Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

2.8.09

Pemimpin PAS Kecut Telur Dengan DSAI?

kemaskini lepas terbit matahari: Harimau rasa, korang tak paham apa yang ditulis di bawah. Harimau menyelar "sikap lepas tangan" pemimpin PAS dalam Majlis Tunduk-Tunduk tersebut. Mengapa pemimpin PAS yang 2 orang tu ( Nasha dan Salehuddin) tidak tunduk pada mayat Teoh seperti DSAI dan Azmin lakukan? Antara persoalan dibenak adalah:

1. Adakah pemimpin PAS tidak pasti bahawa perbuatan "tunduk penuh kasih sayang pada mayat" itu tidak melanggar "dos and don'ts" dalam Agama Allah maka atas sebab itu ia tidak melakukannya?

2. Kalau sudah dalam SATU pakatan, mengapa membiarkan saudara seIslam seperti Azmin dan DSAI terus "main tunduk-tunduk pada mayat"? Takkan pemimpin PAS mahu masuk sorga dan membiarkan saudara seIslam yang lain hanyut?

3. Jika "main tunduk-tunduk pada mayat" itu tidak salah, mengapa mereka tidak melakukannya sama?

Bukankah NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA? Khuatir juga Harimau jika anak- anak kita akan tunduk bertafakur di balik pokok besar kerana menghormati "TOK PEKONG". Harimau tanya pasal Harimau sayang.

"Jika Wali Sembilan (Songo) itu ada yang kesepuluh, maka Anwar Ibrahim lah orangnya" fatwa Harimau Menaip.

Puas hati korang? Cuit DSAI sikit pun tak boleh. Macam maksum je.

__________________________________________

Harimau mahu bercerita tentang ISA yang mana hari ini, hasil diskusi panjang bersama teman-teman telah mengubah persepsi Harimau terhadap ISA. Namun, ia akan ditangguh dahulu.

Biarlah Harimau menyelar pemimpin PAS seperti Nasharuddin dan Salehuddin Ayub. Apa pandangan mereka terhadap tindakan DSAI tunduk pada mayat Teoh?

Jika mereka kata "Boleh", mengapa mereka tidak tunduk sama? Inikah pemimpin yang akan diharap memperjuangkan Islam? Mengapa tidak dipimpin DSAI yang sudah hanyut itu?

Kalian boleh tonton video di http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/08/nizar-tolong-fatwakan-perbuatan-anwar.html

Lepas tonton, kasi komen. Wokeh!

22 comments:

Mrkolumpo said...

TUNDUK HORMAT MACMA SUJUD KAH???TUNDUK HORMAT MACAM RUKUK KAH???
KALAU TAKAT TUNDUK HORMAT BIASA MCM KITE TUNDUK MASA LALU DEPAN ORG2 TUA...APA SALAHNYA????
KENAPA KITA TAK BICARA TENTANG TUNDUK KEPADA KEZALIMAN???KENAPA KITA TAK BICARA TENTANG TUNDUK PADA HAWA NAFSU DAN DUIT???

Harimau-Menaip said...

Mr. Kolumpo;

Agama den takdo tunduk pada jenazah...

Tak tahulah agama hang.

Anonymous said...

Tuan harimau, tunduk ini adalah salah satu budaya saja.spt kita org melayu menyembah melutut di depan raja,sultan mcm tu jugak depa.saya tak npk salahnya sbg tanda hormat kpd budaya mrk.marah tak kita kalau bangsa lain tidak menunduk hormat pd raja atau sultan melayu? sah-sah mrk akan digelar penderhaka atau pengkhianat.
Kawan-kawan saya dari kaum dan agama lain biasa juga menghadiri majlis, perhimpunan org islam yg dimulakan dgn bacaan doa selamat, petikan ayat quran diselangi jeritan takbir.Tetapi mrk tak pernah mempersoalkannya malah tunduk hormat.Belum pernah lagi mrk mengatakan mrk telah diislamkan dgn menghadiri majlis ilmu org islam.
Islam itu mudah janganlah kita merumitkannya.
Dah satu lagi mengenai fatwa ni jgnlah berpilih2 spt SPRM.Kalau pembangkang tu cepat je nak serang.Tapi bila umno semua menikus termasuklah pak mufti.

sekadar di pinggiran

Ahmadkmz said...

kalo tak tunduk, nnti ludah jatuh ke muka..

Anonymous said...

Tuan harimau, tunduk ini adalah salah satu budaya saja.spt kita org melayu menyembah melutut di depan raja,sultan mcm tu jugak depa.saya tak npk salahnya sbg tanda hormat kpd budaya mrk.marah tak kita kalau bangsa lain tidak menunduk hormat pd raja atau sultan melayu? sah-sah mrk akan digelar penderhaka atau pengkhianat.
Kawan-kawan saya dari kaum dan agama lain biasa juga menghadiri majlis, perhimpunan org islam yg dimulakan dgn bacaan doa selamat, petikan ayat quran diselangi jeritan takbir.Tetapi mrk tak pernah mempersoalkannya malah tunduk hormat.Belum pernah lagi mrk mengatakan mrk telah diislamkan dgn menghadiri majlis ilmu org islam.
Islam itu mudah janganlah kita merumitkannya.
Dah satu lagi mengenai fatwa ni jgnlah berpilih2 spt SPRM.Kalau pembangkang tu cepat je nak serang.Tapi bila umno semua menikus termasuklah pak mufti.

sekadar di pinggiran

Anonymous said...

Angguk-angguk sama Cina.
Tunduk-tunduk sama Cina Mampos.
Geleng-geleng sama Tuhan.
Iya-iya ikut saja masuk neraka!

Anonymous said...

Bila masa pulak penyokong Umnogok ambil tahu pasal agama.

Anonymous said...

bukak kitab balik bro...sedangkan Nabi tercinta kita hormat pada jenazah bukan Islam, inikan kita hamba biasa...

jgn mendabik dada...

hormat jenazah tak boleh...tapi sapu harta rakyat sana sini, boleh...

patutlah harimau sekarang dah nak pupus...

Anonymous said...

Asal berbezo pendapat dgn PR yo ko tuduh org tu UMNO...
apa dangkal ni pemikiran bebudak PR ni.. camno ko nak tarik undi org ateh pagar kut camni perangai PR.
buek malu yo...

- parti jahat, kato eh -

Kerajaan Rakyat said...

Salam Tok,

Apa agaknya komen tok rimau kepada:

1- manusia yang tunduk kepada raja yang zalim?

2- manusia yang tunduk pentadbiran yang kianat

3- manusia yang tunduk didepan tugu negara.

Harimau-Menaip said...

Tuan Sofi aka Kerajaan Rakyat;

Ketiga-tiga yang Tuan senaraikan wajar menerima laknat Allah. Dan, telah saya "laknatkan" mengguna cara saya sendiri.

Maaf kalau teguran saya pada DSAI yang Tuan sayangi itu agak kasar bunyinya.

Tegur kerana sayang.

Harimau-Menaip said...

Zaidi,

Thanks 4 ur comment.

Anonymous 7:15 am,

Nabi tunduk macam tu ke? Atau, yang tunduk di majlis Teoh tu adalah setaraf dengan Nabi?

Kau cakap berbelit lah bro.

Anonymous said...

Salam bro , beruk , dan yg teruk -teruk....

Mana kita tau us nasha dan salahudin tak bagi tau anwar dan azmin...dan mana kita tau yg dia tak tau masing 2 tau takat mana perhormatanm tu pada yang mati...bergantung pada niat sama pada kes nizar..pegang lilin bergantung pada niat sama juga dgn PM kita bakar pelita bergatung pada niat dia lah...yang bertanggungjawap pada Allah esok nak jwp macam mana isu :ni small matter jika nak dibanding kan kita yg bergaduh sesama sendiri tapi tak nak kembali pada AL QURAN DAN SUNNAH utk cari jln penyelesaian..
cari cara ONE MALAYSIA LAH HADARILAH DAN LEPAS NI APA PULAK.... Wallahuallam

Harimau-Menaip said...

Anonymous,

Dalam Islam, kemungkaran yang berlaku di depan mata wajar dihentikan dengan serta-merta.

PM kita bakar pelita pun den tempelak.

Hal "mengelirukan umat Islam" tidak pernah jadi small matter bro.

Sorilah kalau den cuit Wali Sepuluh hang tu.

ISA said...

Salam Rimau,

Walau kita berbeza ideologi politik, tetapi kita tetap sama memperjuangkan Islam. Tiada kompromi dalam Islam jika melibatkan akidah.

Aku rasa ramai yang tidak faham antara adab hormat jenazah (mayat) orang kafir dengan tunduk hormat.

Di situlah kekeliruan mereka. Ramai yang memberi fakta bahawa Nabi pun bangun hormat semasa mayat orang Yahudi dibawa lalu hadapan Baginda.

Memang benar, persoalannya ialah "Adakah Nabi SAW. tunduk hormat atau sekadar berdiri sebagai tanda hormat"?

Harimau-Menaip said...

ISA,

Kita tidak berbeza fahaman politik kerana saya tidak menjelaskan fahaman politik saya. Saya tidak berpihak dan menulis mengikut kefahaman akal saya sahaja.

Saya cukup hormat dengan tulisan kamu terutama yang melibatkan kekeliruan dalam aspek agama kita.

Maka, usahlah persahabatan maya kita disempadankan dengan fahaman politik kepartian yang dengkel dan membodohkan itu.

Salam penuh ukhwah dari sahabat merangkap peminat blog kamu.

Harimau Menaip.

aku said...

salam tuan,

apa maksud tuan jika walisongo itu sepuluh. yg kesepuluh itu DSAI.
apa pdgn tuan tentang walisongo?
mohon penjelasan.maaf..

Harimau-Menaip said...

aku,

den perli orang yang mendewakan DSAI.

Walisongo? Ontahlah. Den tak kena.

Awak ada pendapat?

aku said...

salam ghimau,

samo la kito,
den pun tak kona..
yg den tau, wali kato eh..

ISA said...

Salam Rimau,

Setuju dan sokong 100%.

Salam ukhwah.... teruskan perjuangan mempertahan dan menegakkan Agama ALLAH.

Anonymous said...

Salam.
Fatwa haram-halal atau sesat-kafir dari perbuatan seseorang yang beriman bukan boleh dibuat main-main. Semua hukum telah termaktub dengan jelas dalam al-Quran dan telah diperjelaskan lagi oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Adalah menjadi tanggungjawab sesama manusia yang beriman untuk menegur sesama mukmin. Perkara-perkara hukum Islam tidak mengenal pemimpin politik-akar umbi, sultan-rakyat, mufti-orang jahil atau wali-jemaah biasa kerana hukum tetap hukum. Jangan disamakan "hormat Nabi" dengan "tunduk sembah berkali-kali". Banyak bezanya tu!

Walaupun niat di hati lebih penting daripada perbuatan, segala perbuatan manusia dilahirkan di hati; diarahkan oleh otak; dan dikerjakan oleh tubuh badan KECUALI perbuatan oleh seseorang yang tidak waras.

Anonymous said...

A'kum Tok Harimau,

Apsal banyak sangat kekeliruan dalam hal-hal agama sekarang nie?, sepatutnya Mufti main lah peranan untuk hilang kekeliruan nie, masalahnya sekarang Mufti pun tunggu disuruh orang politik baru nak bercakap, nie yang payah nie.

-Zackry-