ni)
Oleh itu, kalian fahamlah kenapa aku hentam Patriot kan? Betul tak aku cakap diorang bodohkan Melayu?

1 comment:

pasulukinta said...

patriot memang pandai berlakon, kalau tak ada pelakon tambahan -bangla memang tak jadi lakonan mereka