Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

26.3.09

Bila Liabiliti Dikira Sebagai Aset

Harimau lemah bab-bab perakaunan ni. Tugasan (assignment) pun upah orang untuk ajar terutama Perakaunan Kewangan (Financial Accounting). Terkadang, tersalah letak Liabiliti sebagai aset.

Apa akibatnya jika kita tersalah meletakkan kedudukan aset dan liabiliti? Hukuman atas kertas, baki akan salah. Hukuman kepada keputusan peperiksaan, pasti tidak akan dapat sijil dekan. Dan jika kesilapan ini diteruskan pada peringkat organisasi atau syarikat, pasti syarikat akan mengalami kerugian (tidak kira kecil atau besar).

Adakah akauntan-akauntan UMNO yang berjumlah 2500 orang itu akan tersilap meletakkan aset dan menafsir liabiliti? Petanda semacam sudah ada.

Harimau: Mata belum mahu lelap. Itu yang sambung menaip.

8 comments:

hatiminda said...

liabiliti boleh saja dianggap aset kalau ada unsur penipuan...dan penipuan tersebut nyata hahal dilakukan bagi manusia yang didapati korup

Hasbullah Pit said...

aku hampir faham apa maksud "aset toksik"

Anonymous said...

Pelik Tapi Benar

1. Perasuah mendapat tempat dalam Pemuda UMNO.

2. Rasuah adalah suci dalam UMNO

3. Marilah kita ucapkan:
- Terima kasih kepada UMNO
- Empayar UMNO akan tenggelam.

Anonymous said...

salam tok rimau,
firma2 n syarikat2 melayu setakat yang saya jumpa hari ini 90% akaun silap dan tak berapa nak betul.. tuan harimau pikirla sendiri kalau ada organisasi melayu yang lain..

Anonymous said...

Aku harap akan ada sesiapa mampu membawa perkara ini ke SPRM..kj dh didapati melakukan rasuah tp kenapa dilepaskan..SPRM perlu pejam mata ke..inikah integriti yg dipekik2kan itu? SPM ada berani ke..

Anonymous said...

aku sayangkan umno..
aku xnak umno hancor..
tapi aku kecewa ngn umno..

pemuda-pemudi akar umbi sekalian..
kita kena keluar menyuarakan keinginan kita.jgn diam..

ketua pemuda skang bknlah pilihan kita..

jgn takot dgn yg atas.jika kita bersatu org atas akan takot ngn kita..

jgn duduk dalam tempurung lagi..
kita mesti keluar..!!

Prof. Era Pasca said...

Salam semua.... Berehat sekejap dari berkempen 2Bukit dan 1Batang.... untuk post kali ni baginda nak bagitahu baginda terjumpa satu lagi pengkhianat agama atau bahasa en HISAMUDIN petualang...
link : http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/petualang-agama-baginda.html

luah fikiran said...

UMNO yang mengesahkan orang itu bersalah, dan UMNO juga yang memilih mereka. Amat kecewa kerana tidak berpegang kepada kebenaran dan kenyataan. Tidak dekat di hati rakyat, dan Allah akan bersama di pihak yang benar