Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

15.8.09

Khairy Punya Aura Hingga Ratusan Ribu Menjadi Terpegun!

Ramai betul yang datang ceramah klise YB Khairy Jamaluddin. Mengikut anggaran, mungkin 300 ribu yang telah hadir mendengar dengan penuh khusyuk dan tawadduk ceramah bertajuk "Pakatan Retak Menanti Belah".




Gambar yang Harimau siarkan adalah kehadiran orang pada malam itu. Apa? Tak sampai seratus? Memang pun.

Yang sampai 300 ribu tu bukan orang tapi lalat. Malangnya, gambar lalat- lalat itu tidak dapat diambil kerana terlalu kecil dan mempunyai suara yang membingitkan.

sumber: CERAMAH KHAIRY ANTI PENGKHIANAT CUKUP GEMPAQ

Jika benar seperti apa yang ditulis oleh Hishamudin Rais, maka Dato' Seri Najib perlu berkira- kira tanpa lengah untuk menukar Ketua Pemuda UMNO kepada orang lain yang lebih berwibawa, lebih "down to earth" dan lebih disukai.

Jelaslah, politik bukanlah semata- mata bersandarkan kelantangan, kekuasaan dan profil akademik. Weightage nya juga membawa peratusan yang tinggi dari segi sokongan orang bawahan yang tulen ( yang bukan pakai sogok- sogok), keperibadian dan ketokohan.

Terlalu ramai yang naik secara curang; tidak kira dari UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS atau DAP. Pemimpin- pemimpin seperti ini tidak lama namun kemusnahan yang diakibatkan oleh mereka cukup dasyat hingga memerlukan lagi 50 tahun untuk diperbaiki.

Walaubagaimanapun, UMNO tidak perlu berbuat apa- apa jika mereka sudah bersedia untuk menyerahkan kuasa pada Pakatan Rakyat di Pilihanraya Umum yang bakal menjelang tiba.

Ketika itu, hanya Al- Fatehah yang mampu Harimau hadiahkan.

6 comments:

PARPUKARI said...

MUAHAHAHAHAHAHAHAHA, HEBAT TOK GHIMAU, AURA DIA NI DAH MACAM AUTA KAREY PUNYA....

The Lying Eyes said...

aku hadir pada sessi pidato malam tu, pada aku walau tak ramai tapi sedikit sebanyak dapat juga sampai penerangan tu walaupun ada pemidato yang buat kelas sejarah tengah-tengah malam kan. pada aku, KJ buat salah ke, haprak ke, hampas ke, kita harus lihat pada perjuangan yang sama, yang lain itu antara urusan dia dan tuhan. Tukang amik gambar ni jelas sengaja amek angle yang kurang tepat, sebenarnya ada lagi yang hadir, si tukang gambar pun tahu sebih seratus yang hadir, lebih baik dari seorang sahaja yang hadir.

mantra-indeeptots said...

Harus diingat, yang berceramah ialah Ketua Pemuda BN dan UMNO. UMNO parti politik gergasi bukan parti ciput...

Taraf 100 - 500 tu, level Ketua Bahagian atau Cawangan...

Khairy berjaya memalukan UMNO...Syabas!!!!

Anonymous said...

aku tengok dlm gambar di album minaq jinggo nampak ramai . aku rasa gambar yang hang dapat itu kot diambil masa orang sudah balik ..haha

yang itu sekeping saja,tengok dlm album minaq jinggo ,ramai juga yang hadir ..

http://www.facebook.com/album.php?aid=80726&id=565954215&saved#/album.php?aid=94246&id=539759662&ref=mf

Anonymous said...

aku tengok dlm gambar di album minaq jinggo nampak ramai . aku rasa gambar yang hang dapat itu kot diambil masa orang sudah balik ..haha

yang itu sekeping saja,tengok dlm album minaq jinggo ,ramai juga yang hadir ..

http://www.facebook.com/album.php?aid=80726&id=565954215&saved#/album.php?aid=94246&id=539759662&ref=mf

PEJUANG CYBER said...

Kata org sebelum meyebarkan khabar angin... adalah lebih baik jika kita siasat terlebih dahulu ttg kesahihannya.. jika tidak org akan berkata ianya hanya satu fitnah...

Jika di teliti dan dilihat pd gambar yg saudara siarkan tersebut,ternyata pada waktu itu majlis tersebut belum lg bermula.. tiada penceramah diatas pentas...

Sila layari laman blog saya, terdapat perbezaan yg ketara diantara gambar yg dipaparkan.

Terima Kasih...