Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

24.8.09

Take Beer itu untuk PAS atau kerajaan Malaysia?

But they returned after about 30 minutes and said they had received "instructions from the higher powers" to release her, said Kartika's father, Shukarno Abdul Muttalib. The officials said that "for now, the sentence cannot be carried out," Shukarno said. { Islamic officials release woman held for caning}


Memang telah Harimau duga. Tidakkan secara tiba-tiba Perundangan Islam/Syariah akan menjadi berani. Dari dahulu lagi Islam terlalu bacul di Malaysia. Bagaimana mahu memperkatakan hukum Hudud kalau hukuman pun boleh main-main?

Patutlah Harimau tak kaya- kaya. Sebab? Harimau tiada kabel orang atasan.

Penarikan hukuman tersebut tidak menghairankan kerana Buletin Utama pun menyiarkan perempuan peminum beer itu itu menjadi "alim ualamak".

Take Beer itu mahu dislogankan pada PAS atau kerajaan Malaysia? Semakin keliru sekarang!

9 comments:

ha ha ha said...

Alhamdulilah...

Moga Allah mengampunkan dosa Kartika meminum arak ..kerana beliau betul2 pasrah untuk menerima hukuman..

Bagi mereka yang melepaskan hukuman ini..ingatlah janji Allah itu BENAR...Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih lagi maha penyayang...

Tok Rimau..cuma saya nak tambah sikit..disebabkan proses perundangan Islam di Malaysia ini biasanya mengikut Kes-kes terdahulu..maka mungkin adalah anak-anak orang islam akan kena Rotan jika hukuman Rotan di kenakan kepada Kartika..dan hukumam rotan ini memang telah termaktup dalam hukuman mahkamah syariah..tetapi perlaksanaanya belum di kuatkuasa kerana tiada Hakim yang beranai menghukumkannya..Wassalammmm

P/S : Saya lihat Kartika itu ikhlas apabila menerima hukuman tersebut..jadi saya tak lihat beliau alim ulamak..tetapi seorang yang berani..

Anonymous said...

Bagi aku bab hukuman kena tegas.. Tak leh maaf2 sesuka hati.. Hukuman ni pengajaran kepada org lain gak supaya tak buat kesalahan yang sama..

Dimana keadilan kalo si DIA dimaafkan, kalo kesalahan tu aku yang buat belum tentu dapat pengampunan

Anonymous said...

BRO AWAK PNYE PENDAPAT BAGUS, TP SLOGAN TAKE BEER TUU JGN LAA D GUNAKAN LAGI BOLEH X?
AKU SEBAGAI ORG ISLAM RASA TERHINA LAAA....
SEBAB SLOGAN UNTK MENAIKKAN SEMANGGAT ORG ISLAM D PERMAIN2KAN GOLONGAN YG BETOL2 BANGANG INI...
OLEH ITU SY HARAP BHSM HARAP FAHAM DGN KOMEN SY INI...
KAMU PON JGN LAH GUNA NAAA...
HARAP RAYUANKU INI DPT MENYEDARKAN KALIAN....

Gedung Akal said...

Sering kita terbaca perkataan 'take beer' dalam blog-blog Pembela Negara yang disamakan dengan laungan takbir.
Ertinya laungan 'take beer' itu sama sahajalah dengan laungan takbir. Apa ertinya ini?
Melayu-Islam 1Malaysia kita memang kreatif dan berani. Kah..kah..kah..kah..kah Melayu sudah kreatif. Melayu sudahj berani! Itulah kelebihan PPSMI, entri bahasa ARAB pun mampu diterjemahkan ke English. Kah..kah..Melayu sudah maju dengan PPSMI! Take beer...take beer..Melayu sudah mabuk!

Kulup_Arapayung said...

Take Beer untuk PAS

Xenan said...

bro harimau,
selamat menyambut ramadhan dan menjadi bapa.

Bagi wa, kesan penarikan hukuman ni yg jd masalah.Lemau n hina sgt la mahkamah syariah sampai hukuman yg di jatuhkan boleh ditarik balik mcm ni.Tembah terhina ialah hakim mahkamah syariah tu.kot ya pon tarik la balik cara terhormat mcm masuk mahkamah rayuan ke.

Cam nik aziz ckp tak heran la kalau kapir hina islam kalau org islam sendiri lagi teruk hina islam.

Anonymous said...

Laungan takbir ni bukan hanya digunakan oleh Pas tapi seluruh umat islam didunia ni.Nak bersembahyang,menyambut hari kebesaran dalam islam hatta berperang sekalipun laungan takbir ni digunakan.Pas boleh kalau nak hina pun kerana ianya hanya sebuah parti tapi mempermainkan kalimah takbir ni menambahkan kebencian orang islam kepada xxxx.Harap dapat nasihat sikit kepada yang masih berdegil.

Anonymous said...

salam tuan harimau,

setuju dgn Anonymous, August 24, 2009 2:40 PM ;

- dalam hal ni, mahkamah perlu tegas bila dah jatuhkan hukuman. Xboleh teragak2 nak adakan hukuman sebat. krn, kalau mahkamah teragak2 dan ubah keputusan itu, hasilnya perundangan syariah akan menerima padahnya.

- Yang menjadi masalah ialah keperluan/tukang sebat xde dan terpaksa berkongsi dengan penjara sivil.

- ramai yg xpaham dengan hukum sebat syariah xsama dengan hukum sebat sivil.

- lebih malang bila ramai yg mentafsirkan/memberi komen sedangkan mereka bukanlah org yg arif bab agama.

BhYm said...

Harap bloger bloger dapat menghentikan penggunaan TAKE BEER ciptaan sidungu yang tak berfikir secara waras...

Take Beer membuat khalayak makin jauh dengan UMNO...

Inikah pejuang bangsa AGAMA dan tanahair???