Harimau berada dalam kereta usang ketika mendengar berita di Era yang berbunyi "hukuman ditangguhkan kerana menghormati Ramadhan".
Biar betul! Kalau nak hormati Ramadhan, hukuman syariah wajiblah dilaksanakan. Salah tetap salah.
Pintu neraka SAHAJA yang ditutup dalam bulan Ramadhan tetapi tidak bagi pintu Penjara Kajang.
Notis: bagi menghormati dan menjunjung kalimah TAKBIR!, maka blog ini mengharamkan penggunaan perkataan TAKE BEER yang semakin berleluasa ketika ini. Harimau tidak berniat mempersendakan kalimah itu sebelum ini, cuma menyindir segelintir pihak. Harap maklum.
Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.

Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

7 comments:
salam
mereka ni nak laksanakan hukum atau nak bermain politik...???
kalau tak nak lakukan dari awal janganlah dok mainkan isu ini...
sampai CNN dok mainkan isu ni..pas tu tangguh tak ke malau namanya tu
ni akan jadi isu pembangkang pulak nanti tunggu sahaja lah
salam
Assalamualaikum brader.
Kerajaan Malaysia nak tunggu tumbuh taring baru boleh laksana hukum Syariah.
Sekarang ni hukum ikut selera masing masing.
Padahal Kartika dah memang sedia menyucikan dirinya melalui hukum atas dunia ini tetapi seperti biasa geng geng sembang deraih ekoq bergelumang tahi masih belum mahu keluar dari bawah tempurung yang mereka dok cengkam kuat kuat sebagai perisai sejak 1957 lagi!
Nampak gaya Rimau kena perturun sekit semangat Pak Belang kat depa ni!!!
Dah sekian lama tak berani berani lagi....
Patutlah segala yang lain dok rancak perleceh Islam!!!
Salam..syukur kerana saudara prihatin dengan kalimah'takbir'.Tak sepatutnya kita nak menghina parti politik tapi tak faham maksud kalimah takbir yang ditujukan kepada Allah swt yang maha besar tu.Mempermainkan kalimah takbir bererti menghina ugama sendiri.
Kes kartika ni dikatakan ada campurtangan dari menteri wanita.Wallahualam lah betul ke tidak.Tapi kalau betul amat memalukan umat islam dan dimata orang bukan islam sendiri.Bapa Kartika telah mengamuk dan ada membuat laporan polis tapi tak dijelaskan oleh mana mana media kepada siapa ianya ditujukan.Media media utama menjadikan kes hukuman sebat ni sebagai berita utama bagi menunjukkan kesedian undang undang syariah ni dilaksanakan.Tapi hanya sekadar indah khabar dari rupa sajalah.
Kita lantang bercakap pasal hak kemanusiaan. Tapi hari ini kita melanggar hak kemanuasiaan orang. Hak kemanusiaan Kartika dan keluarganya untuk meneruskan hukuman, sedangkan mereka redha atas apa yang telah diputuskan. Dan kita masih lagi lantang untuk berkata-kata tentang hak kemanusiaan orang, kita paham ke tidak apa itu hak kemanusiaan, dan kerelaan diri untuk menerima apa yang telah ditentukan? Macamana Ghani dan Shahrizat boleh menjaga hak kemanusiaan orang jika diri sendiri pun tidak faham apa itu hak kemanusiaan bagi orang lain?
-Garden
salam.
betapa najib tidak faham bila dia cakap dlm berita jam 8 mlm td mengatakan agar kartika jgn redha dgn hukuman sebat itu. najib ni faham ke apa yg dimaksudkan dgn redha ni? org umno tolong la ngaja najib ni. nampak sgt jahil bebeno ttg agama. adoyai! tu la dia pemimpin 1malaysia. hancur negara, hancur agama dibuatnya mcm ni..
salam tok rimau,
sekarang kita tak ada tukang sebat pulak..
hehehe
salam tuan-tuan.
kalau tak silap saya, hukuman hudud tidak dijalankan pada bulan ramadahan di Arab Saudi. Ia akan ditangguhkan selepas hari raya.
Post a Comment