Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

2.3.09

Haram? TIDAK!!!!!!

Bab hisap rokok, Harimau memang sudah masuk kategori tegar. Dari Form 2 hisap Dunhill. Masa tu, harga dia RM 2.90 kalau tak silap. Salem 7 baru harga RM 1.20. Masa Pesta PD, beli tiket siap dapat Dunhil 7 free. Rasa macam dalam sorga donia.

Sekarang Harimau dalam dilema. Nak berhenti atau tidak setelah tengok gambar di bawah. Kalian ada petua nak berhenti rokok tak?

29 comments:

Shalehudin said...

Jangan berblog.. :)

Unknown said...

Adeh! terkena batang hidung plak! Malu....!!!

susah sikit nak brenti rokok ni. tp xbrani nak bg komen lebih2...

Harimau-Menaip said...

Ish...tu dah kira ketagihan No.2 saya tu Tuan. Takde petua lain ke?

Harimau-Menaip said...

Khairul, sama lah kita. Kita kenal rokok dulu dari bini. Bini kita sayang, rokok kita double-sayang.

melayuangkat said...

Salam lagi anakku,

Izinkan Mak Cik sentuh isu sensitif ini. Macam ni ajelah, kamu bertekad untuk berhenti rokok kerana a. Kesihatan untuk jangka masa panjang b. jimatkan duit.

Tentang Haram itu, kalau itu fatwa yang baru dikeluarkan (Mak Cik pun tak pasti lagi) kita kena akur, sebagai seorang Islam. Kalau dah merokok sejak dulu? Apa nak buat, yang dah lepas tu sudahlah, kita jangan ulangi lagi dan berazam terus berhenti.

Tapi lebih mustahak adalah kerana a dan b tadi. Terpaksa berhenti jugak, kadang kadang yang kita double sayang tu mungkin memudaratkan diri kita dan terpaksa kita berpisah dengannya, hendak atau tidak.

Petua? Carilah on line, banyak cara nak berhenti merokok.

WaAllahuAlam.

Anonymous said...

Nak berhenti merokok berhenti sajalah.

Saya pun mula berokok seaktu di Form 2 lagi (1959< orang lamalah). Bukan main syok merokok, sampai dapat bronchitis di Form 6 pun take serik2 lagi.

Tetapi bila sampai masanya, tak dapat nak tepis permintaan anak-anak. Saya keluarkan kotak rokok dari poket, letakkannya di atas meja di pejabat dan sejak hari tu (1998) sebatang rokok pun tak hisap. Empat puluh batang rokok lebih sehari, kini tak ada masalah lagi.

Dua minggu pertama selepas berhenti memang sangat menyiksa, marah orang tu marah orang ni. Lepas tu OK pula.

Cuba try 'cold turkey' tengok, macam mana.

AYAH

Anonymous said...

salam tuan blog,

saya juga perokok tegar 1 masa dulu, dunhill 14 2 kotak sehari. tapi skrg dah berenti.

saya amalkan ni.

1. amalkn mkn gula2 selepas mkn. (gula2 mint). sbb time ni mesti kita sangap nk isap rokok.

2. cuba berpuasa.

3. klu sangap sgt ambik wuduk. buat solat sunat.

4. buat solat hajat hari2, mintak allah kuatkan kita jauh dari benda haram ni.

inyaallah, mcm org tua2 kata, alah bisa tegar biasa. selamat berhenti merokok

Anonymous said...

Bagus laa kalau tuan berniat nak stop merokok. Tahniah terlebih dahulu kalau tuan dah berjaya berhenti.

Teringat gak muka-muka anak Palestin yg dibantai Zionist-Yahudi laknatulAllah. Antara penyumbang utama kpd negara haram Yahudi tuu adalah syarikat philip morris pembuat rokok jenama malboro, salem etc.

Saya do'akan tuan dpt berhenti merokok dgn kadar segara

kulatlapok said...

salam Bro.. aku dah berhenti merokok baru nak masuk 2 tahun, tegarnya aku samalh macam ko hisap rokok sejak tingkatan 3..
TAPI BRO..AKU NAK BERITAHU KAT HANG.. PEH BETAPA NIKMATNYA BILA DAH BERHENTI MEROKOK..TIADA BATUK LAGI, TIDAK ADA KAHAK LAGI.. TANGAN TAK BERBAU.. BAJU TAK BUSUK.. MULUT PUN TAK BERBAU.. LAHNI KALU HANG HISAP ROKOK KAT AKU LAGI JAUH LAGI AKU DAH NAK TERBATUKKK.. KHIK KHIK KHIK KEKADANG AKU TENGOK ORANG SEDUT ASAP ROKOK TERUTAMA ORANG YG DAH TUA2.. RASA KESIAN PULAK AKU TENGK KERANA KESANGGUPANNYA MEMAKSA MEMASUKAN ASAP KE DALAM BADANNYA..

Anonymous said...

suatu ketika dahulu, kerajaan islam (zaman mana,tu kena cari sendiri) pernah mengisytiharkan haram meminum kopi@qahwa daripada hisap candu.

@LiYaNNuaR ツ said...

payah nak benti... apsal ek...

Admin said...

Tok Ghimau...tolong den...den pun nak torai beghenti jugak nih!
Den nak torai beli chewing gum tuh...dengor katanya berkesan...
errrr.....bulan depan gaji den boli!

Anonymous said...

senang jaa.. kuatkan semangat.. then niat betul2 "sahaja aku berenti hisap rokok kerana Allah Taala"

Harimau-Menaip said...

Des, kalau harga chewing gum tu mahal, baik den isap Saat... samolah kito boghonti...

Pak long, cakap macam sonang..tapi..puh..

Anonymous said...

Harimau,

Rokok adalah benda yang memberi satu keseronokan jika paru-paru kita boleh menerima asapnya. Bila selalu menghisap maka keseronokan itu bertukar menjadi keperluan. Tanpa rokok hidup penagih tidak bermakna.

Ada diantara penagih sanggup berlapar tak makan asalkan paru-parunya dapat asap. Dalam bulan ramadhan, ramai penagih tidak dapat berpuasa kerana diri mereka menjadi bertambah lemah kerana tiada asap.

Bila sudah jadi penagih tegar, bagaimana pula nak menghentikan tabiat buruk itu...? Ramai orang banyak pula pendapatnya dan banyak juga caranya namun penagih tetap mahukan rokok.

Sebenarnya tarikan untuk merokok adalah datang dari rasa dan perasaan. Rasa dan perasaan ini berkaitan dengan nafsu. Nafsu akan sentiasa mendesak kemahuan menghisap rokok, jika tidak dikawal nafsu itu dengan akal waras... tengah malam pun kita sanggup keluar rumah cari kedai beli rokok.

Sebenarnya untuk memberhentikan tabiat menghisap rokok adalah terletak pada akal. Hanya akal yang kuat pendiriannya akan dapat melawan kehendak nafsu itu. Jika masih gagal melaksanakannya bermakna akal sudah dikuasai nafsu. Bila nafsu menguasai akal sampai nak mati pun kita akan merokok.

fahmi said...

assalamualaikum.. boleh cuba dgn gantikan rokok kpd chewing gum @ gula2... ni salah satu cara.. tp ade lagi banyak cara kalau tanya doktor2

Anonymous said...

Salam Tuan,

Bagi den kalau bertekad nak boghonti merokok payah.. payah nak mampuih...
den pun dulu perokok tegar..
tapi den boronti bilo satu hari tu den taknak isap rokok.. lopeh tuh toruh boronti.. tanpa tekad, niat, azam nak boronti merokok pun.. tanpa memikirkan merokok ni membazir dan membahayakan kesihatan..

Anonymous said...

haha...salam..
merokok tu x de pekdahnye...ia hanya memudaratkan manusia...sbb tu ia HARAM....

Anonymous said...

haha..salam..merokok tu hanya mendatangkan mudarat...x de satu pon paedahnye......sbb itu la ia HARAM...sama macam arak jugak...tak de faedah langsung...hanya merosakkan manusia...

berazamlah dan bertekad untuk berhenti...minta pertolongan dari ALLAH....insyaALLAH berjaya...

QasehNuryz said...

Ekekeke...susahnya jadi perokok tegar ye.
abah den pun sama.
Berkali2 try nk berenti tp x jalan gak..skrg beliau dlm usaha pengurangan..asek² makan hacks.hekekee;p

QasehNuryz said...

try beli DETOX..utk katakan tidak pada rokok ekeke;p

Tai said...

ha, tok rimau, pertingkatan doa pada tuhan. Niat yang ikhlas pasti akan dirahmati oleh tuhan yang maha esa.

singamaraja said...

Auuum !

Dulu ramai juga ulamak yang sudah isap rokok Bng ! mereka semua dah mati Bang! kalau ulamak mati yang dulu ikut isap rokok maka mereka masuk neraka Bang !

Dulu kata isap rokok makruh, sekarang haram pula so undang-undangnya sudah di up grade Bang !

fital said...

Dulu saya suka hisap rokok camel. Seluar camel, baju camel, kasut camel ,semuanya camel. Tahu kenapa camel hebat sebab hanya camel sahaja dalm satu lubang boleh masuk 20 batang.Biasanya satu lubang satu batangkan.tapi camel boleh masuk 20 batang sekali..he he satu kotak camel ada 20 batang rokok. jangan salah faham lak.

Anonymous said...

pak tiger,
gue pun udeh lama berenti...susah pabila kita tidak redha...senang jika niat telah dipateri didada kerana LillahhiTaala...
Boleh kate hamper smua rokok gue udeh try..tp yang last skali..Semporna A..20 x 2 + 14 x 1 = Sehari...Amacam??? Ada BRAN ka mau brenti?ALhamduliLLah.,berkat kesabaran dan izin Allah Taala...dpt gue brenti..jimat duit pak...

csi-jogets

Harimau-Menaip said...

Sampoerna? Udah try tapi sakit dada..

Tengah cuba pelahan-pelahan.

Anonymous said...

salam...
arrrrr bgs la nak henti rokok...
mmg susah nak henti tu tapi ttp kena usaha boar rasa malu sikit nk hisap sbb benda tu haram...

nak tanya ambil mana gambar tu????
sbb tu kelab ana yang punya....

Harimau-Menaip said...

Anonymous,

Saya dapat dari emel. Dia tak kasi siar nama. Kalau anta punya, sila nayatakan nama agar mudah saya berikan kredit.

Izinkan saya menggunakan gambar tersebut.

Anonymous said...

x de pee pee lah...
saya nak ucap terima kasih lagi.,...
sebab nih satu jalan da'wah...
x perlu mintak2 guna je....
insyaALLAH blog spot anda akan diberkati...
bgs lah biar satu dunia tahu rokok nih HARAM SEBENARNYA....
tahniah....