Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

5.3.09

Implikasi Pertama Penggunaan "ALLAH" Oleh Penganut Kristian?

Biar Harimau tambah sedikit persoalan di benak, jika tukang komen berpendapat tidak apa dan tidak salah, laungan "Allah Maha Besar" pada azan itu Tuhan siapa? Bapak Tuhan, Yesus atau Allah yang orang Islam sembah?

Tulisan "Allah" diletakkan di tempat tertinggi ketika Tilawah Al-Quran. Tuhan yang mana satu? Bapa Tuhan, Ruhul Kudus atau Allah yang kita sembah 5 kali sehari?

Jika menonton TV, ketika azan berkumandang, "Allah" yang muncul di sisi ikan dan dibina lebah itu, Tuhan siapa? Sembahan orang Islam atau sembahan penganut Kristian?

Harimau jahil jadi tolong jelaskan.

Wallahualam.

-----------------------------------------


Harimau terima dari sahabat melalui emel. Nauzubillah. Kalian ada komen?




Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti

Allah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti

Harimau : Kuang Ajau punya Indon!

26 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Harimau,

1. Allah dalam kepercayaan Kristian memang begitu. Jadi kalau dia gunakannya mengikut kepercayaan agamanya, bolehkah kita menghalangnya?

2. Bolehkah apa-apa tindakan diambil terhadapnya kerana dia menyebut Allah mengikut kepercayaan agamanya?

3. Kalau orang ISlam berkata begitu, memang patut diambil tindakan kerana orang Islam terikat dengan undang-undang Islam dalam perkara itu.

4. Lagu itu patut dihalang daripada disiarkan kerana mengganggu aqidah orang ISlam, tetapi bukan kerana dia tidak berhak menyebut kalimah Allah.

Anonymous said...

fatwa dia...

EQUILIBRIUM said...

harimau,

mungkin kita org melayu di semenanjung memang terkejut beruk bila tgk lirik lagu tersebut.

tapi teman di sabah benda itu memang umum. sbb bumiputera disini memang menggunakan bahasa malaysia dlm urusan agama mereka.

teman juga pernah belek2 bible dlm bahasa indonesia yg dipakai oleh penganut kristian di sini.

teman pernah bertanya kawan teman kenapa kau panggil tuhan kamu Allah? dia cuma jawab memang bagitu bah.

cuma teman tak mahu provok dan tanya berlebihan. buleh juga teman kalau mahu tanyakan begini..

bukan tuhan kamu yesus, tuhan bapa dan ruhul kudus kah? tapi teman biarkan saja.

cuma dlm konteks di semenanjung memang akan ada bahayanya. utk budak2 melayu yg kurang pengetahuan agama dan iman yg nipis, penggunaan nama Allah oleh penerbitan kristian mungkin akan meninbulkan kekeliruan.

teman cuma harap pemimpin agama dan politik kita dapat mencari jalan terbaik menyelesaikan kemelut ini.

Anonymous said...

isk ..isk.. kuang ajau punya pencipta lagu.. maka ketahuilah kamu wahai agnes.. diketika ini hilanglah seorang peminat mu.

Anonymous said...

PENGEHARAMAN PENGGUNAAN PERKATAAN "ALLAH" OLEH KOMUNITI KRISTIAN DALAM PENERBITAN, PENYIARAN ATAU APA2 SEWAKTUNYA ADALAH TIDAK MEMBAWA MAKNA. SEBABNYA PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH SUDAH MENJADI KEBIASAAN/ DAN ADA KEPERCAYAAN DALAM KRISTIAN. CUMA PERSOALAN YANG DIMAINKAN OLEH KOMUNITI ISLAM (MALAYSIA SAHAJA)ADALAH KERANA TAKUT KEKELIRUAN BERLAKU KEPADA ANAK CICIK MEREKA. BAGI SAYA MUDAH SAHAJA NAK JAWAB KEMUSKILAN DAN KETAKUTAN INI ADALAH, DENGAN CARA AJAR, DIDIK DAN PASTIKAN ANAK CICIT ANDA DIANJAR DENGAN SEBAIK KEMURNIAAN ISLAM ITU SENDRI, TANPA RAGU DARIPADA KOMUNITI LAIN. APA YANG BERLAKU KINI, SUKA MEELETAKKAN SEBAB DARIPADA ORG LAIN BILA BERLAKU SESUATU AKIBATNYA...

Pemuda Pelapis said...

Sey tak nak komen do. Cumo minat nengok gambor HM lotak kek sini jo. Suruh budak-budak PAS tanyo Haji Hadi ular dalam somak tu apo laei fatwa songsang dio nak kato. Bab fatwa-memfatwa ni cumo geng-geng PAS - Parti Anak Setan jo yang terror. Nak jugak sey dongar.

Unknown said...

paloi,

"utk budak2 melayu yg kurang pengetahuan agama dan iman yg nipis, penggunaan nama Allah oleh penerbitan kristian mungkin akan meninbulkan kekeliruan." <-- hang rasa kenapa fenomena ini berlaku? ahmed deedat dah bagi cara2 untuk berhujah dengan golongan kristian. cara-cara dan peluru sudah diberi, maka gunakanlah ia sebaik mungkin.

ibubapa lah yang perlu menyediakan asas yang kukuh bagi anak2, asas yang kukuh adalah benteng iman. kalau masih ada juga yang percaya kepada dakyah kristian, maka bukan saja ilmu yang tak kukuh, malah ilmu islam itu sendiri tiada dalam diri anak2 itu.

siapa salah agaknya?

EQUILIBRIUM said...

tok rimau,

agnes monica memang mempunyai album lagu2 kristian. tak salah teman tahun 2007 teman dah jumpa.

masa tu teman ada account multiply utk donlot lagu. jadi bila teman merayau2 kat multiply geng2 budak sabah memang byk lagu ketuhanan mereka.

tak salah teman byk lagi penyanyi indonesia merakam lagu sedemikian. broery pun ada. cuma kita yg tak tahu. pada mereka ini semacam lagu2 nasyid pada kita.

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
INI ISU ALLAH NAMPAKNYA MAKIN NAK DIPERKOTAK KATIKAN KITA .
PUAK GEREJA DAH MULA MENUNJUKAN BELANGNYA DALAM MENYEBARKAN DAKYAH BAGI MENYESATKAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA MELAYU.

PESTA SEKS...
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/pkrduitseks.html

EQUILIBRIUM said...

garden,

maaf teman tak berapa paham maksud saudara pasal paluru oleh ahmad deedat tersebut. maksud saudara utk digunakan berhujah dgn golongan kristian atau utk menyedarkan anak2 melayu ini?

tema memang tahu dan pernah membaca buku2 ahmad deedat. memang teman kagum dgn kebijaksannan Allahyarham berhujah dgn golongan kristian ini.

sedangkan nama tuhan org yahudi YHWH juga sebenarnya adalah nama Allah kalau mengikut Ahmad deedat berdasarkan bible itu sendiri.

teman tak boleh lupa cerita berkaitan YHWH itu yg teman baca di website Ahmad deedat. sapa2 yg berminat ttg nama Allah ini boleh lah google Ahmad deedat.

Anonymous said...

rupanya malaysia tidak kenal allah masing2........ org dah jauh dengan agama org, kita dok mencari allah kita lagi.... kasian2

Anonymous said...

rupanya malaysia tidak kenal allah masing2........ org dah jauh dengan agama org, kita dok mencari allah kita lagi.... kasian2

Amer Yusof said...

salam,

bukan nak mengata, tapi saudara harimau patut kaji semula kes ini. Sebutan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan kita yang punya 99 nama itu tidak hanya digunapakai oleh Muslim. Allah adalah perkataan Arab, dan bukan perkataan milik Islam. Cuba tanya cerdik pandai Kristian, Yahudi dan Islam.

Sama juga dgn kes Bible dalam bahasa Melayu, bahasa melayu bukan milik agama islam, sebab ramai lagi penutur bahasa melayu yg mangunut kristian maka kita x boleh sekat mereka mahu menganut agama mereka.

p/s: kurang ajar sebagai label entri ini seolah menjadi ironi.

sekadar teguran

Anonymous said...

Salam

sekadar berkongsi pandangan

http://ustaz.blogspot.com/2009/03/apabila-si-jahil-berbicara-islam-jadi.html

Din Lidi

Unknown said...

salam

rasanya ini merupakan peluang terbaik bagi kita untuk smapaikan kebenaran.

yang dicari kebenaran.ambil contoh, penganut Kristian Seventh day adventist.Mereka percaya Allah itu satu dan Nabi Muhammad itu sama seorang nabi seperti Nabi Isa.

dan mereka percaya Nabi Isa itu bukan Tuhan.Ayat dalam bible yang menggambarkan Nabi Isa bukan anak tuhan "Ellah,Ellah ma sabaktani" (tak silap ejaan lebih kurang macamtu) yang bermaksud : Allah, Allah, selamatkan aku.

Begitu juga dalam Bhagavadgitha.Ajaran asal Hindu yang melarang penganutnya dari menyembah tuhan yang banyak dan kedatangan nabi Muhammad diistilahkan sebagai Arjuna (yang terpuji)

untuk pemuda pelapis, bagilah pendapat yang menunjukkan UMNO ni tidak mengajar ahlinya menjadi kurang bijak.kalau PR bagi hujah bodh takkan UMNO pun nak ikut juga kan.

sekadar lontaran.

Anonymous said...

Salam Bro . Sedangkan di Negara Arab pun tidak Kecoh pasal benda ni. Malaysia terlebih kecoh cam terover. Percayalah. Itu akan membuat Penyokong2 BN di Sabah Sarawak akan Menjahui BN.

Harimau-Menaip said...

Ai pengayu,

apa kaitan hal ni dengan politik? Hang demam ka?

EQUILIBRIUM said...

aku,

saya juga pernah membaca penerangan Ahmad Deedat ttg ela, ela ma sabaktani itu. kalau mengikut Ahmad deedat ela itu juga nama yg merujuk kepada Allah.

ada org bukan islam pernah komen di blog rockybru ttg penggunaan Allah ini dgn mengatakan telah ada bible dlm bahasa melayu sejak tahun 1700.

teman jawab pada beliau memang itu tujuan mubaligh kristian utk memurtadkan umat melayu ketika itu. kalau tidak apa tujuan bible dlm bahasa melayu seawal 1700?

teman bagitau dia takkan bible tersebut utk bumiputera borneo kerana bahasa mereka bukannya bahasa melayu ketika itu.

kalau sesiapa yg ingin tahu mainan inggris dlm neriosakkan agama dan bangsa sila lah ke themalaypress.blogspot. ada pendapat mengatakan munsyi abdullah pun mungkin bukan islam.

Unknown said...

terima kasih paloi dan sememangnya saya mengikuti juga blog tersebut :)

memang diketahui itu agenda kristian.seperti mana saya mengikuti kelas Perbandingan Agama anjuran saba' Islamic Media beberapa tahun yang lalu, tenaga pengajar (Shah kirit) pernah menyaranklan kepada kami, dapatkan seberapa banyak naskah kitab agama lain sebagai rujukan.

Tujuannya, tahu apa kandungannya (peluru) dan mengambil pendekatan menghormati agama mereka (selagi mereka memahami bagiku agamaku dan bagimu agamu).Bagi saya ruang perdebatan terbuka harus diadakan.

tetapi janganlah sampai jadi seperti yang berlaku pada tahun 2001 di Gereja jalan Gasing, PJ dimana perdebatan mengenai Negara Islam dijalankan, Pihak JAKIM (menampakkan kebodohan) dan PAS Dr Hassan Ali (bukan orang selayaknya)bergaduh sesama sendiri atas pentas.Habis imej Islam.

wasalam

-pendokong Ayuthia Sharun Nuwi-

Gadis Reformasi said...

huh

lovespiraldownwards said...

Dr Asri dah tulis pasal ni dari tahun lepas lagi. dari segi tauhid mahupun aqidah, tak ada apa2 isu kalau sekiranya penganut Kristian atau agama lain nak merujuk Allah itu tuhan mereka atau tuhan org Islam. dah ribuan tahun pun kalimah Allah digunapakai dalam kitab2 mereka. Dari segi syarak, ia berstatus harus yakni tak ada apa2 isu kalau dibuat atau tidak. Jgnla mempolitikkan benda yg sekecil ni. Terang2 dlm Quran, kaum Musyrikin zaman Rasulullah dulu pun guna kalimah 'Allah'. Tak payah nak tunggu fatwa atau apa2 komen dari ulama' kita. Kalau nak haramkan penggunaannya, biar atas dasar kerajaan Malaysia yang tak bagi, bukan Islam tak benarkan. ngerti??

Anonymous said...

Perkataan Allah memang digunapakai oleh orang Kristian sejak zaman dahulu lagi dan tidak membawa apa2 masalah kepada agama lain. Ini cuma perkataan, bukannya ayat quran yang dipakai diselitkan dalam majalah kristian. Jahilnya orang yang mendakwa menjadi kesalahan bagi agama lain menggunakan perkataan Allah. Mereka ini melarang menggunakan perkataan Allah digunapakai oleh agama lain, pedahal mereka minum arak. Tak makan babi tapi minum arak, apa beza???

Anonymous said...

ya saya setuju anonymous,memang lucu la kalau apabila kristian menyebut Allah,wujud kekeliruan,sedangkan sembayang 5 waktu,azan setiap hari di laungkan,television pun banyak menyiarkan tentang agama islam,tapi kenapa saya tak pernah keliru? saya orang kristian katolik,tapi tak pernah keliru,sebab saya tahu agama saya kristian dan bukan islam,saya mempelajari agama saya dengan baik. yang keliru tu memang sah lah tiada didikan agama yang betul,sehingga menyimpang. lebih baik makan babi,daripada yang harus bertudung tapi tak bertudung,lelaki islam tak boleh tindik telinga,tapi kebanyankkan lelaki melayu la yang tindik telinga,warna rambut...so memang tiada beza la dengan tiada didikan agama.

SELEBET30 said...

Perkataan Allah digunakan secara meluah di Indonesia dalam kitab "Perjanjian Baru" Injil. Perkataan Allah juga digunakan oleh Yahudi di negara2 Arab macam orang Yahudi di barat guna perkataan "GOD". Saya harap segala tindakan kita berdasarkan AKAL bukan NAFSU. Rasulullah boleh dijadikan sebagai contoh pemimpin yang ADIL dan BIJAKSANA. Sekadar pandangan saya yg kerdil ini "Islam tak menghalalkan segala cara demi memenuhi kehendak Muslimin sahaja. Sebagai ketua masyarakat yg baik kita harus adil serta tidak menindas minoriti. Biarkan saja mereka berdakwah, kerana kita pun mahu berdakwah. Yang penting jaga KEIMANAN Muslim, jgn salahkan orang lain jika KEIMANAN muslimin hancur." Semoga dgn kebebasan beragama dalam Al-Quran dapat diterjemahkan dalam undang2 di Malaysia. Insyaallah Islam akan terus SUBUR hingga hari PENENTUAN.

Anonymous said...

Allah perkataan dalam bahasa Arab.. Bukan UNTUK MUSLIM SAHAJA.. Ada jg org2 di sini yang tidak berpendidikan..Sedih.. Otak simpan di mana pun x tau la.. ^^

Harimau-Menaip said...

Benar. Allah disembah oleh semua cuma yang Kristian "mensyirikkan" Tuhan.

Ia bisa khilaf namun jika ada hujah, silakan.