Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

28.12.09

MIG-29: Pesawat Yang Lagi Bangsat Dari Proton Saga

Harimau ada sebuah Proton Saga. Umurnya menjangkau 23 tahun pada 2010. Penghawa dinginnya molek, enjinnya mantap, alat-gantinya murah dan jasanya yang terlalu banyak. Pelbagai tugasan yang Harimau beri telah dilaksanakan dengan jayanya. Terkadang, ketika kantung harimau kosong, Proton Saga ini juga tidak meragam; seakan ia mengerti. Kalau Proton Saga ini perempuan, sudah lama Harimau mempunyai zuriat bersama Proton Saga ini (hmm...betul ke apa yang aku tulis ni?).

Itu alkisah Proton Saga. Perihal Malaysia juga tidak kurang hebat. Malaysia tiada perang. Malaysia aman, Malaysia makmur. Malaysia yang diterajui beberapa pemimpin seperti:
  • Bapa Kemerdekaan ;Tunku Abdul Rahman
  • Bapa Kemodenan : Tun Mahathir
  • Bapa Kemunduran merangkap Bapa Mertua Kesayangan: Tun Abdullah
telah berjaya menjadi negara yang berdaya-saing dan dipandang tinggi di dunia.

Malangnya, ketika tiada perang, pesawat pejuang Tentera Udara Malaysia yang tersohor iaitu MIG-29 mahu diishtihar kondem? Mengapa?
  • Terukkah pesawat ini ditembak musuh?
  • Adakah bahan yang digunakan adalah dari jenis kayuan yang mudah reput?
  • Adakah alat ganti pesawat ini dicuri dan dijual di Argentina?
Bapa Kemodenan, Tun Mahathir adalah "The Listening Leader". Beliau sehebat Julius Caesar dan senantiasa memerhatikan pergerakan kerajaan Malaysia. Beliau memerhati di dalam jaga dan bukan didalam tidur yang lena. Bukti? Beliau juga menegur perihal MIG-29 di Facebook:

1. Saya dengar pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia sudah tidak dapat digunakan lagi. Jika saya tidak silap umur pesawat ini kurang daripada 20 tahun.
2. Banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini. Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun? Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?

3. Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang.

4. Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

5. Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

6. Saya percaya ada cara untuk baikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain. Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

7. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang.

8. Pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk beli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat.

9. Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja.

10. Saya harap keputusan untuk kondem MiG-29 dibatal dan kita baikpulih pesawat ini.


Malaysia makin keliru tentang kebangsatan dan ketidakgunaan. Mana yang perlu dikondemkan; MIG-29 atau Menteri Pertahanan. Yang pasti, dimata kerajaan, MIG-29 lebih bangsat dari Proton Saga zaman Tun Mahathir.

Nasib baik masih ada produk Malaya yang bagus. ;)

Harimau: pergghh...dah pandai guna emoticon sekarang... :p

27.12.09

Antara Ketua Whip dan Kamilia, Luncai dan Menantu

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim berkata, tugas serta tanggungjawab itu amat penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.

''Saya kesal, saya rasa beliau (Mohamed Nazri) patut letak jawatan kerana kegagalannya sebagai Ketua Whip BN amat ketara. { Utusan Malaysia}

Tidak kiralah siapapun Ketua Whip BN, samada Nazri atau Muhyiddin, mereka perlu meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Mengapa? Kerana nyaris-nyaris melembabkan ekonomi negara. Tahniah kepada Datuk Kamilia Ibrahim kerana lantang dan berani bersuara. UMNO perlu ramai orang macam Kamilia.

Kerana terlalu ramai kaki ponteng sekolah yang berjaya menjadi Ahli Parlimen, maka senario sebegini menjadi realiti.

Tahniah juga buat Barisan Pembangkang yang diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah menonjol dan meng"onani"kan kebodohan dan keangkuhan Ahli Parlimen BN sehingga terpancut dengan jelas kepura-puraan mereka dalam mengabdikan diri kepada rakyat. Sesungguhnya, muka mereka yang "terkantoi" adalah seburuk muka orang yang sedang inzal (best lak guna ayat ni)

Rakyat sudah nampak, yang mana anjing dikalangan kucing, yang mana musang dikalangan ayam dan yang mana khinzir dikalangan lembu.

Yang menyedihkan, bekas Ketua Kerajaan anak-beranak dan menantu kesayangan beliau juga tersenarai di kalangan mereka yang tidak hadir. Jangan pula kita marahkan beliau kerana mungkin beliau sedang sibuk melihat-lihat kerancakan pembangunan di koridor-koridor yang berstatus Maha Karya selepas Hadhari.

Biarlah si Luncai itu terjun dengan labu-labunya. Tapi, jangan lupa terjun dengan menantu sekali tau!

25.12.09

Mat Indon: Kepala Lembu Berhidung Penyet?


Beef? Daging Lembu? Halal? Haji Naguib? Kepala Lembu ke tu?

Itu kepala Babi la. Bodoh punya Indon! Main-main kau dengan perkataan Halal.

Aku siram dengan air panas kang baru tahu...Ooopps!

17.12.09

Harga Melayu serendah RM200?

Umum tahu bahawa rasuah di Malaysia berlaku dengan "jayanya'. Rasuah sudah menjadi budaya kontraktor-kontraktor dan bolehlah dikatakan asam garam pegawai-pegawai kerajaan. Namun, bukan semua kaki rasuah. Terdapat pegawai-pegawai contohnya di Majlis Perbandaran Seremban yang bukan kaki mentedarah rasuah. Rakan harimau yang mengendalikan kerja-kerja elektrikal di bawah MPS yang mengesahkan. Tahniah pada pegawai tersebut dan semoga Allah menyelamatkan kalian dari transit Neraka itu.

PBT-PBT lain (di Negeri sembilan) memang ramai mengambil kerja kaki mentedarah rasuah ini. Entah sudah berapa banyak duit rasuah yang disuapkan ke mulut anak-bini mereka. Mereka mungkin sudah biasa mencabar Allah. Berani mereka sudah menjangkaui tahap Syaitanirrajim agaknya. Trend rasuah ini, adalah menerima suapan selepas bayaran projek diterima. Dek kerana modus operandi yang licik dan menerima suapan by hand, maka sukar untuk membuktikan kesalahan mereka. Malah, kontraktor juga yang menjadi penggalak kepada mereka. Hinggakan kontraktor menjadi percaya yang rezeki itu datang dari "berapa banyak yang kita bela" dan bukan melalui belas kasih Alah.

PDRM sebagai organisasi yang menguatkuasakan undang-undang juga sering dikaitkan dengan gejala rasuah. Harimau tidak mahu mendedahkan secara detail tetapi kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan PDRM (Bahagian Logistik agaknya?) lebih arif dengan gejala rasuah di PDRM. Cakap-cakap kedai kopi sering kedengaran bahawa Pegawai Polis termasuk Pegawai Balai kuat "makan". Kalau makan sikit-sikit mungkin tidak akan jadi topik, tetapi ini dah jadi kes "Biawak Hidup"!

Inden/ LO/ Surat Tawaran Kerja belum keluar tapi duit dah nak kena beri. Tokey balak pun boleh lingkup!

Bukan Harimau mahu menuduh, malah Harimau tiada bukti yang boleh ditampilkan di sini. Tujuan Harimau menulis, semata-mata untuk mengingatkan bahawa tidak guna mengaku diri kita sebagai Islam tapi budaya hidup mengalahkan Kapir Laknat.

Berubahlah jika sudah terlanjur. Bertaubat dan mintalah diampunkan oleh Tuan Punya Dunia. Kalian takkan senang kalau hidup dengan duit rasuah.

Tak payah mahu siasat penulis blog ini kerana posting ini ditulis kerana bosan dengan persepsi negatif dari bukan-Bumiputera. Mereka menganggap Melayu amat mudah dibeli dan boleh menjadi hamba dengan suapan serendah RM200!

Maaf kalau terasa. Mungkin bukan kalian yang makan rasuah tetapi rakan kalian. Nasihatkan mereka sebelum Allah menimpakan bala.

Harimau: makan duit macam biawak, buat kerja macam jahanam.

Rehat Yang Panjang...

Sengal-sengal tangan apabila mula menaip di blog ini. Panjang juga rehat Harimau. Segalanya kerana kesibukan duniawi yang bertimpa-timpa. Namun, di Tahun Baru ini, janggal rasanya jika Harimau tidak mengucapkan "Selamat" kepada semua. Semoga tahun baru ini memberi sinar harapan yang lebih bagus dari tahun-tahun sebelumnya.

Politik Malaysia memang berbelit-belit. Ramai juga yang merasa pelik bila Harimau "mendewakan" Mahathir.

Sebenarnya, Harimau antara individu yang paling kuat dikalangan rakan-rakan menghentam Mahathir di tahun 1998. Apa sahaja yang Mahathir kata dan ucapkan, sudah mampu menghamburkan kahak hijau dihadapan television. Kesalahan yang paling bangsat adalah menghina Nabi Muhammad (jika ia boleh dikategorikan bangsat, jika tidak...maaf).

Namun, apa pula salahnya kita mendoakan kesejahteraan beliau? Siapa kita mahu menghukum Mahathir? Kita pun tidak tahu ke mana hala tuju kita selepas mati walaupun objektif kita semua tetap sama; iaitu ke SORGA!

Kita tutup sajalah perihal Dr. Mahathir. Jika beliau pernah melakukan kesalahan, kita doakan beliau bertaubat. Jika kita rasa beliau pernah menabur jasa kepada Bumi Malaysia, maka wajarlah kita berterima kasih bukan?

Pemecatan DSAI memang banyak merubah pemikiran politik di kalangan anak muda. Bayangkanlah, di tempat kerja Harimau, akhbar Harakah mula menjadi "akhbar rasmi" dan mnembentuk pemikiran politik kami. Keychain PAS dan baju bergambar Nik Aziz sudah mula menjadi trend. Propaganda UMNO yang melabelkan PAS sebagai sesat telah gagal secara total!

Ia berlaku kerana satu sebab...ANWAR.

Namun, pemikiran yang tidak berat sebelah telah dipraktikkan oleh Harimau sejak tahun 2000. Harimau mula membaca semua akhbar politik; baik dari BN atau BA.

Harimau juga menghadiri mesyuarat UMNO Cawangan dan juga Ceramah PAS. Ia tidak pernah mendatangkan masalah kepada Harimau kerana Harimau hanya orang bawahan dan orang kecil.

Kalian adalah kawan dan teman Harimau tidak kira dari parti apa asalkan kamu tidak menghina dan menyentuh perihal Agama Suci iaitu Islam.

Akhir qalam, Selamat Tahun Baru dan semoga dosa-dosa silam kita dimaafkan. Amin.

Harimau: ni kira warm-up la.

1.12.09

Kesilapan- kesilapan Mahathir

Kesilapan-kesilapan ini tidak disebut di Biografi tetapi Harimau terbaca di Facebook {link}.

1. I would like to thank everyone for their comments on the above. I appreciate very much the positive comments and I accept the negative ones also. I am not perfect. I make mistakes. But some of the wrongdoings attributed to me are just not true or correct.

2. We see what we want to see. Everyone is like that. So do I. But I try my best to be factual.


3. My greatest mistake is in the choice of people. I seem to be picking the wrong people all the time. They not only did not live up to my expectations but they went all out to do all the wrong things, including abusing me.


4. I accept the blame for making wrong choices. But they were all so good before they were chosen.


5. Anwar was pious and holy almost. Before I admitted him into Umno no one told me of his peculiar inclinations.


6. The other one was known as Mr. Clean. Well he and his family certainly did a lot of cleaning.


7. Awarding privatisation at inflated prices! Well the contract to double track and electrify the railways from Johore Baru to Padang Besar was for RM14 billion (including the spur line to KL). It was cancelled by Abdullah.


8. Then it was found necessary to double track and electrify from Ipoh to Padang Besar. I understand the price is RM12 billion. Work out the new cost if we build up to Johore Baru.


9. Putrajaya and Cyberjaya - bought by the acres. Putrajaya, 10,000 acres for RM700 million or approximately RM17,500 per acre or RM0.43 per square foot.


10. Today average price of Putrajaya land per square foot is RM130.00.


11. Bailout happens when a business receives injection of capital to get over a financial crisis.


12. Selling a business at below cost is not a bailout. It is called a fire-sale. That was what my son had to do. Petronas subsequently sold ¾ of the fleet for more than what it paid for the whole fleet when the market was good.


13. Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.5% dari 1987 dan bukannya 10% dari 1991. Mula merosot pada 1997 di waktu Anwar sebagai Menteri Kewangan melaksana "ubat" IMF tanpa IMF. Memang Anwar ditangkap semasa krisis hampir berakhir. Kerana kegagalannya MTEN ditubuh untuk ambil alih tugas memulih semula kewangan dan ekonomi Negara, jauh sebelum dia ditangkap.


14. Sila semak SEJARAH dalam laporan akhbar dalam dan luar negeri.

15. Thank you for agreeing that I am a dictator. Tell me which dictator ever resign.


16. Terima kasih kerana membaca blog saya.

23.11.09

Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim

Tiada kata yang dapat menggambarkan kehibaan tatkala menonton ulangtayang adegan Tun meletakkan semua jawatan yang dipegang beliau di ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO di "Biography Mahathir" yang disiar di saluran 555 Astro. Ia cukup nostalgia buat aku yang membesar dalam keluarga "karat UMNO" dan dibawah pimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak berumur 4 tahun.

Aku tidak malu untuk berkata bahawa aku sayangkan Tun Mahathir dan menyanjung tinggi beliau kerana bagiku, beliaulah genius Melayu, beliaulah bapa kemodenan dan seorang pemimpin yang berkarisma.

Di sebalik itu, sedikit kekecewaan apabila mengetahui yang "kepercayaan" beliau terhadap kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah berlandaskan laporan dari PDRM dan temubual beliau dengan "mangsa dan mereka yang terlibat".

Bagaimana jika telahan dan perhitungan beliau itu tersilap? Bukankah ketika itu, ramai yang mencemburui Dato' Seri Anwar dan ingin menjatuhkannya? Bukankah Tun akan berdosa atas fitnah yang diciptanya? Harimau Menaip cukup yakin bahawa Tun Mahathir telah melakukan kesilapan.

Konklusi ringkas

Tun Mahathir adalah pemimpin Melayu/ Malaysia yang paling hebat; tiada apa yang dapat menyangkalnya.

Harimau Menaip amat menyanjung kepimpinan Tun Mahathir; tiada apa yang dapat mengubah perkara ini.

Harimau Menaip merasakan tindakan memecat DSAI dengan hanya berlandaskan laporan PDRM kepada Tun dan temubual yang dijalankan secara peribadi adalah SILAP. Kesannya akan berlanjutan dan tidak pernahkan positif buat Umat Melayu.

Jika tidak kerana "kesilapan" itu, Melayu adalah Bangsa TERKUAT dan tiada apa dapat menggoyah UMNO dan Malaysia.

Dan, Khairy Jamaluddin juga tidak mempunyai peluang untuk WUJUD dalam sejarah UMNO, Melayu dan Malaysia. Khairy Jamaluddin adalah kesilapan perwakilan UMNO. Perwakilan UMNO perlu bertanggungjawab.

Nyata, beberapa kesilapan kecil ini telah melenyapkan kekuatan bangsa Melayu dan memecahkannya ke bahagian yang banyak dan kecil.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa Tun Mahathir dan memberi yang terbaik kerana beliau telah terlalu banyak berjasa pada agama dan bangsa.

"Hidup TUN MAHATHIR!"

21.11.09

Teoh Dan Kugan Sahaja Yang Layak?

Mana pemuda-pemudi jalanan yang beria-ia melaungkan keadilan untuk Kugan? Mana pergi pejuang-pejuang kakilima yang terpekik-terlolong bersorak keadilan untuk Teoh Beng Hock? Mana pergi bini-bini tahanan ISA yang heboh ber"vigil" ala paderi Rome pada waktu ini?

Bukankah ada umat Melayu yang ditembak polis di Perlis? Tidak mahukah kalian memperjuangkan nasibnya?

Kalian boleh simpanlah drama jalanan itu. Usahlah berdrama dan berdemonstrasi. Kalian bukan ikhlas memperjuangkan nasib orang yang "dirasakan" teraniaya.

Kalian adalah hamba orang Cina...Kuli batak orang India... Kalian hanya layak menjadi pengikut.

Tidak sekali-kali kalian mempunyai hati seorang pejuang..apatahlagi seorang pemimpin.

Malah, rakyat wajar melemparkan Molotov Koktail pada kalian yang menghuru-harakan jalanan...hanya atas dasar publisiti murahan. Dahulu mungkin kalian boleh bermegah "AKULAH PEJUANG NASIB ORANG TERANIAYA". Sekarang, kalian tidak ubah seperti sampah jalanan atau mungkin kucing kurap yang menagih simpati.

"Sementara itu, ibu Mohamad Taufik, Salmiah Ismail, 45, berkata, beliau dimaklumkan anaknya sedang mengamuk oleh anggota polis yang datang ke rumahnya dan ketika beliau dan suaminya Norizan Abdul Rahim tiba di lokasi kejadian, anaknya telah terbaring berlumuran darah.

Salmiah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sehingga mati.

Sementara itu Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid turut mempertikaikan kewajaran polis menembak Mohamad Taufik pada anggota badan yang tidak sepatutnya.

"Saya tidak pertikai tugas polis tapi mengapa tidak ditembak bahagian kaki atau lepaskan sahaja tembakan amaran ke udara," katanya.
" {Bernama}

18.11.09

Kes Dr. Asri: Perkembangan Mutakhir

  1. 9.55 pagi: Mahkamah menetapkan tarikh 5 Januari 2010 untuk perbicaraan kes .
  2. 9.50 pagi: Mahkamah telah memutuskan, tidak memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
  3. 9.35 pagi: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah dan dan minta dibicarakan.
  4. 9.15 pagi: Mahkamah sedang bersidang.
  5. 9.10 pagi: YB Saari Sungib turut hadir.
  6. 8.45 pagi: Azwan Ali datang bersama rakan-rakan mewakili kelab penyokong Dr. Asri.
  7. 8.43 pagi: Datuk Seri Shahidan Kassim datang bersama sahabat dari Kuala Lumpur.
  8. 8.37 pagi: Editor Mstar datang bersama wartawan media cetak dan elektronik untuk membuat liputan.
  9. 8.35 pagi: Satu bas daripada Perlis telah sampai untuk memberi sokongan moral.
  10. 8.30 pagi: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bersama peguamnya
sumber: Minda Tajdid {link}

17.11.09

Yang Ini Baru Ada Tauliah!!!!

Acara ini ada tauliah kerana tiada Jabatan Agama Islam yang datang dan menangkap. Mungkin ada tetapi terpaku dengan api asmara yang meluap-luap. Apa nak jadi dengan Malaysia?




lagi di blog Fajridil.

Anwar Vs Mahathir = Kemenangan Neutralisme!

Formula diatas diringkaskan dengan ayat dibawah yang juga sebagai jawapan kepada post sebelum ini:

Saya amat menghormati Tun Dr. Mahathir dan DS Anwar; saya membesar dibawah kepimpinan mereka.

Saya khusyuk melayan Biografi Mahathir di Discovery dan perkara yang sama akan berlaku jika ada Biografi Anwar Ibrahim.

Mereka hebat tetapi politik yang telah "membodohkan" mereka.

Jika DSAI bodoh ekonomi, "siPandai" mana pula yang telah melantik beliau sebagai Menteri Kewangan selama hampir satu dekad?

Akhirnya, orang yang neutral akan menang dalam peperangan ini.

Kerana apa? Kerana orang yang neutral tiada kepentingan, bercakap dari hati dan memangkah menggunakan otak!

Wallahualam.

16.11.09

Anwar Murah Sebelas Ringgit Di Mata Tun Mahathir

Tulisan Tun Dr. Mahathir di Facebook

1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.

2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.


3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.


4. Jika pentadbiran ekonomi Malaysia diserahkan kepada IMF maka Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan.


5. Tindakan Anwar ini dikenali dalam akhbar-akhbar sebagai pengamalan dasar IMF tanpa IMF - iaitu tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada IMF.


6. Dengan dasar yang diperkenal oleh Dato Seri Anwar maka keadaan ekonomi menjadi lebih buruk dan Ringgit Malaysia jatuh lagi nilainya.


7. Jelas sekali Anwar tidak faham sama sekali pengurusan kewangan dan ekonomi negara.


8. Kuasanya keatas kewangan dan ekonomi terpaksa dipindah kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sebuah jawatankuasa dan
think tank yang ditubuh untuk menangani masalah kesusutan nilai Ringgit dan ekonomi negara.

9. MTEN-lah yang mencipta
currency control atau kawalan matawang dan menyekat CLOB (Central Limit Order Book - pasaran saham haram yang ditubuhkan di Singapura) supaya segala perniagaan Ringgit oleh penyangak matawang dan penjualan saham Malaysia dalam CLOB ditamatkan.

10. Tindakan MTEN ini berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan negara.


11. Mungkin sikap Gabenor Bank Negara dan Timbalan Gabenor yang cuba mengagalkan
currency control tidak ada kena mengena dengan Dato Seri Anwar. Tetapi hakikatnya ialah kedua-dua pegawai ini terletak dibawah bidangkuasa Menteri Kewangan.

12. Saya berdoa Kerajaan Selangor tidak akan dipermainkan oleh Penasihat Ekonominya.


Tun Mahathir terlalu menganggap DSAI sebagai orang yang gila dan bodoh. Anwar tidaklah bodoh sangat kerana beliau tidak menerima RM1 setahun tetapi RM1 sebulan. Maknanya, RM12 bagi setahun.

DS Anwar Ibrahim adalah Sebelas Ringgit lebih pandai dari telahan Tun Mahathir. Wow! Taklah pandai sangat kot?

“I have met Anwar and he has consented to the appointment with a token monthly allowance of RM1. His experience cannot be doubted as he has been the Deputy Prime Ministe and Finance Minister. He is now a director for a fund management company in United States, an adviser for a large Islamic bank in Bahrain and economic adviser to a country in Europe,” said Tan Sri Abdul Khalid. {link}

15.11.09

Inflasi Selangor Sudah Turun Mendadak!

20 sen = bayar ansuran rumah banglo di Permatang Pauh.
15 sen = bayar hutang kereta
25 sen = invest dalam Saham Amanah
30 sen = beli barang dapur
5 sen = bayar bil telefon.
2 sen = beli pakaian untuk Majlis rasmi.
2 sen = duit belanja bulanan
1 sen = sedekah

Total belanja bulanan = Singgit.
Total elaun tetap = Singgit.
Bajet Seimbang!

"Menteri besar Selangor mengumumkan tokoh besar PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan". link

Biarlah dia terjun!


Ramai kenalan Harimau yang sudah bosan dengan permainan politik Malaysia yang pentasnya kecil tetapi pelakonnya ramai ditambah dengan skrip yang bercelaru. Yang baik dikata jahat, yang tenang dikocak-kocak, yang gelora dikatakan tenang, yang hitam dilihat putih, yang putih tidak nampak keputihannya lagi, yang kawan dikatakan lawan dan yang lawan dibuat sebagai kawan.

Jahanam dan boleh menjahanamkan. Kita sebagai "penonton dan pembeli tiket" drama politik Malaysia tidak perlu terbawa-bawa karektor-karektor itu di dunia nyata. Biar pelakon-pelakon itu leka berlakon di pentas yang sementara itu. Kita wajib sedar objektif kita di dunia; menjadi hamba yang bertaqwa dan bersedia menuju ke hari perhitungan.

Malangnya, kita leka sangat dengan lakonan di pentas itu padahal kantong kita masih juga kosong. Kita masih perlu mengeluar keringat untuk makan esok hari.

Biarkan pelakon itu terjun dengan labu-labunya!

8.11.09

Kelantan dikuburkan tanpa talkin di Stadium Bukit Jalil


Semua orang menjangkakan bahawa penyokong Kelantan akan bertindak seumpama beruk malam tadi. Dan, semua orang menjangkakan bahawa penyokong Kelantan akan bertindak liar, ganas, lupa diri dan melakukan kerosakan. Terbukti jangkaan mereka benar.

Tabik hormat buat penyokong Negeri Sembilan yang duduk ontok-ontok walaupun dilempar dengan pelbagai objek bahaya oleh penyokong Kelantan. Takziah juga buat pemilik-pemilik kereta bernombor plet Negeri Sembilan yang di"renyukkan" oleh Penyokong Kelantan yang pulang awal malam tadi.

Kehausan pasukan Negeri Sembilan telah terubat dengan "darah" Kelantan sebanyak 3 pain walaupun menghadiahkan 1 pain "darah" buat pasukan Kelantan. Berjaya juga Kelantan dikuburkan tanpa talkin oleh pemain-pemain Negeri Sembilan.

Aksi Khalid "Mamak" Jamlus yang memualkan sudah cukup untuk meledakkan muntah hijau pada malam tadi. Ia tetapkan mual walaupun 7 gula-gula Hacks ditelan. Mungkin kuda tua ini sudah patut "dibersarakan" dari kancah Bolasepak negara.

Persoalan sekarang, adakah Isnin akan dihadiahkan cuti? Jika tidak, siapa yang mahu mengiringi kegembiraan anak negeri di Jalan Yam Tuan; tatkala Piala Malaysia diarak dan dijulang dengan penuh kebanggan?

Hadiah paling berharga buat Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz ini pasti akan dikenang dan disemat dengan kemas dalam sejarah bolasepak Negeri Sembilan. Bermula esok, pasti ramai anak Negeri yang akan menggilap boot yang telah lapok, hanya untuk melempiaskan ketagihan menyepak bola setelah perlawanan secara langsung tadi.

Bukankah itu lebih baik dari menembam saja di rumah?

Tahniah Negeri Sembilan. Tak sabar nak baca suratkhabar esok!

6.11.09

SEMANGAT UNTUK NEGERIKU (II)


Ayat "panas" dari Awang Red Warrior, Tuan Piggy Singh:

Stadium Bukit Jalil akan jadi saksi,
Detik bersejarah tertulis nanti,
Piala Malaysia menjadi milik negeri Cik Siti,
Itulah yang pasti.

Anak Kelantan sudah bersedia sakan,
Menggempur dan Menyerang,
Berbekalkan Semangat Tok Janggut,
Kami tidak pernah mengenal takut.

Pihak lawan akan kami cincang,
Dan dihantar pulang ke Seremban,
Dengan menaiki ambulan.

Harimau hanya tersenyum. Naik ambulan..hahaha..

Mungkin ini petanda yang kita telah mula memberi bantuan CPR kepada sukan bolasepak negara yang telah lama sangat mengalami Sakaratul Maut.

Walaupun diteraju oleh lagenda Bolasepak tersohor dunia, Khairy Jamaluddin.

Ini jawapan mudah Anak Nogoghi buat Penyokong Kelantan.

"Pasukan Kelantan telah lama menandatangani surat untuk mati, tetapi terlupa untuk mati. Hanya Negeri Sembilan yang mampu untuk menguburkan mereka di Bukit Jalil esok."

5.11.09

SEMANGAT UNTUK NEGERIKU



SEMANGAT BUAT ANAK NOGOGHI

Stadium Bukit Jalil kan jadi saksi,
Lawanmu diganyang dan dijahanamkan,
Dirobek dan dikunyah,
Dikoyak dan dilumatkan,
Untuk dihantar pulang ke Tanah Serambi Mekah.

Anak Nogoghi sudah bersedia,
Menggempur dan Menyeru,
Semangat Tanah Adat,
Semangat Perut dari Suku-suku,
Untuk mengiringi kejayaanmu.

Negeri Sembilan sudah tidak dapat,
Menahan sabar dan lapar,
Saat dan ketikanya melapah "daging" Kelantan,
Di Finale Piala Malaysia 2009.

HOBEN JANG HOBEN!

23.10.09

Chua Soi Lek diperbodohkan Ong?

Oleh itu, katanya, atas nama amanah rakyat, adalah adil sekira beliau selaku presiden MCA melakukan apa yang diharapkan oleh para ahli dan rakyat," katanya.

Ditanya sama ada Liow akan kekal memegang jawatan timbalan presiden, Ong berkata: "Masalah itu tidak timbul kerana CC (jawatankuasa pusat) telah memilih beliau sebagai timbalan. Tiada apa-apa perubahan." {Ong, Chua berdamai demi kebaikan parti }


Chua tidak memenangi undi Jawatankuasa Pusat dan "tergelincir" dari jawatan Timbalan Presiden. Ong pula, mendapat undi tidak percaya dan menjahanamkan kredibiliti beliau sebagai Presiden. Liow direstui sebagai Timbalan Presiden yang baru dan pelan perpaduan terus dimulakan untuk menutup kisah undi tidak percaya kepada Presiden.

Akhirnya, Presiden tetap Ong dan Liow akan menjadi Timbalan yang baru.

Apa bengapnya Chua Soi Lek ni? Menang perang tapi Negeri tetap tergadai? Tak nampak ke dia sedang diperbodohkan?

Betul kata orang. " Kerap Melakukan Hubungan Seks akan melemahkan pemikiran". Inikah contoh terbaik buat kenyataan itu? Wallahualam.

15.10.09

Hadiah Dari Indon Buat UMNO?

gambar dari blog Malaysia Maling

Ini agaknya hadiah buat UMNO kerana maminta maaf. Tindakan kurang jantan UMNO itu diberitakan di "UMNO dan Malingsia "Minta Maaf" "
Padan muka. Julang keris macam pendekar, kena gegar dengan Mat Indon sudah kecut?

Hantar Lagi Seorang Nordin Mat Top Ke Indonesia?










Gambar di atas dari group Facebook Anti-Malaysia




Panas mata Harimau apabila membaca:

O pantes, jadinya kaya pak cik ini, waktu mudanya juga begitu sih, kah kah kah,...
Kesimpulannya:
1. Forumer dan blogger Malingsial adalah munafik, hipokrit dan maling teriak maling, mengatakan dirinya paling Islam. Yang benar kalau mereka sudah kalah berdebat, maka agama mereka bawa-bawa untuk menutupi kekalahannya.
2. Dalam dunia nyata forumer dan blogger Malingsial adalah pecinta dunia, pengikut barat, budak abadi tuan British, dan tercela serta terhina, terpidana, terbodoh, sesuai dengan gambar-gambar yang telah ditampilkan disini.
3. Forumer dan blogger Malingsial tidak lebih dari sekedar Beruk tak bermoral yang menghuni semenanjung hina. Contohnya Pangerang Kelantan, dan Anwar Ibrahim, serta jajaran menteri kerajaan yang terkena skandal-skandal mengerikan.
4. Bukti sudah ada tinggal ditindak lanjuti dengan memberi lebih banyak lagi pisang busuk kepada beruk prasejarah ini..
{rujuk blog Rasa Sayange Malingsia }



Mat-mat Indon yang tidak berpelajaran seperti mereka, tidak perlu dilayan. Walaupun ayat di bawah cukup menghambat kejantanan Harimau:


Demikianlah. Sebenarnya masih banyak lagi komen-komen pedas dan bikin kuping malingsial berasap dan mukanya merah padan,...seperti babi Bak Kut Teh. Tapi yang punya blog kasihan dengan beruk malingsial yang sudah tinggal ditendang, masuk jurang. Jadi biarin aja deh.
Hitung punya hitung, bila Singapura marah dan menyerang Malingsial, saya perkirakan tidak lebih dari 24 jam, Johor sudah takluk. Malingsial tidak akan bisa menyeberang ke malingsial timur ke Sabah dan Sarawak karena diblokade oleh Angkatan Udara dan Angkatan Laut Singapura.
Kah..kah..kah coba saja Malingsiers,...
Coba klaim itu semua hidangan Singapura, kau akan diembat, dibabat, dihabisi,....weeeeeee



dari group Facebook ini (link ) pula:



Malingsia Tidak Beretika


Sampaikan ke semua tenaga kerja Indonesia terutama yang bekerja di MALINGSIA agar :



1. Tidak memberikan resep makanan Asli Indonesia ke Orang orang MALINGSIA.


2.Jangan menyumbangkan tarian atau apapun yang berbau budaya asli Indonesia pada orang MALINGSIA.


3. Jangan bermain musik Tradisional Indonesia Pada Orang MALINGSIA.Kita semua telah tau bahwa Negara satu itu adalah NEGARA TAK BERETIKA, NEGARA PLAGIAT MURNI Negara tanpa kreativitas, tak mau dan tak mampu menciptakan karya, Jadi mulai saat ini sebaiknya kita berhati hati menyajikan sesuatu yang asli budaya Indonesia pada negara MALINGSIA dan mari sejak sekarang sebut negara itu dengan sebutan MALINGSIA bukan MALAYSIA, Berapa banyak budaya Indonesia direbut? Masih tegakah budaya kita di Maling?


Banyak lagi blog provokasi bodoh Mat Indon yang menyelar Malaysia seperti:


http://ganyang2malaysia.wordpress.com/


http://versus-malingsia.blogspot.com/


http://malaysiamaling.blogspot.com/


http://nkri-nkri.blogspot.com/


http://nevervisitmalaysia.multiply.com/


Rakyat Malaysia tidak perlu berkumpul dan bersatu untuk menghancurkan Indonesia, cukup menghantar seorang lagi "Nordin Mat Top" atau kalau terlalu marah, hantar sahaja 3 orang. Memang hancur terus bumi Indonesia.


Namun, ia tentu tidak selari dengan ajaran Islam Hadhari Pak Lah bukan? Oleh itu, kita sabo yo lah!


11.10.09

Bagan Pinang: Tulisan ni Buat Air Mata Harimau Menitik

Baca sini -> "Tuhan, Allah yang memberi kemenangan"

Bagan Pinang: Last Lap Campaign





Mula-mula, Harimau layan dulu ceramah BN di Batu 4 yang dihadiri Wanita UMNO. Makan free beb. Rugi tak datang. Tapi, kalau dah makan duit BN, dah macam berdosa pulak nak kritik pasal diorang, jadi Harimau memilih untuk makan di Restoran Taras yang betul-betul bersebelahan dengan tapak ceramah.



Selesai layan wayang kulit, Awang Adek memulakan ceramahnya. Harimau tengok, makcik-makcik kat situ dah macam bosan. Gambar tak dapat nak ambil sebab ceramah tu tak ada orang sangat. Semua bergaya elite makan siap dengan meja bulat.




Isi Ceramah lebih berkisar tentang "Undi PAS dapat kesejahteraan" dan Awang Adek tanya orang Bagan Pinang, adakah negara anggota OIC yang tidak pernah memangkah PAS dalam Pilihanraya tidak mendapat kesejahteraan? Apa punya soalan lah ni?
"Klise dan membosankan" bentak hati Harimau. Tak dan nak tunggu Shaziman dan Ali Rustam berucap, Harimau dah rasa nak belah cepat-cepat.
SMS dari seorang teman mengatakan bahawa DSAI akan turun di Markas Induk DAP Batu 9. Selesai bayar Nasi Goreng Cina dengan Tembikai yang berharga RM 6.50, Harimau terus ke destinasi yang dinyatakan.






Sesak! Siap kena U-turn kat simpang 4 Si Rusa -Linggi untuk ke Teluk Kemang. Ingatkan sesak sebab Ceramah kat Kem BN sebelah tokong Cina, rupa-rupanya sebab Ceramah PAS di depan jalan masuk Marina Resort. "Singgah kejap lah" .








Dah bosan meronda kat situ, Harimau terus ke Batu 9. Mak aii....Penuh gila. Kalaulah semua tu pengundi Bagan Pinang, mahu bungkus Tan Sri Isa nanti ni.




Mahfuz berucap...boring. Khalid Ibrahim berucap...entah apa-apa. Yang dia cerita kisah dia naik kapal terbang dari US tu nak buat hapa? Bengong MB Selangor ni.


Bila giliran DSAI, orang dah makin padat. Walaupun isunya agak berulang, namun cara penyampaian beliau memang tip-top. Yang paling best bila DSAI kata:


"Yang bertanding Zulkifly Mohd Omar, tapi yang BN sebut dalam kempennya asyik-asyik Anwar Ibrahim. Yang dulu bila saya sampai Negeri Sembilan (masa jadi TPM), Isa ni siap cium tangan saya...mmmmuuuaahhh...tu tak nak cerita?" {transkrip ni kira lebih kurang lah}

Sebelum jam 12, Harimau cepat-cepat cabut sebab 3 jip FRU dah siap-siaga depan Ashraf Mamak (Polymall). Kang tak pasal-pasal je.


Kesimpulannya, kalau Isa menang esok, Harimau yakin yang beliau telahpun kalah sorak di hari- hari berkempen. Namun, jika Zulkifly yang menang, satu keajaiban telah pun berlaku dan mengendos bahawa Tsunami politik telah berlaku dan mungkin akan menjadi lebih besar lagi nanti.


Selamat Mengundi buat orang-orang DUN Bagan Pinang!

Harimau: lupa bawa kamera digital. Ambil gambar pakai telefon tangan je lah.

9.10.09

Bagan Pinang: Dua-dua parti tak boleh pakai?

Hari tu Azeez telah berjaya meloyakan ramai orang dengan aksi lembiknya yang "kononnya" dibelasah 9 orang sehingga membengkakkan leher beliau yang memang sudah bengkak.





Terbaru, skrip serupa tapi lain jalan cerita pula yang berkumandang. Seorang pemuda yang dikhabarkan dari kem Parti PAS pula membuktikan bahawa beliau kebal dan tidak mampu ditundukkan oleh dua tetakan pedang samurai. Bodoh betul lakonan budak ni.



Gila punya kerja. Hanya kerana perebutan satu kerusi DUN Bagan Pinang, ramai orang sanggup menjadi badut dan membodohkan diri sendiri. Rakyat tidak mempunyai pilihan; parti yang bertanding hanya PAS dan BN.


Kalau dua-dua tak boleh pakai macamana? Adakah kita tidak wajar keluar mengundi? Jangan. Mengundi itu tanggungjawab cuma ia perlu dilakukan dengan bijak.


Contoh gambar dibawah, siapa yang akan kamu pangkah? BN atau PAS?




Kalau kamu jawab BN, kamu bangal. Kalau kamu jawab PAS, kamu pengor. Kerana kalau Harimau, Harimau akan pangkah gadis cun itu. Senang bukan?


Selamat Mengundi!


Harimau: esok nak turun Bagan Pinang. Ronda-ronda!

Bagan Pinang: Mengapa Bendera UMNO boleh berkibar?

Harimau meronda PD semalam dan memang kelihatan bendera DAP dan PKR banyak yang sudah diturunkan. Iyalah, kalau tak bertanding, nak menyemak buat apa. Tapi, terdetik di benak, yang bertanding adalah BN dan PAS dan bukan antara UMNO dengan PAS. Jadi, mengapa bendera UMNO tetap berkibar?

Dan, dalam kelajuan kereta yang dipandu 100 km/jam, ternampak kekecohan di hadapan Bayu Beach Resort (sebelah medan selera) antara penyokong PAS dan BN. Nak berhenti dah tak sempat.

Gaduh pasal apa tu? Ada sesiapa ada info?

Diorang ingat, kalau muka dah bengkak, Isa Samad dengan Zul Omar nak tuamkan ke? Mimpilah.

5.10.09

Bagan Pinang: Edisi Anak Hantu Port Dickson

Hasil perbualan Harimau dengan orang PD:

Tak payah tunggu keputusan la. Tan Sri Isa kompom monang bergayo di Pilihanrayo Bagan Pinang. Den tahu sobab tu tompek den.

Zulkifli? Sapo tu? Ontah anak sapo si PAS ni amik jadi calon. Kok nak den khobar bangang kang marah pulak. Sobonar e, PAS tak mampu menggugat calon UMNO sobab PAS tak kuek kek sinun.

Tapi den raso, kalau PKR yang bertanding, dan lotak calon yang handa sikit, den berani potong jari...monggige kopalo lutut Isa Samad tu nanti.

Tapi apo nak buek, dah itu yo calon yang ado. Nak tak nak, kayuh yo la.

Den dah raso macam tengok perlawanan MU lawan Brunei. Tak fight dan membosankan.

Harimau: orang PD tak cakap loghat Negeri. Itu yang uniknya PD berbanding daerah lain. Yang kena interview ni mesti pendatang dari Pilah atau Rembau ni. Orang PD konon. Citt!

Berita Tak Masuk Dek Akal 2



Gila! Sampai masuk sepital Tok Azeez dibuatnya. Patutnya bukan pakai baju hijau, tapi baju pink kot? Bila due date tu Tok Azeez?
Kompom! Ni mesti kes kena pijak dengan safety boot ni. Tak pun kena libas dengan kepala tali pinggang.

Atau pun kena hempuk dengan block motor panther. Tak pun kena hempap dengan lori 1 tan. Paling koman pun kena terajang dengan 5 orang bounzer Congmoon Lukut.

Tapi, Harimau pelik bila gambar Ummi Anni menyatakan bahawa Tok Azeez cuma kena cuit dengan mamat kerus melidi.


Mamat kurus ni pakai pemberat ke?

Ini ke Tok Azeez yang pernah bergaya ala pejuang dulu tu?



4.10.09

Berita Tak Masuk Dek Akal

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu. {Ketua Putera Umno dakwa dipukul, diterajang}

Ni bapok PD mana pulak yang terajang Azeez lak ni? Tak bengkak pun Harimau tengok badan Azeez. Lain kali, sebelum nak belasah orang, pi belajar kat Gelanggang Gayung Taman Politeknik dulu la.

Buat malu orang PD je. Pukul "bertubi-tubi" tapi tak lut.

Azeez ada ilmu kebal atau tukang pukul tu cuma tepuk-tepuk je? Macam tak logik kan berita ni?

Kau ni bior bebenor Zeez! Jangan tuduh orang tompek den macam- macam.

RADEN HARIMAU MENAIP


Baca Watikah Penganugerahan Darjah Kebesaran di sini --> Hari Ini Beta Anugerah Pingat SDKA Kepada AlBanjari Dan Para Bloggers!!!

3.10.09

Bagan Pinang: Isa Vs Isu Peribadi


{tempat mengadu orang Bagan Pinang}


Lawan Isa Samad bukanlah PAS kerana PAS tidak kuat di Bagan Pinang. Lawan beliau adalah isu-isu mengenai peribadi dan juga "berkemungkinan" di sabotaj oleh orang-orang Tok mat (MB NS).
Orang PD tahu yang aura Tok Mat tidak cukup ampuh untuk menakluki hati mereka cuma mereka tidak tahu yang mereka sebenarnya telah lama tandus pemimpin sejati.

Tidak cukup sejatikah Isa Samad? Itu mungkin soalan kalian.

Soalan Harimau pada kalian pula; tidak cukupkah bertahun-tahun Isa menjadi MB NS? Tidak muakkah kalian?

Orang PD memang tidak kenal muak tetapi mereka pasti muak dengan Isa Samad kalau mereka pernah minum di Maya Cafe Lavender Height Seremban.

Banyak cerita angin yang datang dari sana.

Benar atau tidak? Wallahualam. Siasatlah sendiri.

Gambar Ronda Bagan Pinang sebelum Hari Penamaan Calon





25.9.09

Bagan Pinang: Wujudkah Calon UMNO yang Kredibel?

UMNO Bagan Pinang

Jika Isa Pendek (Isa Samad) tidak kredibel, siapa lagi yang mahu diletak sebagai calon? Mungkin bagus jika Harimau menulis begini:

"Ada ke calon BN yang kredibel?"

Soal kredibel tidak berapa penting di PD kerana jika itu menjadi kayu ukur kemenangan DUN Bagan Pinang, maka sudah lama lah PAS mengalahkan Azman Mohd Noor (Allahyarham) kerana bukankah parti Islam lebih kredibel dan dipercayai?

Bab Politik, kepala hotak orang Bagan Pinang bukanlah terbuka dan ambil pusing sangat malah ramai antara orang atasan UMNO Bahagian mahupun Cawangan yang tidak tahu pun kisah-kisah dan isu-isu terbaru politik nasional. Jika tidak, masakan Najib Isa (anak Isa Samad) boleh diangkat menjadi pemimpin (naib) Pemuda Bahagian? Dari kaca mata Harimau, beliau langsung tidak kredibel. Namun, UMNO Telok Kemang yang memang terdiri dari "orang Isa Pendek" amat bijak menyusun Hirarki kepimpinan hinggakan berbondong-bondong Melayu kredibel terpinggir dan keluar UMNO. Kemenangan DUN Bagan Pinang bukanlah 100% atas kekuatan calon tetapi diampu oleh kekuatan Undi Pos.

Hari Raya

Terbaru, di hari raya ketiga, Anwar Ibrahim buat "makan-makan" di Batu 6 dan menjemput warga Telok Kemang hadir. Harimau tidak dapat pergi kerana jaga anak (bini dalam pantang).

Member Harimau kata, orang UMNO yang pergi makan kat Majlis Anwar Ibrahim tidak kan dapat apa-apa peruntukan Pilihanraya nanti. Apa punya ngok lah diorang ni. Ini perihal Raya...janganlah kaitkan dengan politik!

Calon Pilihanraya

Nampaknya, peluang PAS amat cerah untuk menang kerana UMNO semakin ketandusan calon namun bakal dihimpit rasa jengkel kerana di Bagan Pinang mempunyai undi pos berjumlah 5 ribu lebih! Puihh.

Walaupun PAS sedang dilema memilih calon untuk diletak di Bagan Pinang nanti, Harimau dapat lihat jentera bawahan Pakatan Rakyat semakin hebat menyusun dan merancang strategi. Mana Harimau tahu?

Harimau pasang telinga waktu makan di Restoran sebelah Baden- Baden Bundle di Bagan Pinang (Batu 4). Dasat diorang bro. Silap-silap boleh terlungkup UMNO dek kepintaran orang bawah memasang "jerat".

Siapa bilang orang bawahan tiada kuasa?

Harimau: menulis dalam mood Raya memang tak best langsung!

11.9.09

Bagan Pinang: Tompek Eden

Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. {Bagan Pinang: Umno bahagian calon Isa}

Tidak Harimau nafikan, Isa Samad memang calon yang berkaliber dan disayangi ahli-ahli UMNO cawangan. Sokongan terhadap Isa Samad, amat berbeza dengan Tok Mat kerana diperkhabarkan bahawa Tok Mat tak apek langsung dengan cawangan- cawangan di bawah Parlimen Telok Kemang semenjak beliau menjadi MB. Orang NS pun rata-rata berharap agar Isa Samad kembali menerajui kepimpinan NS.

Maka, ini adalah cabaran buat Pakatan Rakyat. Sukar untuk menewaskan Isa Samad. Strategi baru wajib diatur jika tidak, selamba kodok saja Isa samad balun calon Pakatan.

Kalau nak cerita rasuah Isa Samad dalam UMNO, Harimau nasihatkan tak payah sebab seantero Malaya sudah tahu. Cari cerita lain. Kalau boleh dibuktikan dakwaan keintiman Isa Samad dengan Bibi Sahrliza, buktikan.

Jika tidak, khabar angin itu boleh lah dianggap fitnah.

Nasib UMNO agak baik kerana UMNO Bahagian tidak mencalonkan anak Isa Samad iaitu Najib. Pada Harimau, Najib tidak pandai berpolitik dan naik kerana beliau adalah anak Isa Samad. Siapa yang pernah bersua dengan Najib, pasti akan tergelak apabila melihat tabiat beliau yang bermain jam di tangan, menggerakkan bahu dan leher; persis orang yang tidak boleh mengawal saraf- saraf di badan. Di harap Najib tidak marah bila membaca dan ubahlah tabiat yang menggelikan hati itu.

Siapa calon Pakatan di PRK Bagan Pinang? Ini yang suspen ni. Ingat! Bukan mudah mahu menakluki Bagan Pinang dan atas sebab itu, saringan dan tapisan calon PAS (Pakatan) wajar dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya, UMNO Telok Kemang adalah Bahagian UMNO paling mantap di Negeri Sembilan. Kalau Pakatan mampu mengalahkan UMNO, anggaplah UMNO sudah berkubur di dalam sejarah Negeri Sembilan.

9.9.09

Letih Puasa

Harimau letih hari ini...begitu juga teman- teman di sekeliling. Nak tulis blog pun tak boleh kerana ada "makhluk" sedang terdampar di atas laptop Harimau. Dan, ini sajalah yanag mampu dicoret hari ni.


Chill!







6.9.09

Menjawab Persoalan Haji Haji Haji Munir.

kalau blog ni bukan milik cina DAP, aku cabar ko keluarkan article yg sama utk boikot McDonald yg dipunyai vincent Tan.kalau ko tak keluar boikot McD, sah la kau blog Cina DAP. hj.munir { dari komentar ini - Pembohongan Dalam Iklan KFC? }

Harimau nak tanya, Haji Munir ni dah berapa kali pergi menunaikan Haji? Bukan apa, kalau sudah tiga kali, Harimau nak panggil Haji Haji Haji Munir (macam drama Qalesya - yang tak pi terawikh mesti tahu).

Haji, saya akan pautkan sesuatu perbincangan mengenai McDonald yang saya perolehi dari laman Web PPIM.

Klik http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.679

Harimau: sampai hati Haji Haji Haji Munir kata blog ini milik Cina DAP?

Bodoh Macam Lembu.



Teringat Harimau zaman main ragbi di sekolah berasrama penuh dulu, imej "Ultimate Warrior" memijak kepala Singa akan dikibarkan tatkala 2 pasukan seteru utama iaitu STJ Warrior dan SDAR "Lion" bertemu. Tidak Harimau sangka, ada juga si dungu yang akan merealitikan imej tersebut; cuma subjek utama bukan seorang "warrior" dan yang dipijak cuma bangkai seekor lembu yang tiada dosa.


Bukankah spesis lembu ini yang sering ditumbangkan pabila tiba Hari raya Korban? Dan diagihkan pada fakir-fakir miskin?


Apa mesej sebenar si dungu-si dungu ini? Menghina agama Hindu atau perli pentadbiran Tan Sri Khalid? Perlukah kepala lembu turut serta di dalam perarakan dan bantahan tersebut?


Kalau dulu Harimau mencela umat Islam menyertai vigil, celaan serupa juga dilemparkan buat mereka yang bertanggungjawab membawa lembu dalam perarakan itu.


Niat mereka betul tetapi tindakan yang dilakukan macam orang yang bodoh. Ya. Bodoh macam Lembu!

Harimau: si bodoh mana pula yang beria-ia memegang kalimat hijau tu? Itukah ratib zikir golongan ini? Wallahualam.

5.9.09

Kontraktor PD bakal Berpesta!!!


Sudah tentu akan banyak projek bersifat "segera" yang akan ditenderkan dan ada juga "given jobs" yang dianugerahkan buat kroni-kroni. Mana-mana kontraktor yang ada menampal sticker Tuan Guru Nik Aziz yang ala-ala Metallica, dapatlah ditanggalkan segera. Takut pula terlepas Pesta Projek Segera yang jarang-jarang kunjung tiba.

Nak tergelak apabila Tuan Sofi (penulis blog Kerajaan Rakyat) mencadangkan agar Ziana Zain menjadi calon Barisan Nasional. Sesungguhnya, nama artis tersebut cukup hebat di PD suatu ketika dahulu. Sebab musababnya, Harimau tak tahu (buat-buat tak tahu).






Namun, Harimau merasakan bahawa Bibi Sharliza lebih layak untuk dicalonkan sebagai calon kerana..... ahhh..tak nak ceritalah.

Siapa tahu sebabnya, sila komen! Siapa tepat, Harimau belanja makan tengahari pada hari Ahad ni. Itupun kalau korang tak puasa la..

4.9.09

Pembohongan Dalam Iklan KFC?

Kawan Harimau kata beliau kena "kencing" dengan KFC. Lain yang diiklan dan lain yang dihidangkan. Boss KFC (Tan Sri Muhammad Ali) ada sebut tentang Jihad Bisnes tetapi sedarkah beliau bahawa perkara seperti ini adalah dilarang dalam Islam? Jihad Bisnes yang beliau nyatakan tentu tidak melibatkan pembohongan didalam intipatinya.

Bolehkah KFC disaman oleh teman Harimau? Atau wajarkah kita memboikot KFC?




Al-fatihah buat YB Azman

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada
am 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
{ ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal}

Berkali-kali Harimau menerima sms dari kekanda dan sahabat handai yang memaklumkan berita sedih ini namun entah kenapa hari ini pula Harimau semacam terlupa untuk menghidupkan kembali telefon bimbit selepas solat Jumaat. Tidak mahu Harimau nafikan, YB Azman adalah baik dengan kekanda Harimau dan sahabat lama Arwah Abah.

Tetapi, Harimau tidak pernah pula bersua muka apatahlagi berjabat-tangan dengan Arwah.

Nampaknya, pesta Pilihanraya Kecil akan datang pula ke tempat kelahiran Harimau iaitu Port Dickson (Bagan Pinang).

Parlimen Teluk Kemang adalah "jajahan" takluk Pakatan Rakyat kecuali DUN Bagan Pinang dan Linggi. Sebab ini tempat Melayu. Undi buat YB Kamarul Baharin Abbas adalah datangnya dari orang Cina Bandar dan orang India Estet. Rasanya, kurang sungguh dari orang Melayu Kampung.

Orang Melayu Kampung di Bagan Pinang memang terlalu karat UMNO untuk di"pinang" dengan "hantaran" gula-gula Anwar Ibrahim.

Pilihanraya Kecil ini adalah kerja berat buat UMNO bagi mempertahankan DUN Bagan Pinang dan juga buat Pakatan bagi merampas Bagan Pinang.

Sekali-sekala, best juga layan kempen maki- hamun ni. Tak percaya? Tunggguuuu!!!

Al Fatihah buat YB Azman Mohd Noor.

26.8.09

Ini Yang Rakyat Dambakan

Memang kemenangan adalah indikator untuk yang terbaik, terhebat dan terpilih. Tidak kiralah berapa banyak kerosakan yang telah dilakukan (samada ia benar aau hanya suatu fitnah), pilihan rakyat wajib dihormati.

Majoriti yang besar juga adalah penanda kegagalan sogokan dan tawaran menjadi anak emas kerajaan persekutuan.

{ gambar dari sini}

24.8.09

Kartika: Hormati Ramadhan?

Harimau berada dalam kereta usang ketika mendengar berita di Era yang berbunyi "hukuman ditangguhkan kerana menghormati Ramadhan".

Biar betul! Kalau nak hormati Ramadhan, hukuman syariah wajiblah dilaksanakan. Salah tetap salah.

Pintu neraka SAHAJA yang ditutup dalam bulan Ramadhan tetapi tidak bagi pintu Penjara Kajang.

Notis: bagi menghormati dan menjunjung kalimah TAKBIR!, maka blog ini mengharamkan penggunaan perkataan TAKE BEER yang semakin berleluasa ketika ini. Harimau tidak berniat mempersendakan kalimah itu sebelum ini, cuma menyindir segelintir pihak. Harap maklum.

Take Beer itu untuk PAS atau kerajaan Malaysia?

But they returned after about 30 minutes and said they had received "instructions from the higher powers" to release her, said Kartika's father, Shukarno Abdul Muttalib. The officials said that "for now, the sentence cannot be carried out," Shukarno said. { Islamic officials release woman held for caning}


Memang telah Harimau duga. Tidakkan secara tiba-tiba Perundangan Islam/Syariah akan menjadi berani. Dari dahulu lagi Islam terlalu bacul di Malaysia. Bagaimana mahu memperkatakan hukum Hudud kalau hukuman pun boleh main-main?

Patutlah Harimau tak kaya- kaya. Sebab? Harimau tiada kabel orang atasan.

Penarikan hukuman tersebut tidak menghairankan kerana Buletin Utama pun menyiarkan perempuan peminum beer itu itu menjadi "alim ualamak".

Take Beer itu mahu dislogankan pada PAS atau kerajaan Malaysia? Semakin keliru sekarang!

18.8.09

Lahirnya Seorang Muslimah (1)

Alhamdulillah. Bagaimana mahu ku panjatkan kesyukuran agar Tuhan tahu bahawa aku memang TERLALU bersyukur? Pagi tadi, Allah mengurniakan aku darjah kebesaran yang tiada tolok tandingnya; iaitu gelaran "Abah".
Berat sungguh tanggungjawabku kali ini, namun aku amat berharap agar aku mampu memikulnya. Sudah pasti, aku akan bersungguh-sungguh agar anak ku ini berpegang teguh pada tali Allah.

Pada guru-guru yang bakal aku hantar untuk mendidiknya, marahilah dia jika dia salah. Pukullah dia jika dia wajar menerimanya. Bantulah aku mendidiknya.

Anakku, hormatlah pada orang tua. Hormatlah pada Nenek Melayuangkat, Pakcik Desperado, Pakcik Anwar Ibrahim, Pakcik Najib Razak, Pakcik Sofi (Kerajaan Rakyat), Makcik Ummi Anni, Makcik Sya Reformis, Pakcik Mat Saman, Uncle Parpukari, Uncle Nobisha, Uncle Novandri, Uncle Piggy Singh, Atuk Mahaguru58, Uncle Kulat, Atuk Mountdweller, Uncle Edward Saminathan, Pakcik Kulup Sakah, Pakcik Al-Banjari, Pakcik ISA, Makcik-makcik dan kakak-kakak yang mengikuti blog Abah yang kecil ini (maaf kalau nama terlupa sebut).

Hormati mereka tanpa mengenal Agama, Kaum, Anutan Politik dan Warna Kulit.

Kalau kau degil, nanti Abah sebat dengan tali pinggang. Nak tak?

Harimau: garang tak den?

17.8.09

Ralat: Minta Maaf Sesangat

Harimau tersilap! Maaf.

Kehadiran ke Majlis Khairy Jamaluddin bukan setakat dihadiri 100 orang. Ia lebih.

Mengikut congakan Harimau yang terbaru, ia mungkin mencecah Dua Ratus Setengah orang. Kalah konsert Sudirman di Chow Kit Road dulu.

Siapa bilang KJ tiada aura?

Rujuk Pentas Pemuda gegar Shah Alam

16.8.09

Pelakon Jahanam



Kalau tak silap, mamat baju merah ni yang meronta- ronta macam babi nak kena bunuh je hari tu kan?

Kalian bayangkan, kalau DAP diberi mandat lebih besar selepas ini, kalian rasa, masih wujud lagi kah kontraktor- kontraktor Melayu di PBT- PBT? Jangan harap!

Lagi cerita "mamat baju merah" di Last bullet Ronnie Liu .

15.8.09

Khairy Punya Aura Hingga Ratusan Ribu Menjadi Terpegun!

Ramai betul yang datang ceramah klise YB Khairy Jamaluddin. Mengikut anggaran, mungkin 300 ribu yang telah hadir mendengar dengan penuh khusyuk dan tawadduk ceramah bertajuk "Pakatan Retak Menanti Belah".




Gambar yang Harimau siarkan adalah kehadiran orang pada malam itu. Apa? Tak sampai seratus? Memang pun.

Yang sampai 300 ribu tu bukan orang tapi lalat. Malangnya, gambar lalat- lalat itu tidak dapat diambil kerana terlalu kecil dan mempunyai suara yang membingitkan.

sumber: CERAMAH KHAIRY ANTI PENGKHIANAT CUKUP GEMPAQ

Jika benar seperti apa yang ditulis oleh Hishamudin Rais, maka Dato' Seri Najib perlu berkira- kira tanpa lengah untuk menukar Ketua Pemuda UMNO kepada orang lain yang lebih berwibawa, lebih "down to earth" dan lebih disukai.

Jelaslah, politik bukanlah semata- mata bersandarkan kelantangan, kekuasaan dan profil akademik. Weightage nya juga membawa peratusan yang tinggi dari segi sokongan orang bawahan yang tulen ( yang bukan pakai sogok- sogok), keperibadian dan ketokohan.

Terlalu ramai yang naik secara curang; tidak kira dari UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS atau DAP. Pemimpin- pemimpin seperti ini tidak lama namun kemusnahan yang diakibatkan oleh mereka cukup dasyat hingga memerlukan lagi 50 tahun untuk diperbaiki.

Walaubagaimanapun, UMNO tidak perlu berbuat apa- apa jika mereka sudah bersedia untuk menyerahkan kuasa pada Pakatan Rakyat di Pilihanraya Umum yang bakal menjelang tiba.

Ketika itu, hanya Al- Fatehah yang mampu Harimau hadiahkan.

14.8.09

Aku Kena Sound Dengan Reformis lah Beb!

salam,blog longkang atau blog jamban ...bukan le isunya...apa yg penting tulisan yang dihasilkan bukan setaraf 'surat layang'... kerana itu perbuatan 'orang pondan'...mengaum le Pak Rimau selagi tekak mu larat.

Meh kongsi sikit apa yang ada dari blog nasruddin tantawi...'Etika dan adab seorang blogger"baca jangan tak baca...boleh saja menulis secara kritis tapi...kalaulah tulisan pak Rimau di blog ini bernilai dakwah dan jihad dijalan Allah.
Ayuh tampilkan dirimu dan menjadi penulis ikhlas lagi bertanggungjawab terhadap apa yang anda muntahkan di sini.jangan nama je rimau...tapi takuuut...cuma berani bila 'orang tak kenal'...sekadar pandangan sekupang dua dari saya.
{ komen dari penulisan ini: Apa itu Blog Berhaluan Kiri? Siapa Blog Lubang Jamban? }


Pertamanya, terima kasih kepada Ummuhanah kerana sudi singgah ke blog nyamuk ini. Setelah membaca komen beliau, Harimau rasa bahawa Wanita ini ada "sesuatu" yang ingin diluahkan dan MUNGKIN juga beliau adalah orang yang BERANI.

Ohh...Reformis rupanya. "Memang berani pompuan ni" kata hati Harimau.

Ummuhanah menentang ISA. Itu hal dia. Masing- masing ada pendapat tetapi Harimau rasa tidak perlu untuk kita mengotorkan baju dan membuang masa dengan berarak di jalanan. Kita bukannya dapat mengubah apa- apa. Kejayaan memansuhkan PPSMI? Itu nasib je. PPSMI ditentang oleh Pakatan Rakyat dan Majoriti ahli Barisan Nasional.

Hal Harimau tidak mendedahkan diri adalah kerana Harimau tidak nampak untuk apa berbuat begitu. Kalau Harimau berbuat salah, dah lama PDRM datang pejabat (oops!) dan gari tangan Harimau. Sistem pengesan PDRM bukannya bangsat sangat. Ummuhanah tentu bersetuju sebab mungkin beliau pernah di jamu dengan air pancutan PDRM. Tu kira nasib baik tak kena ketuk ketampi sambil telanjang.

Ummuhanah perlu faham tujuan blog ini diadakan. Ia hanya untuk "bersuara" dan menyatakan pendapat, pandangan, rintihan dan amarah yang lebih bersifat peribadi dan mewakili komuniti sekeliling Harimau. Dan, komuniti sekeliling Harimau adalah dari bermacam- macam parti (termasuk AKIM) dan kadang-kala dari pelbagai organisasi; baik halal atau haram. Atas situasi itulah blog ini memilih untuk neutral.

Jika Ummuhanah rasakan terlalu banyak serangan terhadap kem Pakatan Rakyat, ia tidak dapat dielak kerana pada pandangan Harimau, kebelakangan ini, terlalu banyak insiden- insiden dan peristiwa yang "bakal" menjahanamkan anak bangsa Harimau. Mungkin, FAQ (Frequently Asked Question) di bawah dapat membantu Ummuhanah mengenal dan menyayangi Harimau Menaip.

Apa "kiblat" blog ini dan apa yang diperjuangkan?

Blog Harimau Menaip memperjuangkan:


  1. Islam dan penganutnya.

  2. Melayu

  3. Malaysia

  4. Golongan yang teraniaya

  5. Ibu Tunggal (mampos kalau bini aku tahu ni...)

Dan, blog ini bersifat:


  • serius dalam tawa.

  • marah dalam senyum

  • ketawa dalam sedih

  • geram dalam sayang

4 sifat di atas memang sukar untuk difahami namun bagi yang telah lama membaca, pasti akan faham.

Kenapa blog ini menyokong ISA?

Kerana Harimau tidak nampak ketidak-perluannya ISA dalam situasi negara majmuk seperti Malaysia. Namun, Harimau percaya ada ketidak-adilan yang telah berlaku sehingga ramai yang memberontak dan marah. Namun, ISA tetap perlu dikekalkan. Harimau juga suka untuk mendengar hujah- hujah yang "mungkin" membuat blog ini berpusing 180 darjah. Mana kita tahu kan?

Kenapa blog ini bernada rasis (perkauman)?

Jangan di baca dari konteks perkauman tetapi bacalah tanggungjawab Harimau untuk bangsa Harimau. Ingat! Membantu dan memperjuangkan Melayu bukan hak ekslusif parti UMNO. Ia hak anak bangsa.

Kenapa tidak bernada 100% Islamik dan berdakwah?

Ada. Terpulang pada pembaca untuk meletakkan peratusan ke"Islamik"annya. Dan, memperjuangkan ISLAM dari aspek politik bukan hak ekslusif parti PAS.

Siapa sebenarnya Harimau Menaip?

Seorang Islam dan berbangsa Melayu. Rasanya, itu sudah cukup. Ini bukan isu "baling batu sembunyi tangan" tetapi orang yang ditegur perlu mendengar tidak kira dari siapa teguran itu datang.

"Rather than avoiding complainers, or discounting complaints, I have made a greater effort to discover the reasons why people complain" Karen Nelson.

Sebenarnya, kita dahaga seorang pemimpin yang mendengar. Rakyat bukan terdiri dari UMNO atau MIC atau MCA, rakyat juga ramai dari PKR, PAS dan DAp. Dan, kita tidak tahu samada pemimpin yang sedia ada itu baik atau jahat melainkan segala pandangan dan persepsi bersandarkan terhadap berita dan perkhabaran dari mulut ke mulut. Oleh itu, mengapa kita sering berat sebelah? Bukankah lebih baik kita neutral sahaja?

Hal pangkahan di hari mengundi itu, bukannya penting untuk kita tonjolkan. Betul tak?

Akhir qalam, berdemonstrasilah kamu wahai Ummuhanah selagi kamu ada kudrat dan sabun basuh baju.

Wallahualam.

13.8.09

Apa itu Blog Berhaluan Kiri? Siapa Blog Lubang Jamban?

Tidak kiralah mana- mana pemimpin pun, samada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional; usahlah mudah sangat tunduk dengan desakan (atau mungkin ugutan) psikologi yang mula dimainkan oleh blog- blog bukan Islam yang hanya mahukan kesamarataan yang menjahanamkan Negara dari segi struktur dan matlamat. Ia juga mencabul sejarah Malaysia yang terbentuk dari sifat belas dan kasihan dari kaum peribumi buat kaum- kaum yang lain. Namun, bunyinya agak rasis jika disebut begitu dan pada masa yang sama kita harus sedar bahawa ia adalah suatu kebenaran.

Dewasa ini, pemberontak jalanan dan blogawan berhaluan kiri (orang macam Harimau adalah straight) mula memperkatakan dan mempersoalkan kedudukan PAS di dalam Pakatan dan berharap ia dipertimbangkan oleh Anwar Ibrahim di mana mungkin sesuatu tindakan (seperti menyepak PAS keluar) perlu dilakukan Anwar Ibrahim sederas mungkin.

Mereka terlalu megah dengan kemenangan yang diterima dan menganggap tanpa peranan mereka, Pakatan Rakyat tidak mungkin menidakkan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

Sudahlah. Muak sungguh dengan keangkuhan mereka (blogawan berhaluan kiri). Belum ada kuasa sudah mendabik dada dan melaung "I'm the King!". Ptuihhh!

Siapa blogawan berhaluan kiri? Blog ini memberi definasi sebegini:

Mana- mana blog yang menyokong mana- mana parti tetapi bersuara dan bercakap seperti dialah Raja, dialah Pembuat Keputusan dan dialah Penentu Keputusan Pilihanraya.

Jelas bahawa ia mencakupi semua blog samada Pro- PR atau Pro- BN ataupu Pro- Fessional (macam Harimau Menaip...hehehehe)

Contoh? Di bawah:


In 2007 when the PKFZ scandal broke, the MACC (then ACA) had seized all documents from the Port Klang Authority and nothing came out of it. Probably they had no balls to see the investigation thru because and this is a hypothetical possibility that those with balls possessed only dysfunctional anatomical extensions, but workable only by remote control! Dang, and some of you guys say that this country is not in distress (IS THE OPPOSITE OF TRANSPARENCY, MACC? )

Lagi? Baca lagi di bawah:


It is time Anwar cracks the whip. Better to amputate one limb before it infest the whole body mass. Zulkifli Nordin MUST GO. Will DSAI do it? Will PAS and DAP also rein in their delinquents? We will see how this plays out at Permatang Pasir. (TIME FOR PR LEADERS TO TAKE OFF THOSE KID GLOVES AND CRACK THE WHIP. )

Lagi? Ada lagi. Baca di ini (PAS, PEOPLE ARE SEEING RED, NOT GREEN, NO? )

Mungkin kalian akan bertanya, "Mengapa Kiri dan bukan Kanan?". Jawapannya mudah. Kiri kan tangan taik! Berlainan pula dengan blog The Might Of The Pen.

The Might Of The Pen adalah blog Lubang Jamban.