Ada yang kata, penyokong Khir dan Mukhriz tidak puas hati dengan kemenangan KJ. Bagi Harimau, hanya orang gila saja yang akan berpuas hati dengan kemenangan Ketua Pemuda UMNO yang baru tu.
Kedai Kopi depan rumah Harimau heboh kata MUNGKIN ada unsur rasuah dalam kemenangan beliau tetapi Harimau tak percaya. Baik budak KJ tu. Sebaik-baik umat. Kok kalau ada Wali yang kesepuluh, dia lah calon nya.
Sebab itulah orang dengar "KJ Rasuah" dalam video yang dibawah tetapi Harimau dengar "KJ Berseluar". Bukan apa, dengan undian sebanyak 304 untuk KJ, naik takut pula bila Harimau terbaca:
{HARAP MAAF KERANA VIDEO GAGAL DI MUAT NAIK. SILA KLIK http://www.youtube.com/watch?v=ixlbB9VAeNM UNTUK VIDEO YANG HARIMAU NYATAKAN.}Tuan lawyer kata, “Setahu saya kalau ikut Penal Code, Kanun Keseksaan bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 302, seseorang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 kanun acara jenayah, jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman gantung sehingga mati di bawah Seksyen 304 kanun yang sama”, (kkamdias)
10 comments:
nsib emi xpuas ati..kalau tak emi pun tergolong lam org gila gak kan?..huhu..mmg la..camner dia leh menang ye?bukan saja bangkai rasuah tapi segala kejahatan ada kat dia kan tn rimau
Salam Tok..heheheh
Nak buek camano..ituler aje Calon terbaik untuk Pemuda Ameno..yang calon lain dah lepas Umur Pemuda dahhhhhh...
Inilah hasil dari Kerja-kerja Cantas, Memijak dan Memagkas dalam Ameno...kalau tak cayo ..berapa ramai Ketua Cawangan yang memegang Jawatan lebih dari 2 penggal????
Ataupun berapa ramai yang jadi ketua cawangan yang umur dah lepas waktu wajib pencen...Berikanlah peluang kepada orang Laen..jangan kita syok memerintah sampai tak ingat Kubur kata mari..harharh har har har ha ha ha hah a hah hahah
Salam Tok..
Salam Tok Rimau.
Wali ke sepuluh? Wali dongok kot?
Salam anakku,
Sudah sudahlah tu, tak habis orang Melayu ni tak senang hati dengan orang tu dan orang ni.
Kalau Toyo menang pun orang yang itu tak senang, kalau mukriz pun ada yang tak senang.
Bila nak senang nya?
Kalau dah KJ menang tu menanglah, Bukan lama mana pun 2 tahun sahaja.
Sabarlah kalau yang nak sangat jadi ketua tu, 24 bulan sahaja.
Bila orang Melayu nak SEDAR dan BANGUN pada kebenaran apa sebenar yang berlaku di luar sana tu??
Tak habis habis, dah ada pengundian ada yang menang mesti ada yang kalah. Kalau takut kalah jangan bertanding.
Sedarlah semua orang Melayu, banyak isu yang kita perlu ketengahkan. Apa guna siapa pun ketuanya kalau yang bawahnya sendiri tidak teguh dan bersatu.
WaAllahuAlam.
BRO, AKU TAK PAHAM LA SIAPA YANG KAU SOKONG BRO?
TOLONG EXPLAIN SIKIT BOLEH?
CONFUSED PARPUKARI!
Dei Parpu,
Aku dah tulis kat blog kau kan? Senang cerita lah. Dalam perebutan KP UMNO, aku sokong Mukhriz.
Tapi, ia sekadar sokongan. Aku tak untung atau rugi apa-apa. Cuma, bab KJ ni, aku susah sikit nak terima lah.
Wallahualam.
Betul KJ pegang jawatan K. Pemuda 2 tahun je tapi dalam 2 tahun tu( kalau betul dia rasuah) berapa banyak duit habis duit rakyat habis.
saya turut hairan bagaimana seseorang yg sah bersalah krn politik wang dibenarkan bertanding dlm pemilihan UMNO dan menang pula pada pemilihan tersebut. Betul ke dia tu salah krn politik wang ataupun si pengundi 304 sengaja nak mengangkat mat rasuah? saya pun tak tahu. mungkin ada sesuatu yang 304 tahu tapi kita tak tahu. walau apa-= pun, kita tunggu dan lihat apa yg akan dilakukan ketua 304. harap-haraplah UMNO masih mendapat kepercayaan rakyat walaupun sesama UMNO bertelagah..
HIDUP PAK LAH..HIDUP NAJIB..
MAAF YA BRO, SAYA TAK PERASAN, TAPI MEMANG AKU NI BUTA KOT TAK NAMPAK BRO, AKU MINTAK MAAF BRO YA...SALAM
Salam Parpu.
Hang tak salah apa-apa. Saya tak cari musuh dalam berblog.
Post a Comment