Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

3.8.09

Anwar: Aku Tanya, Aku Jawab


Hamboi. Segak betul bila DSAI me"Melayu"kan diri beliau yang sudah terlebih kacuk Cina, India, Kadazan, Iban, Pemandu Teksi, Petani dan Nelayan (benda ni selalu dia sebut dalam ceramah). Mungkin dek kerana bait-bait tersebut, ramai yang kata DSAI pengkhianat Melayu.

Harimau tidak pernah bersetuju. Harimau rasakan bahawa DSAI cuma seorang yang opportunist. Menggunakan sumber dan keadaan untuk kepentingan politik. Dan, atas sebab itulah Harimau menobatkan beliau sebagai Politikus Favourite Harimau Menaip.

Tetapi, mungkin sedikit- sebanyak beliau berdosa pada bangsanya. DSAI dikatakan kerap membuka pintu- pintu keramat bangsa Melayu kepada bangsa lain. Ya, mereka yang lain juga Bangsa Malaysia namun Melayu adalah anak tanah ini. Salahkah anak tanah ini mewariskan kehebatan nenek moyang kepada cucu mereka, cucu kepada cicit mereka dan terus tanpa ada ganggu dan gugat? Tidak adilkah sistem agihan kekayaan sekarang?

Kalau ditanya Harimau, Harimau akan kata tidak adil. Kerana kerajaan melantik Sang Haprak pemakan duit haram sebagai penjaga amanah bangsa Melayu. Hingga penjaga- penjaga amanah agihan kekayaan ini lebih kembung perutnya dari majoriti bangsa Melayu. Mentedarah duit tepi sudah jadi satu budaya dan tidak malu lagi untuk diperkatakan di khalayak.

Satu Malaya sudah tahu Juruteknik- juruteknik Majlis Bandaran suka minta itu dan ini terutama ketika hantar claim, Satu Malaya tahu Polis Trafik berkereta Kancil atau Bermotor Kapcai akan tahan pesalah Jalanraya hanya untuk membeli makan tengah hari, Satu Malaya sudah tahu jika mahu senang kena ada kabel a.k.a orang dalam; dan inilah pekung yang bukan lagi bersifat suatu pekung. Anwar sungguh bijak menggunakan "budaya baru" bangsa Melayu ini untuk menembak UMNO kembali.

Dan, dek kerana UMNO muflis politikus hebat, kelakuan dan respon UMNO persis sang dara menyundalkan diri dengan mengaku bahawa rasuah sudah menjadi budaya UMNO sejak dahulu kala dan mereka berusaha mengubahnya.

Kenapa Harimau kata ia persis penyundalan? Kerana tak payah cerita pun orang dah tahu. Benda basi, siapa yang suka dengar. Sampai sekarang, ia kekal status quo (rasanya).

Ramai teman Harimau berkata, bukankah title Perdana Menteri Ke-5 itu milik beliau? Sebab itu Anwar tidak pernah puas hati dan melawan kerajaan habis- habisan.

Ya, ia milik beliau kalau benar beliau tidak meliwat. Benar atau tidak, hanya beliau dan Allah yang tahu. Kita hanya perlu bersangka baik sahaja. Siapa mahu PM dari kalangan kaum Nabi Lut?

Dan, Harimau cukup yakin kes 1998 itu adalah palsu. Cuma, yang baru ni, sedikit meragukan. Meragukan kerana sepatutnya Saiful yang meliwat Anwar. Bukan terbalik macam sekarang.

Bagaimana agaknya Malaysia jika diperintah Anwar yang masih UMNO? Adakah sama dengan pemerintahan Anwar Pakatan Rakyat?

Sudah tentu tidak sama. Mana yang lebih baik buat Malaysia, Melayu dan Islam? Siapa ada jawapan?

10 comments:

Arif Omar said...

peliwat akan liwat semua hak melayu. lihat le sekarang. dsai dah liwat banyak hak melayu. sebab itu bangsa lain berani bercakap sebab peliwat ini dah buka punggung terlau besar. semua orang boleh masuk

Anonymous said...

liwat hak melayu takpa jgn liwat hak islam. kalau melayu hilang tapi hang masih islam syurga tatap menanti.

semut said...

Dunia akhir zaman, fitnah merayau rayau, janganlah jadi sebahagian dari mereka itu.

Sudah terbukti pelbagai kegagalan institusi kehakiman Malaysia. Itu yang menjadi tunggaknya.

Kemana perginya kes kes besar yang lain?

Kenapa tidak ada pendakwaan?

Menyebabkan kes Anwar ini meragukan kerana pelbagai lagi faktor yang membawa kepada kesangsian.

Bersangka baiklah, janganlah kerana berlainan idealisma politik kita menjadi terpalit kotor sebagai pemfitnah.

Harimau-Menaip said...

Mut,

Saya memang bersangka baik. Cuma saya menjawab persoalan benak.

Saya kurang nak percaya dengan kes beliau.

Dan, harapan agar "realiti" nya juga begitu.

Paloi,

Alhamdulillah. Kita masih Islam.

Anonymous said...

Hebat jadi rakyat Malaysia.
Kaum Lut ada, kaum Madyan ada, kaum Ad ada, kaum Firaun ada, kaum Tsamud ada...yang terbaru kaum pemuja lilin dan kaum penyembah cina mampos pun ada.

Tambah hebat lagi bila semua ter'hingin' sangat nak jadi PM.

Kalau Tuhan turun bala kali ini semestinya paling hebat, mungkin Malaysia tenggelam jadi Atlantis!

Lebih baik pilih Islam, lupakan yang lain.

Unknown said...

Salam Tok Rimau.

Saya setuju yang kita kena bersangka baik. Bersetuju juga yang tanah air ini hak kita, sebagai warisan. Kita sepatutnya kungsi yang mana patut sahaja bergantung kepada ihsan kita.

Sekarang sudah terbalik. Kita dia pariahkan oleh yang memegang amanah selama lebih 50 tahun!

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau,

Ini adalah salah satu penulisan oooopps.. satu taipan Harimau yang mungkin terbaik.

Ehem ehem, ada bakat jadi penganalisi politik tanah air nampaknya.

Cuma Mak Cik nak tambah Anwar Ibrahim juga kata "anak Melayu anak dia, anak Cina anak dia dan anak India pun anak dia, semua semua anak dia belaka"........

Malam ini Nisfyu Syaaban, semoga Allah swt akan mencatatkan yang terbaik buat kita semua. Berdoalah. Doa senjata kita. Doa kebaikan untuk bangsa, agama dan Negara tercinta.

WaAllahuAlam.

Harimau-Menaip said...

Tuan Zaidi, Tuan Mountdweller dan Ibu Melayuangkat,

Terima kasih di atas komen. DSAI hebat di ranjang...ooppss..hebat di pentas politik.

Tapi dia tidak perlu di dewa-dewakan.

Anonymous said...

A'kum Tok Harimau,

Apa lagi kita nak harapkan pada MELAYU um-NO yang dah memerintah negara kita nie selama 52 tahun. Lagu yang sama masih berdendang, Melayu miskin, Melayu harapkan subsidi, Melayu kerja Kerajaan makan rasuah, Melayu jadi Ali Baba ada la beberapa kerat Melayu yang boleh dibanggakan, itu pun dah lupa dengan MELAYU.

Pada siapa lagi yang MELAYU nie nak menaruh harapan? nak mengharapkan um-NO untuk 50 tahun akan datang? nampak gayanya lagu sama la dok berdendang sayang. Pada DSAI la kalau nak buat perubahan pun, itu pun kalau PAS masih bertahan dalam PR. Mungkin Tok Harimau cukup menyampah dengan DSAI entah kenapa, tapi itu la harapan yang ada.

Saya mungkin penyokong DSAI walaupun masih tak berdaftar dengan mana-mana parti sebab ingin jadi neutral. Pada saya harapan untuk perubahan ada pada DSAI, untuk memberi peluang kehidupan yang lebih baik. Kita sebagai rakyat tak perlu menjadi TOTOK pada satu-satu parti, kerana itu akan menyebabkan pemikiran kita menjadi sempit.

-Zackry-

Xenan said...

"Harimau rasakan bahawa DSAI cuma seorang yang opportunist"

Sokongan 100%.Persoalanan nya ke arah mana?izzit a bad thing?

Patut semua pemimpin bukak sekolah.

- sekolah pemikiran najib
- sekolah pemikiran anwar
- sekolah pemikiran hadi

Sng sikit org nak mengundi nanti.hehe