"Tiada Kata Secantik Bahasa" Teuku Zakaria
Apa agaknya tindakan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee apabila mengetahui Bahasa Melayu dipijak dan diinjak? Adakah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan bersama-sama Sasterawan Negara A. Samad Said di jalanan untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? Adakah semburan itu juga dihalakan ke Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?
Masalah pokok mungkin datang dari Dewan Bahasa Dan Pustaka yang tidak berbuat apa-apa bagi membantu memperkayakan rujukan-rujukan di dalam Bahasa Melayu. Belum terlambat untuk berubah.
Penguasaan Bahasa Inggeris itu perlu tetapi usah sampai kita menjadi hambanya. Penguasaan Bahasa Inggeris itu perlu tetapi tidaklah sampai "menghambakan" Bahasa sendiri.
Untuk apa Melayu di "Tuan" kan jika Bahasa Melayu kekal menjadi hamba?
9 comments:
Assalamualaikum Tok Rimau.
Saya setuju dengan pandangan saudara. Sepatutnya dah lama DBP berwaspada terhadap tugas dan tanggungjawabnya untuk memantau dan memelihara tahap penggunapakaian bahasa dan budaya Melayu.
Bilamana timbul suasana macam sekarang ini, barulah hendak menggelabah dan melatah bagai nak rak!
Melayu sekarang ini terutama yang berkedudukan sedikit bukan main berdrama swasta hendak berubah menjadi Mat Salleh padahal bahasa dan penguasaan bahasa itu sendiri berterabur!
masalah ini pada teman lebih kepada pengajaran bahasa inggeris itu sendiri. kenapa tidak perbaiki cara pengajaran bahasa itu?
kalau penguasaan bahasa kita baik belajar la apa pun di universiti nanti sama ada sains atau math mahupun undang2 atau apa saja ilmu semua akan menjadi mudah.
bahasa inggeris teman yg berterabur pun takde masalah nak buat rujukan tentang kimia fizik dan math dulu2 di universiti. tak salah teman semua buku rujukan teman beli dlm english.
cuma teman rasa kesal sbb masa sekolah rendah dan menengah teman malas belajar english. teman segan bercakap english. cuma dah masuk universiti baru nak baca star nak beli novel english baru nak beli magazine english.
jadi pada yg dah ada anak cuma ingatkan kepentingan english dan pastikan mereka menguasai bahasa tersebut. hujah yg mengatakan belajar sains dan math dlm english memudahkan anak2 belajar ilmu tersebut adalah mengarut.
emmm.
no komen.
cos we use english 4 every sbject hre.
n if use BM..
kami dipulaukan.
pak rimau...bila bahasa melayu ni di pijak dan dihinjak pasal ppsmi ni yer..tolong apungkan di blog pak rimau ni..
walaupun sy boleh berbahasa inggeris tp tak pula sy merasa menjadi hamba bilamana sy berbicara bahasa inggeris dgn bangsa lain terutama ditempat kerja sy yg memang byk guna inggeris..
Setuju;
Siapa pula menentang penggunaan BI dalam kehidupan seharian?
PPSMI sahaja yang saya rasa, semacam suatu penghinaan apabila kita sendiri mengendos bahawa kita akan bodoh jika belajar Math dan BI dalam B.Melayu.
Itu yang saya tak setuju.
..hehe itu tanggapan pak rimau jer kot..
pak rimau kata 'kita' yg meng'endos'kan? semestinya tak termasuk sy hehe...
sy lihat ppsmi ni antara fungsi nya sebagai langkah awal utk pelajar memahami subjek tsb lebih mudah yg mana pak rimau pun tahu istilah2 serta rujukan nya lebih byk dlm bahasa inggeris..
lagi ia juga sebagai serampang dua mata..dpt juga tingkat kemahiran BI juga dlm masa yg sama kan
setuju, nanti den sambung. Nak bawak binik pi jusco...
ps: hang tulis macam membodohkan Cikgu-cikgu Bahasa Inggeris je...
sebenarnya pengajaran B. Inggeris dalam sains dan matematik hanya menguntungkan dari segi pengkayaan istilah atau vacabulary dan sedikit cara penyusunan ayat(itupun dipelajari dalam kelas bahasa inggeris bukan dalam subjek sains dan matematik). Masalah lemah dalam bahasa inggeris di kalangan pelajar melayu adalah disebabkan sistem pengajaran di sekolah dan sikap murid sendiri. Saya mengetahui cara penyusunan ayat passive dan active setelah berada di universiti. Itupun atas usaha sendiri dengan mendaftar masuk kelas bahasa inggeris secara sukarela. Nak harap belajar di sekolah memang tak der la sebab kebanyakan guru yang mengajar di sekolah terutamanya di kampung2 adalah guru tangkap muat bukan guru yang benar2 mahir dengan bahasa inggeris. Lepas tu kalau ada murid yang tak buat kerja rumah pakat habislah masa pembelajaran bahasa inggeris tu dengan denda menulis seribu perkataan di papan hitam sampai habis masa subjek. Pelajar yang tak di denda hanya tengok je la, maknanya hari tu tak de kelas bahasa inggeris. Walaupun saya tahu kepentingan bahasa inggeris tapi tak bermakna saya menyokong PPSMI ni. Apa perlunya kita sebagai rakyat malaysia berkomunikasi diantara kita dalam bahasa inggeris lainlah kalau hendak memahirkan diri dalam bahasa inggeris. Mat saleh pun tak kan melaknat kita kalau kita tak tahu bahsa inggeris tetapi yang akan mengutuk adalah rakyat malaysia sendiri sampaikan ada mat saleh mengatakan kita bodoh kerana bahasa kebangsaan bahasa melayu tetapi berkomunikasi antara rakyat menggunakan bahasa inggeris. Selain tu isu penggunaan bahasa ingeris perlu untuk meningkatkan penguasaan dalam sains dan teknologi pula bukan disebabkan isu bahasa per se. Berapa ramai pakar pakar kita dalam bidang teknologi yang berjaya dan berapa banyak buku-buku ilmiah dalam bidang sains dan teknologi dihasilkan oleh anak2 tempatan terutamanya orang melayu di dalam bahasa melayu. Saya boleh katakan amat kurang kalau ada pun ianya tidak mampu untuk menampung keperluan ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Dalam hal ni macam mana nak meningkatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.
salam
mengapa kaedah pengajaran di UIA tidak boleh dijadikan contoh?
setahu saya, di UIA, para pelajar terpaksa mengambil bahasa inggeris sehingga mahir baru boleh ambil subjek dalam bidang masing-masing.
Wasalam
Post a Comment