Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

6.8.09

Web Site Yang Paling Mengelirukan

Cuba kalian baca laman web http://www4.pmo.gov.my/datinrosmah/ dan jawab soalan di bawah:

1. Kenapa beliau menggunakan alamat laman web kerajaan (gov.my)?

2. Kenapa beliau menggunakan alamat MAIN BLOCK,PRIME MINISTER'S OFFICE,PERDANA PUTRA BUILDING,FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE,62502 PUTRAJAYA, MALAYSIA dan bukan alamat yang tiada kena-mengena dengan kerajaan?

3. Siapa sebenarnya Perdana Menteri ni? DS Najib atau DS Rosmah?

Tolong selesaikan kekeliruan ini kerana Harimau mahu frame kan wajah PM yang "betul- betul PM" di rumah Harimau.

Harimau: kalau anda seorang pemain bola, adakah isteri anda juga seorang pemain bola? Soalan yang ini tak payah jawab.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Rimau.

CONFIRMED!! B1N1 Virus has infected PMO!

Unknown said...

rok rimau,

laa kan rosmah mengaku dia first lady. sblm2 ni rasanya istilah first lady ni mcm tak pernah dipakai dlm pentadbiran kerajaan.

jadi bila dah jadi first lady tentu le dia anggap diri dia sebahagian dari kerajaan. maksudnya dlm menjalankan tugas2 rasmi.

kalau ingat balik pelancaran mega sales karnival julai lalu rosmah lebih kedepan dari ng yen yen. jadi sapa menteri sebanrnya hahahahaha

mungkin lepas ni najib terpaksa bentangkan di parlimen usul pemberian gaji di parlimen dan bilik di jpm. ok tak tok rimau?

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

APAlah yang nak dikelirukan sangat tu, bukannya buat add maths, algebra atau physics.

Rosmah is the first lady of Malaysia. Isteri PM. Jadi mestilah portal tu dikendalikan oleh staff JPM. Macam juga acara acara rasmi lain yang dia officiatekan.

BENDA remeh temeh ini tak payahlah kita tambah tambah lagi kekusutan orang Melayu. Bagi lagi satu modal untuk cari dosa hentam Rosmah. Rosmah tak ada dosa pun dengan kita.

Patutnya kita tumpukanlah tenaga ke arah mencari fomula ajaib dan sakti bagaimana hendak SATUkan orang Melayu yang semakin berpecah dan tidak kasih lagi antara satu dengan lain.

WaAllahuAlam.

TAAVEEKUN PERAK said...

salam ziarah,
elok kita jgn jadikan perkara ini satu isu.DS Rosmah adalah wanita pertama negara ini.Beliau boleh datang melalui kerajaan atau swasta dan juga secara peribadi.Sokongan anda sgt2 diperlukan dalam perkara ini.skian.tq

Harimau-Menaip said...

Ibu dan sahabat semua,

Ia cuma satu kekliruan dari saya. Sekarang sudah "agak" faham.

1. Ada penyakit baru yang digelar B1N1.
2. DS Rosmah adalah First Lady. (Tertanya juga, Permaisuri Agong jatuh No. 2?)
3. Beliau boleh guna harta kerajaan atas kapasiti sebagai Perdana Menteri.

Dan, KJ pun tak salah masa zaman Pak Lah.

Hmmmm...Dasat juga Malaysia ni...

Okay...kita fikir pula bagaimana nak SATU kan Melayu lepas ni.

Anonymous said...

setahu saya la, sepatutnya bini tuanku agong boleh dikira sebagai first lady..takan bini pm kedudukan lagi tinggi dari bini agong, tak ke pelik tu..bini agong pun takde sebuk2 nak buat laman web diraja..

Unknown said...

melayuangkat,

hahahaha lawak le. rosmah sudah jadi ketua bakti. tak perlu pakai add jpm. buat je laman web sendiri utk bakti dan lain2 ngo yg beliau jadi ketua. bukan laman web peribadi di laman web rasmi kerajaan.

sejak bila pulak menjadi 1dosa di 1malaysia kerana mempertikaikan rosmah ada laman web di jpm?

Anonymous said...

Ala, soalan lama pun belum terjawap...PM selepas Tun M siapa sebenarnya?