Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

28.3.09

Grand Finale Perhimpunan UMNO


Pasti UMNO akan menjadi kuat jika Tun Mahathir menyertai UMNO kembali.

Namun, alangkah gagahnya UMNO jika DSAI juga kembali ke pangkuan parti Keramat Melayu itu?

Dan, kuasa Melayu Islam kan menerobos ke seluruh alam seandainya Tuan Guru-Tuan Guru PAS juga bersepakat di bawah satu payung.


Pasti anak, cucu dan cicit Harimau merasa bangga dan hebat apabila menyebut " Aku Melayu Islam!"


Persoalannya, adakah harapan kita sama dengan harapan mereka-mereka tadi?
kredit gambar: blog Angin Perubahan.

22 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Salam Tok,

Namun, alangkah gagahnya.....
Syahdu... Tok !!!

.... Terhenti arakkan awan.

Salam Takzim. Salam Persaudaraan.

Melayu Sejati said...

Bro,

1. Sebelum ini Mahathir memaksa UMNO sujud di kakinya tetapi hari ini beliau kembali sujud di kaki UMNO.

2. Tetapi kehadirannya sudah terlewat untuk merawat UMNO.

3. UMNO boleh kukuh tetapi ia tetap akan runtuh selagi ia meletakkan Islam no.2 dan bangsa no.1

http://melayusesat.blogspot.com

Cikgu Sejarah Tingkat 6 said...

Kita semua setuju jika PAS dan Amno bersatu, tapi bagaimananya praktikalnya ? PAS adalah parti yg meletakkan Islam sebagai wadah dan tunjang perjuangan. Amno adalah berteraskan nasionalime Melayu. Islam bukan tunjang dasar utama. Lihat perlembagaan dua2 parti ni. Siapa nak ikut siapa ? Yang pasti, PAS dari dulu konsisten perjuangannya dan semakin kukuh. AMno pulak makin hilang semangat melayu dulu dan timbul kepentingan diri, ketamakan harta dan perasuah. Maka yang sesuai, sama-samalah gabung dalam PAS. Bubarkan Amno. Bubarkan Amno. Sanggupkan para nasionalis Amno ????? Yang fikir agama secara ikhlas pasti akan ikut ulamak dan tuan guru dalam PAS.

melayuangkat said...

Salam Kembali,

Tahniah anakku, I know you can do it. Keep up the good work.

Mak Cik pun tak faham, orang PAS ni nak Islam yang macam mana lagi.

Entahlah, selama ini Mak Cik Solat buat apa yang dalam rukun Islam termasuk sunat sunatnya sekali adakah kurang Islamik Mak Cik kerana tak isi borang PAS??

Waliyazubillah..

Orang kat Saudi tu pun bukan Ahli PAS, orang NZ ke, orang Islam di China pun..adakah kurang Islamik kami semua?

Bagaimana pula jasa UMNO yang tubuh Lembaga Tabung Haji sejak dahulu lagi?? Adakah tidak sah haji kami kerana tunaikan fardu haji dan Umrah dengan sesuatu yang base dengan UMNO?

Inilah sebabnya orang kita tak akan bersatu sebab kita terlalu mengambil kira yang remeh temeh. Yang mustahak seperti bersatu tidak pula diketengahkan.

Masing-masing berebut Siapa lebih Islamik, tapi tidak pula diterjemahkan pada semua cara Islamik sebenar yang dituntut Agama.

PAS pun bukanlah suci sangat. Janganlah bongkak dan suka mengata UMNO. Jaga sahajalah rakan-rakan dari PKR dan DAP tu. Biarkanlah UMNO dengan perjuangannya.

Satu penyakit yang amat merbahaya sedang menular lebih teruk dari barah. Penyakit lupa jasa pada orang yang telah berjasa pada kita dan kurang ajar pada orang tua.

Inilah satu lagi dilema orang Melayu baru sekarang. Cikgu cikgu sekolah mesti tahu. Tak percaya tanyalah mereka.

Harimau-Menaip said...

Terima kasih Ibu.

Kenapa mereka tidak berfikir rasional macam orang bawahan?

Anonymous said...

salam semua,
che det tak tahu adat. majlis adalah untuk pak lah mengetuai umno bagi kali terakhir dan adalah untuk ahli umno mengucap salam perpisahan kepadanya. che det tak sepatutnya naik ke pentas utama. boleh dilihat dari riak muka ahli-ahli yang tak setuju dengan tindakan che det.

umnototok.

Admin said...

Salam Tok Ghimau...

DSAI akan kembali, tapi bersediakan UMNO menerima dan memaafkan beliau?

PAS akan join menjadi satu kerajaan campuran, tapi yang kapten dan nakhoda pula kelam kelibut...

Yang pasti melayu harus bersatu, dah terlalu ramai kaum lain yang bertepuk tangan melihat Melayu terbaring ditengah jalan..

Wallahuallam...

P/S: Den pun payah nak berenti nih...asal nak menaip ajer mesti nak kena sedut jugak! Hampeh betul!

Anonymous said...

buat ibu melayuangkat ...mmg x ada cacat celanya antara ibadat org umno dgn org pas jika dilihat dari sudut ilmiahnya... sama juga org islam di mana2 negara pun walau bukan ahli pas mereka tetap islam... bukan pas tu islam dan tak semestinya islam adalah pas itu silap ibu... silap besar jika kita beranggapan begitu... sebenarnya wadah yg dibawa pas terpaksikan kepada islam 100%.. samada dari segi amalan, pergaulan, perundangan, pentadbiran, pengurusan serta segala-galanya berlandaskan kpd hukum islam.

Adakah kita benar2 islam jika hanya solat, puasa, haji mengikut cara islam tetapi dari segi perundangan dan pentadbiran kita ketepikan islam???... Sanggup pula kita katakan yg hukum islam tidak releven di zaman global ini... dimana iman kita hingga sanggup mengucapkan kata2 spt itu.... sedangkang Allah telah menjanjikan bahawa keseluruhan cara hidup dan budaya islam sesuai utk semua kaum dan untuk sepanjang zaman... Di sinilah silapnya kita... kepada siapa kita jual iman kita di mana kita gadai iman kita...

bila sebut pasal hukum islam, undang2 islam kita nafikan, kita x setuju, kita tolak.... Tahukah kita yg kita tolak itu hukum dari Allah Tuhan Sekalian Alam...

inilah perbezaan yg jelas antara islam umno dan islam pas... i'm sori....

anak muda said...

salam
pada pandangan yg neutral knapa tidak kedua2 parti itu bermuhasabah diri??
knapa dibangkitkan pas lbih islam nye dari umno..
dan umno pula mulakan la langkah menjadi 'kuli' utk rakyat..
klu pas berpaksikan islam knapa masih ade lagi 'fatwa'(bleh ke pggl fatwa??) mengkafirkan sesama umat islam..
mengiyakan kesedudukan ahli pakatan nye..
mmg la x islam tp jgn la nak tnjuk heroin sgt smpi nak backup ke pompuan tu,islam ke tu??
dan umno plak kembali la kpada rakyat,bkn rakyat dtg kt hangpa smua..
so yg pntg muhasabah blah dua-dua phak..
jgn dok hentam sana hentam sini..
islam kuamalkan, melayu ku bela bersama..sekian

ISA said...

Salam Rimau,

Satu persoalan yang bernas demi penyatuan Melayu Islam.

Namun ianya ibarat Langit dan Bumi, kerana masing2 ego dengan ideologi masing2.

wallahualam.

melayuangkat said...

Salam Anon,

Siapa yang tolak hukum hudud?? Sayalah manusia yang paling Happy dan bersyukur kalau benar benar kita boleh implement hudud.

Tahukah anon apa dia hukum hudud itu sebenarnya?? Memang hukum itu termaktub dalam Al Quran, kita tak boleh ubah sampai kiamat pun.

Hukum Islam terbagi pada dua Hukum Takzir yang dijalankan sekarang pun hukum Islam juga. BANYAK rincian yang dalam pengajian terperinci yang amat dalam sebelum mereka mahu seratus peratus laksankan sistem perundangan hudud yang tidak cukup untuk dihuraikan satu persatu disini.

anon tanyalah pakar undang undang sendiri. Janganlah Politikkan Agama. Isu ini menjelang tiap pilihan raya. Kalau pun PR memerintah, adakah PAS akan melaksanakan hudud dengan begitu mudah tanpa kajian terperinci sebelum ianya dilakukan??

Hudud memang PATUT dilaksanakan terutamanya sekarang bermula dengan kaki fitnah dan bohong 80 sebatan. Bloggers yang fitnah lagi senang nak tangkap sebab ada bukti nyata dan memang layak dapat 80 sebatan itu!!

Ini yang best sekali.

Patut juga Kelantan mulakan dengan Hudud. Dah lama PAS memerintah Kelantan. Boleh blueprint Kelantan diikuti oleh negeri negeri lain sebelum dibawa ke peringkat Negara. Tentu non Muslim akan terima sebab ianya memang baik. Mungkin Pelaksanaannya sahaja memakan masa untuk diperkajikan.

WaAllahuALam.

Generasi Pejuang Bangsa said...

harimau

aku setuju ..jika Tun ,Pak Lah ,Najib dan Anwar dlm satu kapal spt dahulu ..UMNO mmg cukup kuat

semasa Anwar sebelum dipecat ,majoriti melayu sokong UMNO ,student universiti dan orang muda .

tetapu bro ,kemasukan Tun dlm parti kita sedikit sebyk memberi semangat da nafas baru utk UMNO di bawah kepimpinan Najib.

PARPUKARI said...

TUN DAH MASUK BALIK UMNO, ALHAMDULILLAH..

ANWAR BOLEH MASUK DESPERADO, DIA BOLEH MASUK SG BULOH!

SALAM BRO MENAIP HARIAMAU

Anonymous said...

Islam itu cara hidup.

Anonymous said...

Kalau rajin pergi cari dokumen perjanjian kemerdekaan tanah melayu antara britain dan umno.lepas tu boleh cerita

@rep said...

perhatikan perbezaan gengaman tangan najib - tun and tun- pak lah.

berbeza bukan..

Anonymous said...

Apa masalah dengan anda SukJ/Politikanjing/Melayusesat?

Tun keluar UMNO salah, masuk UMNO salah..

Apa yang anda cuba sampaikan?

MouNa said...

mon takut.. semakin ramai join UmNo nanti macam2 kepala pulak yang buat hal...
sayang anak2 melayu islam...
tapi bapak pun separuh melayu separuh islam..:(

zara said...

Saya paling tak suka pada orang yang berselindung pada nama 'Anonymous' walau bagaimana pun, saya sokong pendapat puan Melayuangkat.

Anonymous said...

KJ + Al Juburry = Malaysia hancai bocai.

PARPUKARI said...

AKU BOLEH TERIMA SEMUA KECUALI AL JUBURI WAL LIWATI...DIA BUKAN MELAYU PUN...WHAT WERE YOU THINKING HARIMAU?

PARPUKARI said...

AKU PELIK GAK YA, KENAPA PENOKONG KJ NI SUKA ANWAR MASUK UMNO BALIK YA? NAK KUATKAN MELAYU? HELLO DIA NAK KETUANAN RAKYAT BUKAN MELAYU...MEMANG GAYJAY LA