salam,blog longkang atau blog jamban ...bukan le isunya...apa yg penting tulisan yang dihasilkan bukan setaraf 'surat layang'... kerana itu perbuatan 'orang pondan'...mengaum le Pak Rimau selagi tekak mu larat.
Meh kongsi sikit apa yang ada dari blog nasruddin tantawi...'Etika dan adab seorang blogger"baca jangan tak baca...boleh saja menulis secara kritis tapi...kalaulah tulisan pak Rimau di blog ini bernilai dakwah dan jihad dijalan Allah.
Ayuh tampilkan dirimu dan menjadi penulis ikhlas lagi bertanggungjawab terhadap apa yang anda muntahkan di sini.jangan nama je rimau...tapi takuuut...cuma berani bila 'orang tak kenal'...sekadar pandangan sekupang dua dari saya. { komen dari penulisan ini: Apa itu Blog Berhaluan Kiri? Siapa Blog Lubang Jamban? }
Pertamanya, terima kasih kepada Ummuhanah kerana sudi singgah ke blog nyamuk ini. Setelah membaca komen beliau, Harimau rasa bahawa Wanita ini ada "sesuatu" yang ingin diluahkan dan MUNGKIN juga beliau adalah orang yang BERANI.
Ohh...Reformis rupanya. "Memang berani pompuan ni" kata hati Harimau.
Ummuhanah menentang ISA. Itu hal dia. Masing- masing ada pendapat tetapi Harimau rasa tidak perlu untuk kita mengotorkan baju dan membuang masa dengan berarak di jalanan. Kita bukannya dapat mengubah apa- apa. Kejayaan memansuhkan PPSMI? Itu nasib je. PPSMI ditentang oleh Pakatan Rakyat dan Majoriti ahli Barisan Nasional.
Hal Harimau tidak mendedahkan diri adalah kerana Harimau tidak nampak untuk apa berbuat begitu. Kalau Harimau berbuat salah, dah lama PDRM datang pejabat (oops!) dan gari tangan Harimau. Sistem pengesan PDRM bukannya bangsat sangat. Ummuhanah tentu bersetuju sebab mungkin beliau pernah di jamu dengan air pancutan PDRM. Tu kira nasib baik tak kena ketuk ketampi sambil telanjang.
Ummuhanah perlu faham tujuan blog ini diadakan. Ia hanya untuk "bersuara" dan menyatakan pendapat, pandangan, rintihan dan amarah yang lebih bersifat peribadi dan mewakili komuniti sekeliling Harimau. Dan, komuniti sekeliling Harimau adalah dari bermacam- macam parti (termasuk AKIM) dan kadang-kala dari pelbagai organisasi; baik halal atau haram. Atas situasi itulah blog ini memilih untuk neutral.
Jika Ummuhanah rasakan terlalu banyak serangan terhadap kem Pakatan Rakyat, ia tidak dapat dielak kerana pada pandangan Harimau, kebelakangan ini, terlalu banyak insiden- insiden dan peristiwa yang "bakal" menjahanamkan anak bangsa Harimau. Mungkin, FAQ (Frequently Asked Question) di bawah dapat membantu Ummuhanah mengenal dan menyayangi Harimau Menaip.
Apa "kiblat" blog ini dan apa yang diperjuangkan?
Blog Harimau Menaip memperjuangkan:
- Islam dan penganutnya.
- Melayu
- Malaysia
- Golongan yang teraniaya
- Ibu Tunggal (mampos kalau bini aku tahu ni...)
Dan, blog ini bersifat:
- serius dalam tawa.
- marah dalam senyum
- ketawa dalam sedih
- geram dalam sayang
4 sifat di atas memang sukar untuk difahami namun bagi yang telah lama membaca, pasti akan faham.
Kenapa blog ini menyokong ISA?
Kerana Harimau tidak nampak ketidak-perluannya ISA dalam situasi negara majmuk seperti Malaysia. Namun, Harimau percaya ada ketidak-adilan yang telah berlaku sehingga ramai yang memberontak dan marah. Namun, ISA tetap perlu dikekalkan. Harimau juga suka untuk mendengar hujah- hujah yang "mungkin" membuat blog ini berpusing 180 darjah. Mana kita tahu kan?
Kenapa blog ini bernada rasis (perkauman)?
Jangan di baca dari konteks perkauman tetapi bacalah tanggungjawab Harimau untuk bangsa Harimau. Ingat! Membantu dan memperjuangkan Melayu bukan hak ekslusif parti UMNO. Ia hak anak bangsa.
Kenapa tidak bernada 100% Islamik dan berdakwah?
Ada. Terpulang pada pembaca untuk meletakkan peratusan ke"Islamik"annya. Dan, memperjuangkan ISLAM dari aspek politik bukan hak ekslusif parti PAS.
Siapa sebenarnya Harimau Menaip?
Seorang Islam dan berbangsa Melayu. Rasanya, itu sudah cukup. Ini bukan isu "baling batu sembunyi tangan" tetapi orang yang ditegur perlu mendengar tidak kira dari siapa teguran itu datang.
"Rather than avoiding complainers, or discounting complaints, I have made a greater effort to discover the reasons why people complain" Karen Nelson.
Sebenarnya, kita dahaga seorang pemimpin yang mendengar. Rakyat bukan terdiri dari UMNO atau MIC atau MCA, rakyat juga ramai dari PKR, PAS dan DAp. Dan, kita tidak tahu samada pemimpin yang sedia ada itu baik atau jahat melainkan segala pandangan dan persepsi bersandarkan terhadap berita dan perkhabaran dari mulut ke mulut. Oleh itu, mengapa kita sering berat sebelah? Bukankah lebih baik kita neutral sahaja?
Hal pangkahan di hari mengundi itu, bukannya penting untuk kita tonjolkan. Betul tak?
Akhir qalam, berdemonstrasilah kamu wahai Ummuhanah selagi kamu ada kudrat dan sabun basuh baju.
Wallahualam.
24 comments:
bravo bro..berjaya menepis dengan lembut..marah sesorang hanya 4 minit..lebih dari itu adalah disebabkan emosi..
bila diri dikuasai emosi, dia bukan dia lagi..
Saudara Harimau, Maya nak tanya si yang berkata-kata tu pun adakah telah mendedah identiti sebenar?
Itulah yang ada pada ramai antara kita, hanya pandai menegur orang je, cerminkan diri-sendiri kita selalu lupa, termasuklah Maya juga.
Salam Tok Rimau
Membantah atau meluahkan isi hati ada dua cara. Pertama adalah bersuara atau menulis yang kedua adalah dengan perbuatan demo dan sebagainya.
Kedua-dua anda adalah betul. Harimau dengan caranya dan Ummu dengan caranya. Bukankah kedua-duanya untuk mengubah ke arah kebaikan?
Saya percaya perjuangan Ummu juga adalah untuk kebebasan dan keadilan serta hak kita baik dari segi beragama atau bangsa. Saya juga percaya apa yang harimau perjuangan juga ada di atas perkara yang sama.
Sememangnya saudara dan saudari adalah berjuang kerana bakti (berbakti)untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air bukan?
hampeh, masih dalam mod tak mengaku tak betul!
blog ko mmg la kimak, sory aku terus terang, wa silap camne bloggers PR bole claim ko blah depa hak hak hak . . . salah kote la ,tak ubah cam pengupah umno, bukan nak melalak cam ko tapi melahirkan ketidakpuashatian. bajet rasional, weH! blah la lu. . .
Terima kasih Tuan Ali, Tuan Mountdweller dan Cik Maya,
Kalian senantiasa memberi semangat.
BahdaunKetum,
Tengah setim daun ke?
Salam Bro,
Hang bagi aku ketawa dulu boleh tak?
ha..ha..ha....
Senasib rupanya... ha..ha..ha..., aku pun kena juga macam hang dalam chatroll, isunya pasal keperluan berdemo ISA.
Jawapan aku seakan jawapan hang, lastly terus menyepi diri... sampai la ni. ha..ha..ha...
Depa semua tu fanatik yang ada akal, tapi tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin.
ha..ha..ha.. kontroversi lagi ni. Apa pun aku salute dengan jawapan hang tu, tabik spring kat hang.
Harimau takut bini, setahu aku rimu jantan sekor banyak betina banyak.
Thanks ISA. Jangan jadikan politik kepartian sempadan untuk kita menyemai perasaan kasih sayang.
Anonymous,
"Kimak" itu bukankah sama dengan banner yang orang UMNO kibar hari tu? Kau UMNO kan?
TokHarimau
Memang patut hang kena belasah....menulis melacur akal sendiri.
hehe,
cool la bro harimau.
wa support.
Ape yg wa perasan semenjak akhir2 nih semua org bile tak puas ati jek attack personal, bangsa , agama n thanks to parpukari( n demo UMNO?) ramai yg dah jd pencarut tegar.
Susah sgt ke nak "agree to disagree?".Takan nak paksa semua org ikut ckp kita kot.Gila.
Bagi wa yg turun demo ISA psl dlm perlembagaan Mys kata boleh turun demo.Wa turun jek la.
Suka ISA no prob.Tunggu la sampai sedara mara sendiri pon kene ISA.Mcm H1N1 le..selagi sedara mara kita tak mati wat pe pakai topeng.Tak terasa pon.Standart malaysian la.
Bagi wa kalau mahathir kne ISA pon gua akan demo mintak die dibicarakan.
Melayu semakin berfikiran kritis dan praktikal...
Syabas rimau... lu memang berantai!!
Arak is OK maaa!!!
Takebeer
Takebeer
Takebeer
Tiada NUETRAL, tiada atas pagar, tiada jalan tengah dalam Islam. Yang ada Syurga dan neraka sahaja. Islam dan kafir. Maaf. Ini buktinya ....
Allah SWT Berfirman dalam Surah An Nisaa' Ayat 150 hingga 151 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan tengah (nuetral) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan." ShodaqALLAHul'Azim.
WAllahua'alam ....
Salaam saudara Harimau,
Kemas titipannya.
Jelas bidasannya.
Hebat tepisannya.
Salaam Takzim
salam bro tiger...
pada pendapat saya, dia ada betul and bro tiger pun ada betul..cuma saya lebih enyokong kepada keperluan berdemo apabila dah takde cara lain dah nak push kerajaan...anta memo buat dek,tv surat kabar perdana taknak siar,anta email or surat apatah lagi blog....itu menteri nak baca ke blog kite?kahkahkah...so takde cara lain...seperti jugak hartal 1947 dulu...sama juga demo menentang malayan union.so far output demo ada jugak yg positif...antaranya bersih dan ppsmi walaupun bro tiger ckp ppsmi pasal puak umno pun tak berapa nak suka...so apa kata bro tiger buat poll samada demo or no demo...tgk pendapat pelawat2/tetamu blog bro tiger...jgn buat mcm poll kdn tu sudah lah...100 kali klik 100 kali lah vote meningkat heheheh
Pasai ISA, rasanya 99% yang berdemo tak faham apa keperluan ISA.
Pi berdemo kat rumah2 pemimpin yang mengajak mereka, keliling dan dalam halaman rumah Anwar, LKS, Tian Chua atau sapa lain yang duk jadi kepala Demonstrasi.
Melalak ler berhari2 kat situ, tengok sikit lama mana tuan rumah dapat tahan. Ini tak pasai2 pi kecoh kat kawasan lain.
Bota
salam,
pertamanya terima kasih kerana pak rimau mengangkat komen saya setinggi ini sehingga menjadikan ia isu besar dalam entri pak rimau kali ni.
Ada 'maksud' saya telah dijawab dgn benar oleh pak rimau dan ada yang tiada kaitan langsung bahkan meraban-raban.
komen saya dulu tiada kaitan dgn tulisan 'democrasi' isa di blog saya dan tiada kaitan dgn tulisan PPSMI dari saya....komen saya adalah 'teguran sekupang dua' supaya pak rimau 'memperkenalkan' diri dan menjadi blogger berani...bukan menjadi rimau yang cuma sedap bercerita 'ada taring'. Tapi bila pak rimau dah jelaskan stand pak rimau mengapa menyembunyikan diri ...Alhamdulillah, saya rasa saya boleh terima 'kecut' yang pak rimau rasai itu. Maka Terpulanglah pada cara pak rimau... itu hak pribadi....tak terima 'saranan' saya. tak pa saya tak kecik hati.
maka mengaumlah pak rimau di sini....ajak la lembu kambing dan ayam itik sekali, mereka akan seronok dgn pak rimau.....ada suara tapi tak nampak taring dan belangnya .
untuk errr... sapa ...tu maya karim ke sapa tadi....kalau anda datang ke teratak saya dan 'ronda-ronda' kejap, anda pun akan kenal dgn saya.Bukan sekadar nama....muka pun ada.
salam, 'kerja' saya dah abis rasanya kat sini.
Tuan KerajaanRakyat,
Kita adalah bersaudara. Perbezaan pendapat tidakkan mampu mengubah kenyataan itu. Tuan tetap saya sanjung dan pendapat Tuan saya hormati. Wassalam.
Tuan Mr.Kolumpo,
Benar. Pak Menteri tidak baca apatahlagi memberi respon terhadap apa yang kita suarakan di blog. Namun, dengan berdemo, hanya memudahkan diorang menambah perisa dalam serangan diorang terhadap kem Pembangkang. Mengenai poll, saya tahu jawapannya. Peratusan untuk berdemo akan tinggi. Saya bukan tidak bersetuju 100% dengan berdemo, cuma kita perlu gunakan saaluran lain yang lebih makruf dan aman. Seperti apa? Itu tugas pemimpin yang kita pangkah di PRU yang lalu.
Anti Neutral,
Nutral yang Harimau maksudkan adalah seperti orang tengah dan bukan free thinker yang tiada agama.
Xenan, thanks.
Mudz, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Hang buatlah blog. Nak gak aku baca.
Harakah,
Tolong satu boleh? Janganlah jadikan perkataan "Takbir" menjadi "Take Beer". Fikirkanlah kerosakannya pada agama Islam di masa akan datang.
Ummuhanah,
Salam persaudaraan dan Salam ukhwah. Tolong letak muka dan nama penuh di blog Puan. Kalau boleh letak alamat sekali. Senang Harimau nak hantar hamper Raya. Amacam? Ada berana?
salam,
muka saya ada di blog ...termasuk muka suami dan anak-anak.
nama saya pun ada, permintaan utk letakkan nama penuh serta alamat akan dipertimbangkan.
maaf, pembetulan utk typing error pada pak rimau.Saya maksudkan 'demonstrasi' bukan democrasi'..maaf.
Ummuhanah,
Untuk apa ye? Tak perlu sahut saranan saya tu. Saya hanya berseloroh. Dan, telah saya katakan bahawa Ummuhanah memang berani dan blogawan ikhlas.
Teruskan Ummuhanah.
Ummuhanah,
Untuk apa ye? Tak perlu sahut saranan saya tu. Saya hanya berseloroh. Dan, telah saya katakan bahawa Ummuhanah memang berani dan blogawan ikhlas.
Teruskan Ummuhanah.
saya suka baca blog harimau..
tak stress
hehe!
Thanks Cik Dila.
Blog saudari cukup cute (macam Tuannya).
To Rimau, cuma nak pesan, jangan sampai terlebih Melayu dari Islam.
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [49:13]
Post a Comment