Berat sungguh tanggungjawabku kali ini, namun aku amat berharap agar aku mampu memikulnya. Sudah pasti, aku akan bersungguh-sungguh agar anak ku ini berpegang teguh pada tali Allah.
Pada guru-guru yang bakal aku hantar untuk mendidiknya, marahilah dia jika dia salah. Pukullah dia jika dia wajar menerimanya. Bantulah aku mendidiknya.
Anakku, hormatlah pada orang tua. Hormatlah pada Nenek Melayuangkat, Pakcik Desperado, Pakcik Anwar Ibrahim, Pakcik Najib Razak, Pakcik Sofi (Kerajaan Rakyat), Makcik Ummi Anni, Makcik Sya Reformis, Pakcik Mat Saman, Uncle Parpukari, Uncle Nobisha, Uncle Novandri, Uncle Piggy Singh, Atuk Mahaguru58, Uncle Kulat, Atuk Mountdweller, Uncle Edward Saminathan, Pakcik Kulup Sakah, Pakcik Al-Banjari, Pakcik ISA, Makcik-makcik dan kakak-kakak yang mengikuti blog Abah yang kecil ini (maaf kalau nama terlupa sebut).
Hormati mereka tanpa mengenal Agama, Kaum, Anutan Politik dan Warna Kulit.
Kalau kau degil, nanti Abah sebat dengan tali pinggang. Nak tak?
Harimau: garang tak den?
33 comments:
Tahniah pado Tok Ghimau...let's join the club...
p/s: Den ado anak teruno...hensem!
Bro,
Semoga dibesarkan anak itu menjadi seorang insan yang berjaya dan sentiasa mendapat rahmat Tuhan. Saya pasti Tiger mampu didik anak menjadi warganegara yang berguna.
God Bless Tiger sekeluarga. Harap isteri dan anak sihat walafiat..
Edward (che)
tahniah pak rimau!!!
- parti jahat, kato eh -
Salam Tok Ghimau,
Sekalung tahniah untuk Abah Harimau.
Anak-anak kita bukan sahaja anugerah dari Allah Maha Besar, tetapi ianya amanah dari Allah yang Maha Kaya.
Sama-sama kita mendidik anak-anak kita generasi muda untuk lebih mengenali erti kehidupan dan pengorbanan.
Sekali lagi tahniah saudaraku Harimau.
Selamat menyambut Ramadhan dan Wassalam.
salam rimau,
tahniah aku ucapkan..
mugo botambah bahagio sekeluargo..
tahniah..
comel sangat baby tue..
hehe..
tahniah... semoga sihat dan jadi anak yang dapat membahagiakan ayah dan bondanya. tok harimau jangan garang macam harimau dahlah ye... tapi harimau pun sayangkan anaknya.
Salam tuan,
Tahniah di atas kelahiran putri, so bertambah ahli keluarga dan hadiah bagi menyambut bulan ramadan dan syawal kelak..
Salam dari Permatang pauh... Pulau Pinang...
Salam, tahniah semoga dia mjadi muslimah sejati. Smoga abah dia terus bsemangat bjuang!
Tahniah..!!!Semoga Allah memberkati..Selamat 'berpuasa'...
Salaam saudara 'Harimau Menaip'
Syukur kepada ALLAH SWT
Tahniah kepada saudara.
Anak adalah amanah
Anak adalah dugaan
Anak adalah cabaran
Anak adalah kegembiraan
Anak adalah kedukaan
Anak - Seribu dalam satu
Didiklah ia.
Asuhlah dia.
Tetapi jangan terlalu mengharap daripada dia. Bimbang kecundang yang tiba. Harapan pautkan terus kepada yang Esa - Allah pencipta.
Semoga saudara dan keluarga dilimpahi dengan kasih dan rezeki yang halal dari NYA.
Salaam Takzim
tahniah!!! alhamdulillah...syukur
tahniah buat tok rimau.
moga didikan tok rimau bakal menjadikannya muslimah sejati.
*patutnya kalau dah 'tok rimau' mesti dah bercucu.... kah kah kahh...
Terima kasih semua teman-teman.
Akira,
Den dah ado cucu. Anak pada anak buah den. Kiro cucu sedaro la.
Ada petua untuk anak jadi cemerlang tak? Ajarlah den ni ha. Den ni, tau buat anak yo...jago tak berapo pandai...
BESTNYA KAU,
AKU BR MENIKAH DUA BULAN LEBIH, AKU BR JE DPT BERITA GUMBIRA YG BINI AKU DAH MENGANDUNG.
RIMAU, TAHNIAH DR AKU.
AKU PUN TAK SABAU JUGAK NAK TENGOK ZURIAT AKU SENDIRI NANTI, INSYAALLAH TAHUN DEPAN.
Salam Ceria buat Tok Rimau.
Waduh... pikul amanah yang berat dari Allah! Percayalah, memang berat amanah ini.
Maaf kerana agak terlambat mengucapkan tahniah untuk Harimau dan Ibunya. Alhamdulillah Allah kurniakan Putri Yang sihat. Inilah yang dikatakan menerima Amanah dengan Hati yang cukup gembira.
Saya dulu mula-mula dapat Along, macam orang sasau pun ada. Kenapa tidaknya sorang-sorang pun senyum, terlalu gembira dan bersyukur!
Tahniah Sangguna. Jaga betul-betul. Susah nak jaga wooo..
Thanks Tuan Mountdweller.
Salam Tok Ghimau,
Tahniah ku ucapakan tok ghimau, alhamdulillah!
Semoga Tok Ghimau sekeluarga memperoleh rezeki yang melimpah ruah dari Allah s.w.t. dan semoga berbahagia selalu!
Welcome to the Bapak's Club, eden pun dah ado limo dah! He he he
Assalamualaikum anakku Harimau,
Maaf kerana terlambat sikit untuk mengucapkan Tahniah dan sebanyak-banyaknya Syukur AlhamdulillahiRobbil Alamin.
Anak adalah AMANAH Allah swt dan Mak Cik pasti kamu dan isteri akan menjalankkan tanggung jawab dengan sebaiknya. Amin!!
selamat datang anakanda!
Salam ya rimau,
Jutaan tahniah dari MI. Anak soleh sebagai harta.
Didiklah sebaiknya.
Jangan jadi seperti orang itu bila dewasa sudahlah.
http://www.think-israel.org/weinglass.johnshopkins.html
alhamdulillah..
tahniah tok rimau.
hargailah sebaiknya pemberian Allah tu.
semoga dia menjadi muslimah yang solehah nanti.
amin.
-yousef-
tahniah...
Tahniah harimau.... Jagalah amanah Allah itu sebaik mungkin didiklah ia agar menjadi seorang muslimah sejati yg sentiasa bertakwa kepada Ilahi... InsyaAllah akan berbahagialah tuan di dunia dan akhirat...Amin.
Assalamualaikum Ayahanda Rimau.
Atok Mahaguru58 tumpang bersyukur diatas kelahiran Muslimah waris Harimau Malaya ini.
Semoga panjang umurnya; murah rezekinya; sihat tubuh badannya; cerdik akal fikirannya; zuhud dan malu peribadinya; mulia dan santun pekertinya; petah dan bijaksana orangnya; berani seperti ayahnya dan senantiasa dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Atok Mahaguru58 berdo'a agar segala harapan ayahbondanya tercapai dan dilindungi Rabbul Alamin kesemuanya.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Tahniah Tok Rimau! Semoga dikau bijak mentarbiyyah puteri warisan Harimau mu ini.
Alhamdulillah!
Tahniah TOK Harimau.
Tok Harimau telah dipilih utk menjadi ABAH kepada bayi comel ni.
Hartabenda dan anak-anak adalah tipu-daya untuk menguji keimanan manusia.
Salam.
TAHNIAH!!
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN.
Saya harap sepanjang bulan Ramadan ini, semua ahli parti-parti politik yang beriman dan penulis-penulis blog politik yang beriman pun turut berpuasa dari menyebar fitnah dan maki hamun...jangan dok posa sia-sia!
Assalamaualikum anakku yang baru 18-8-2009 jadi ABAH,
Tahniah kepada kamu dan isteri serta keluarga besar semua..
Siapa nama 'orang baru' kita?
Ha ha, kalau nak hadiah (untuk anak bukan abahnya) belilah Alamat di blog Mak Cik (sekarang dah jadi nenek). Nanti InsyaAllah, pos lajukan hadiah. (Lepas habis assignment ni, sekarang belum ada masa shopping).
Wah, Ramadan ni dan InsyaAllah sambut raya dengan Cahaya Mata kurniaan Ilahi..riang betul hati (Hati Mak Cik, tumpang riang je).
Alhamdulillah, banyak-banyak..kalau boleh setiap saat.
SALAM
SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN
SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...
SALAM SEJAHTERA
Salam Hurmat..
Tahniah sahabat, setiap anak Adam yang lahir ke dunia sudah ada rezekinya...
"Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga setiap amalan yang dikerjakan oleh muslimin & muslimat pada bulan yang mulia ini diberi Tuhan ganjaran yang berlipat ganda, insyaAllah.
Tahniah.... tataplah matanya.. itulah zuriat kamu. Semoga ia senutral abahnya. :))
Syukur...taniah tuan
perakkume team
aik..dah jadi abah dah..
anyway..selamat menjadi abah..selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa
Post a Comment