Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

22.3.09

Hang Tuah Vs Hang Sial?


Sengaja mengaitkan nama pahlawan Melayu dalam tajuk kali ini kerana teruja dengan perihal buku "Tuah & Sial: Khairy Jamaluddin" tulisan Yahaya Ismail. Almaklumlah, keris keramat akan dijulang lagi di Pemilihan UMNO akan datang. Tang tu, Harimau tidak pernah ada masalah. Cuma perkhabaran dari Malaysia Insider { sini} dan blogawan Pemuda Besut { sini } bahawa Khairy Jamaluddin mendakwa bahawa beliau telah diugut RM 100k. Ini yang mengetuk kepala jendul Harimau lewat petang ini.

Siapa Yahaya sehingga berani mengugut Khairy Jamaluddin?

Mengapa Khairy tidak melaporkan sejurus selepas diugut?

Apa isi kandungan buku tersebut?

Pada Harimau, jika hanya perkataan "Tuah" sahaja yang menjadi tajuk, perkara ini tentu tidak akan ke Balai Polis. Kehadiran "Sial"lah yang menjadi kata-kunci kepada "kecelakaan" buku tersebut. Jika benarlah buku tersebut "menelanjangkan" keburukan peribadi Khairy Jamaluddin, maka wajarlah Khairy mengamuk dan berasa marah.

Namun, seandainya hebohan media itu hanya membuat kita mencari-cari buku tersebut dan isinya hanya bercerita kehebatan Khairy Jamaluddin dari beberapa sudut dan seterusnya membibitkan perasaan kasih dan taksub kepada Khairy; nampaknya satu Malaya dah kena kencing. Ini sudah kes kencing tarak bau!

Pokok pangkalnya, usah jadi hamba muslihat Yahaya atau Khairy; perwakilan UMNO yang 2 ribu setengah wajib memilih pemimpin yang benar-benar boleh memimpin. Sudah lama benar perwakilan tidak menggunakan "otak" ketika membuat pilihan pemimpin.

Di saat orang menyebut "Merakyatkan Pemimpin", kita perlu berusaha "Mempemimpinkan Rakyat".

Barulah sama rata dan sama rasa.
Harimau: teringat buku "50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM".

11 comments:

MouNa said...

:D... tq for the info

Unknown said...

Salam Tok Rimau.

Ynag pastinya orang ramai akan tertanya-tanya apakah isi kandungan buku tersebut.

Maka Khairylah tukang iklannya. Untung bahagi sama rata kot?

Melayu Sejati said...

Bro,

Sama ada isi kandungan buku tersebut benar atau pun tidak, yang pasti wang kutipan dari hasil jualan buku tersebut adalah WANG HARAM JADAH.

Menulis untuk menjatuhkan maruah orang adalah HARAM.

kulatlapok said...

Salam Tok Ghimau...

Kalau kita MENELANJANGKAN keburukan sifat, kelakuan, perangai dan apa sahaja yang sengkatan dengannya ianya memang wajar bagi rakyat mengetahui sendiri pemimpin yg akan membawa negara ini ke arah kenhancuran. akan tetapi jikalau ianya menelanjangkan kefitnahan seperti kata Tok Ghimau yg teringat akan buku 50 Dalil... yg akhirnya penulisnya sendiri tidak sempat dihukum oleh rakyat tetapi Allah jua yg maha mengetahuiNya terlebih dahulu dengan memmatikan jasadnya agar ianaya tidak berterusan.... Wallahua'alam.

melayuangkat said...

Salam anakku,

Inilah MODAL dan KERJA orang MELAYU.

Buka Aib orang. Buat Duit.

kulatlapok said...

samalam Bro..

n salam MAKCIK yg budiman..
benar orang mELAYU BEGITU?? SEJARAH MELAYU LAMA TELAH MEMBUKTIKAN PERANGAI KEDENGKIAN ORANG MELAYU...

ps: LEBIH BAIK KITA MENGKRITIK TAPI JANGAN MEMFITNAH

Xenan said...

Ape khairy nak risau.Org UMNO rajin sgt ke membaca?

fital said...

macam-macam ada

hatiminda said...

jangan tertipu dgn muslihat individu yg minta simpati serupa ini... tuah hanya pada hubungan keluarga kj akibatnya si** menimpa UMNO..buat ler apapun ahli parti maha tahu x untung dan ruginya kj dibelai sedemikian rupa

tok iskandar said...

Sudah sampai masanya MP-MP Pakatan Rakyat bawa usul kekejaman polis terhadap orang awam ke parlimen.

Baru sebentar tadi gas pemedih mata dilepaskan oleh FRU kepada hampir 10 ribu orang yang berhimpun di padang awam untuk mendengar ceramah Anwar.Kejadian yang berlaku di Sungai Petani ini bukan kali pertama.

Tok dah panas hati.Di KL,Kuala Terengganu dan banyak tempat lagi kekejaman polis jadi bualan mulut orang ramai.Kalau tak ada permit pun kenapa tak saman je penganjur ceramah.tak luakpun biar ceramah tu berjalan setakat sejam dua.Kalau ada unsur fitnah atau menghasut boleh dicatit kesalahannya.

Polis bukan milik UMNO sahaja tetapi berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Tok juga nak cadangkan bloggers cuba siasat atau paparkan skandal atau salahgunakuasa melibatkan pegawai kanan polis ni.Elok juga kekejaman polis ini dirakamkan dan dibawa kepada Amnesty International dan ke mahkamah keadilan antarabangsa.Ada yang cakap macam regim Yahudi.

NGO-NGO dan Bloggers semua kumpulkan sebanyak mungkin kelemahan dan kekejaman polis ini.Lepas tu kita mintak kerjasama Bar Council atau peguam-peguam Pakatan Rakyat dakwa mereka di mahkamah.Kes Kugan,kehilangan dadah di balai polis di Johor dan kematian seorang anggota polis secara misteri dan banyak lagi wajar disiasat.

Elok juga kita hantar memo kekejaman polis ni kepada Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agong.Safe sikit tiap kali ceramah ada je askar kawal kita.Polis dan FRU tentu tak berani buat apa-apa.

Memang tak semua polis tu teruk tapi sebahagian kecil sahaj dah menjejaskan imej polis keseluruhannya.Cuba bayangkan kalau anak atau ahli keluarga korang sendiri kena sembur dan pukul dengan FRU.Apa perasaan korang?

Tok bukan kutuk polis tapi tindakan mereka ketika meleraikan demonstrasi dan ceramah tanpa permit cukup mengecewakan.

Cuba fikirkan sejenak kalau Pakatan rakyat memerintah negara ni.Tak mustahil bukan.10 tahun lepas gerakan reformasi hanya di jalanan tapi sekarang dah memerintah 5 negeri.jika polis bersikap seolah-olah memihak kepada UMNO,Tok percaya suatu hari nanti negara ini pula akan diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Time tu tok cadangkan kita buat Suruhanjaya di Raja untuk mengawal polis atau kita letakkan PDRM bawah kuasa Seri Paduka baginda Yang di Pertuan Agong.Sama macam tentera.

Anonymous said...

kj sengaja iklankan buku tu..