Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

25.3.09

Khairy: King Of Recount

Keputusan bagi jawatan Ketua Pemuda seakan-akan mencabul dan merogol suara orang bawah. Namun, itulah kaedah dan cara yang UMNO gunakan bagi memilih pemimpin dan pemimpin baru telah pun diperolehi. Benar, Khairy Jamaluddin juga mampu menjadi Ketua yang mantap dan hebat tetapi adakah hebat dan mantap menjadi kriteria no.1 bagi Pemuda bawahan? Di mana agaknya mahu diletak kriteria yang ini :
  1. Keperibadian yang baik.
  2. Dipandang tinggi dan bersih.
  3. Berpendekatan lembut tetapi efisien.
  4. Berfikiran jauh.
  5. Tidak tamak.
  6. Tidak gelojoh.

Pernahkah Pemuda bertanya, mengapa Pak Lah ditolak dan di"turun"kan secara halus? Pernahkah khalayak mendengar frasa "Bebudak Tingkat 4"? Jawapannya tentu ada dalam benak kalian tetapi tidak cukup jantan untuk menyuarakan.

Lokman Adam? Harimau memandang beliau seakan-akan sama dengan Ezam dan Ruslan Kassim; kalaupun tidak dengan Tengku Razaleigh, Shabery dan Rais Yatim.

Mahu tidak mahu, Pemuda UMNO perlu lebih bersedia menghadapi serangan getir yang bakal mendatang dan modal Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil pasti akan berkisar tentang nama-nama pemenang dalam Pemuda yang penuh dengan tanda soal; Mengapa?, Apahal? Apa? Alamak? dan macam-macam lagi.

Kenapa Mukhriz tewas? Sebab paling mudah dan ala kedai kopi adalah:
  1. Tun Mahathir tiada dalam UMNO
  2. Pemuda UMNO belum bersedia ditransformasikan.

Walau pahit, sekalung tahniah tetap diberikan kepada Khairy Jamaluddin.

Khairy, kamu perlu berusaha keras membuktikan tohmahan dan cakap belakang mengenai kamu itu adalah salah. Kamu wajib membuang persepsi negatif orang bawah kepada kamu secepat yang mungkin. Jangan ahli UMNO peringkat bawahan menuding jari kepada muka kamu sewaktu UMNO berkubur nanti.

Tahniah, tahniah dan tahniah.

Harimau: Setia Sesama Kawan lebih bagus dari menjadi berani terhadap perubahan...agaknya.

15 comments:

hatiminda said...

sangat menyedihkan umno kerana pemilihan pemuda yg memilih liabiliti legasi abdullah sbg ketua pemuda.....susah nak cover sejarah hitam khairy

Anonymous said...

Dgn kp yg ada mudah-mudahan Allah swt selamatkan umno dan org melayu. Amin!

Unknown said...

ke tiga-tiga calon yang bertanding Ketua Pemuda adalah haprak belaka.. Oleh itu, siapa sahaja yang berjaya, tetap akan dihujani oleh persoalan yang serupa..
Mesejnya di sini, UMNO (di semua sayap)sudah ketandusan pemimpin berwibawa..

cree said...

Saya sebagai penyokong PR amat
mengalu-alukan kemenangan Khairy.

Generasi Pejuang Bangsa said...

back to basic ..

kita rapatkan barisan Pemuda .isnyallah Pemuda akan kembali gagah dan kuat di bawah KJ !!!

Anonymous said...

Tahniah KJ

@rep said...

KJ... voters must be blind

melayuangkat said...

Tulisan Harimau yang Ikhlas, Baik dan Mantap.

Anonymous said...

Salam Tok..

Bukan kerana KJ itu bagus ..tapi lawan KJ tu sendiri tak berkaliber..

Masalah ketandusan pemimpin Berwibawa dalam UMNO telah sampai ke tahap yang membimbangkan kerana politik cantas-mencantas yang menyebabakan hanya kroni dan mereka berwang sahaja yang naik ..

Harapan saya KJ harus sedar dan membuktikannya bahawa dia lebih baik ...KJ jangan ambil 3 pilihanraya yang akan datang sebagai kayu pengukur tapi ..PRU-13 nanti barulah kita tengok hasilnya..

Wassalammmmmmm

MouNa said...

may Allah bless the voter...
harap2 yg memilih ini adalah dr golongan waras, perpendidikan, yang nampak baik buruk...
kita xmahu kemenangan ini based on (1 vote,1 man)-(1 vote, 1 dollar).
keputusan telah dibuat.. masa depan UmNo telah ditentukan...
wallahu'alam

Anonymous said...

salam pak rimau, calon yg layak hanya 3 je..mukhriz ( di bayangi che det), wak tempe n Kj..
so..tu la yg trbaik..(kot kot kot)

The Island of NAMOYAKI, said...

salam hormat, salam singgah,

" Harimau: Setia Sesama Kawan lebih bagus dari menjadi berani terhadap perubahan...agaknya."


agaknya?




mohon ampun & maaf.
-zr

Anonymous said...

Terpaksa adalah ertikata yang sangat sesuai bagi kita semua yang duduk dibawah...Buruk atau baik pemimpin kita terpaksa kita telan.Tapi kalau sampai satu tahap dah xboleh telan..luahkan la balik gamaknye..Hanya saluran BLOG yang dapat kita luahkan moga mereka semua dapat membaca dan tersedar dari tidor!Semoga berjaya pucuk pimpinan yang baru ini.TQ

Anonymous said...

harimau..tau ke mane sukj menghilang...rasa macam nk ucap tahniah kat dia..

Harimau-Menaip said...

Hafiz, SUKJ sekarang di http://melayusesat.blogspot.com/