{ dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=696}
Saya yang berada di luar negara baru tahu tentang replika itu, walaupun PKR telah menempelak saya seperti yang disebut dalam Malaysiakini kerana tidak membantah. Saya konsisten menyatakan seperti mana replika DS Anwar tidak patut didirikan, maka begitu juga replika DS Najib. Selain daripada ia berunsur berlebih-lebihan memuja pemimpin atau mengampu, ia juga tidak memberikan apa-apa kekuatan kepada politik seseorang.
Pemimpin dinilai pada pemikiran, sikap dan kerjanya, bukan pada besar kecil patungnya. Apabila saya menegaskan konsistensi saya dalam perkara ini, saya ini melihat sejauh mana konsistensi pihak yang membolehkannya dahulu. Malaysiakini melaporkan bahawa PKR ingin mendengar pendirian saya, maka ini pendirian saya.
Saya pula ingin melihat pendirian mereka yang dahulu membolehkannya. Sepatutnya, mereka yang mempertahankannya untuk DS Anwar Ibrahim, mereka juga kena mempertahankannya kali ini. Mengapa ia berubah-ubah jika untuk orang lain, dan hanya dibolehkan untuk pemimpin sendiri sahaja. Itulah politik. “Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul”.
Alhamdulillah, generasi muda mulai sedar, kebanyakan permainan politik ini hanya memperbodohkan masyarakat. Ramai anggota PKR datang dari lubuk yang sama, iaitu BN. Nama berbeza, mentaliti dan sikap belum tentu?!
-dr mohd asri, lampeter, uk.
Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.

Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

1 comment:
Salam ya rimau,
Patung besar seperti ini mana-mana pemimpin pun tak boleh membenarkan dianya dibina.
Dalam hal ini ahli UMNO dan bloggers pro UMNO menentang keras figura besar DS Najib di Batu Caves. Ini bermakna ramai penyokong UMNO lebih celik berbanding penyokong PR.
Jarang orang UMNO menyokong satu-satu perkara yang terang bertentangan dengan agama.
Acap kali benar orang PR sanggup melanggar batas agama semata-mata untuk menghalalkan tindakan pemimpin mereka.
Salam ukhuwah dari Melayu Islam.
Post a Comment