Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

7.8.09

Tuduh, Fitnah...Dan Tarik Balik. Settle.

Katanya, beliau telah dinasihatkan oleh Lim bahawa JIM bukan sebuah pertubuhan ekstremis dan oleh itu "adalah wajar untuk saya menarik balik kenyataan saya yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 2 Ogos lalu"."Oleh itu, saya akan mematuhi sepenuhnya arahan tersebut," kata Jeff dalam satu kenyataan lewat petang ini. ( pautan)

Kenapa sunyi sahaja? Tiada seorang pun (rasanya) yang berbunyi bila Jeff Ooi menuduh JIM sebagai sebuah pertubuhan ekstremis agama. Adakah kerana ia keluar dari mulut Jeff Ooi yang duduk dalam Pakatan Rakyat?

Puak- puak seperti Jeff ni, bukan ada seorang. Ramai bilangannya. Membuat tuduhan dan fitnah, dan menarik balik kembali kenyataan mereka. Dan Melayu Islam Malaysia berkali-kali membuktikan bahawa mereka adalah golongan yang pemaaf.

Sampai bila kita mahu dipijak kepala oleh puak- puak seperti Jeff Ooi? Layakkah mereka digelar sebagai Ekstremis Cina?

Harimau: Harimau tarik balik gelaran "Ektremis Cina" tersebut. Sorry ya Jeff!

4 comments:

Anonymous said...

tak sempat nak komen.. dia dah tarik balik

Admin said...

SALAM TOK GHIMAU...

Macam itu la baru bagus tok ghimau, ada masalah, kita selesaikan, minta maaf, kemudian menerima kemaafan, semuanya mencerminkan budaya masyarakat yang majmuk dan harmoni di
dalam negara Malaysia...

Diorang tak peduli nak berlakon cerita apa pun, walaupun hingga bersangkut paut dengan akidah dan agama...

JANJI DAPAT DIPERTONTONKAN kepada umum yang mereka boleh maaf memaafi
sesama mereka...

Unknown said...

tok rimau,

hehehe tak salah tok rimau panggil jeff tu pelampau. tapi dlm kepala saya perkataan pertama yg muncul adalah bodoh.

saya teringat pada menteri2 dan org politik yg suka bercakap tanpa berfikir dan tanpa fakta yg sahih.
pada saya jeff bodoh sbb dia ingat JIM sama dgn JI.

cuam ok sikit jeff ni sbb dia cepat sedar. kalau dah sedar mau tarik ok le. jgn jadi bodoh sombong. mungkin jeff boleh jadi pelampau kalau dia masih berkeras dan bawak org dia berdemo mengatakan JI=JIM hahahaha

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau yang Menaip,

Ditengahari Jummat ini semoga kamu sekeluarga sentiasa dalam lindungan dan Barakah Allah swt..Amin!

Mak Cik nak tambah, mereka ni sebenarnya celupar cuma mereka 'menahan mulut' sahaja di khalayak ramai. Sesama mereka lagi takut kalau kita dengar. Cuma ramai orang kita sendiri yang tak sedar diri.

Bila kita cakap sikit pasal dia orang atau pasal bangsa kita pun dia orang dah tuduh kita 'rasis' tapi dia orang boleh cakap apa , lepas tu 'shut up'. Pura-pura mohon maaf, senang je...

Back to your blog,
Walau apa pun..Mak Cik miss lah gambar-gambar Harimau yang dulu-dulu tu..