Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

7.4.09

Asbab Kekalahan BN (bukan sebab tak pandai nyonyot bukit)

Orang kata BN Kalah Bukit sebab BN tak pandai menggomol 2 bukit. Orang kata yang BN hanya pandai bermain politik Batang. Ada juga kata, aura Tun Mahathir tidak cukup untuk mengembalikan sokongan rakyat jelata yang melata. Ada juga kata, perlantikan DS Najib sebagai PM sikit lebih kurang macam perlantikan Obama sebagai Presiden US; tiada impak besar dan tiada perubahan.

Pada Harimau, orang boleh kata apa-apa sebab mereka ada otak dan itu membuatkan mereka ada hak. Harimau juga ada hak sebab Harimau ada juga otak. Pada hemat Harimau, BN kalah kerana keputusan pemilihan UMNO yang lalu. Bukan dek Muhyiddin atau Zahid Hamidi, tetapi kerana angkara Geng 304.

Rata-rata masih tidak percaya dengan ketelusan dan transformasi yang mahu dibuktikan oleh UMNO yang menjadi tulang belakang BN itu. Selagi masih ada nama KJ dalam pimpinan atasan UMNO dan BN, selagi itulah rawatan terhadap penyakit UMNO tidak akan menunjukkan perubahan. Tulisan ini bukan kerana Harimau berseteru atau mempunyai dendam kesumat terhadap sesiapa, tetapi ia adalah suara lantang orang bawahan. Jika mahu mendengar suara tersebut, syaratnya amat mudah. Kalian hanya perlu BUKA TELINGA dan BUKA MINDA.

Yang sudah menang Pilihanraya boleh berteriak dan yang kalah kan tetap kalah, namun tindakan DS Najib yang seterusnya adalah memastikan jawatan Ketua Pemuda UMNO dipertandingkan semula dan tiada jawatan Menteri buat Ketua-Ketua yang menang tetapi ditolak akar umbi.

Itupun kalau percaya bahawa "kebenaran itu sememangnya pahit!"

27 comments:

Anonymous said...

Wahhh.aku first!!!

Harimau-Menaip said...

Alamak! Takde hadiah la bro/sis. Tahniah lah.

Anonymous said...

Buat tatapan ayahanda Tun Dr. Mahathir:

Bersara beri peluang lakukan perkara kegemaran - Abdullah
07/04/2009 5:16pm

PUTRAJAYA 7 April - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan waktu persaraannya kini memberi peluang kepada beliau untuk melakukan perkara-perkara yang tidak dapat dilakukannya sebelum ini.

“Pilihan di tangan saya sekarang,” kata bekas perdana menteri itu sambil memberitahu beliau tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya itu.

“Ada keseronokan dan kebaikannya juga. Banyak benda yang saya tak dapat buat. Sebelum ini, saya perlu baca paper, kertas kerja, memorandum dan sekarang, saya mempunyai banyak masa untuk membaca buku dan membawa kereta.

“Saya memang suka membawa kereta,” katanya dalam ucapan ringkasnya pada majlis jamuan makan tengahari bersama media Putrajaya anjuran bekas pegawainya di Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. - Bernama

EQUILIBRIUM said...

tok rimau,

teman cuma nak ulas bukit gantang je. nampak rakyat negeri teman tak makan dakyah amno pasai derhaka, boneka, tanah dll yg dimainkan tv3suku.

pada teman faktor 304 takde peranan. org bukit gantang lebih melihat atas faktor politik di perak semata2.

Unknown said...

Salam Tok Rimau.

Rupanya selama ini Pak Lah tidak buat apa-apa. Tidak membaca buku, tidak tengok akhbar. patutlah dia olah pemerintahannya ikut arus. Betullah rupanya Perintah negara dari dalam tidur .

Harimau-Menaip said...

Tuan Mountdweller,

Tepat agaknya telahan Tuan. Saya pun sedang terpinga-pinga.

Paloi,

Situasi di Perak adalah isu domestik tapi KJ macam isu nasional sikit. Kalau tak, apa lagi sebab orang tolak UMNO?

Mrkolumpo said...

BN pandai isap batang apa kahkahkahkah..nak tau lebih lanjut..pi tanya hishamudin auw auw

Anonymous said...

Isu KJ dimulakan oleh Mahadir untuk naikkan anaknya. Pak Lah jadi PM sebab orang benc dengan mahadir. Tapi umno mudah lupa , panggil balik dia untuk bantu kempen kemudian salahkan orang lain. Aku tak percaya hanya KJ sorang yang merasuah dalam pemilihan dulu.

hatiminda said...

Wa percaya bro, pasal itu KJ UMNO rosak dan dalam kecemasan.... mari kita kempen sama-sama selamatkan umno daripada agen anwar dalam pemuda.....

numero_uno said...

salam tok rimau,

Orang tolak umno pasai racist,suka main isu melayu!

Dua-dua Tun dah tak relevan dengan politik sekarang ni.

Pemimpin2 UMNO bongkak sombong,kejar kemewahan dunia,tak mahu nak diimbangkan dengan akhirat.Kalau najib boleh nasehat rosmah pakai tudung tutup 2 bukit tu saya rasa ramai rakyat melayu islam akan sokong UMNO.

Habaq mai mana pemimpin umno yang tak kedarah duit rakyat.Boleh menang sepengal pun dah boleh kaya-raya.Dekat ceruk-ceruk kampung puak2 melayu umno ni pakat dok berebut nak jadi ketua cawangan bukan pasaipa, pasai nak kaya senang tapi usaha tak mau..citss

Akhir kata saya pun orang umno tapi dok pangkah PR pasai dah takdak satu hujah yang boleh buat saya sokong UMNO.Saya akan pangkah balik umno kalau muhyidin jadi PM dengan dibantu che pa sebagai TPM.Rakyat nak pemimpin bersih tak mau macam najib ni.Tengok cara lifestyle anak bini najib pun rasa rimas perut..aduyaiii..Anak najib bukan macam anak2 kita ni.Belajaq pun dekat UK tak main la sistem pendidikan kat malaysia ni.UMNO kena berubah menjadi lebih kepada melayu islam baru la rakyat sejuk sikit.

adiosss

Biqque said...

yup! truth hurts!

tengok la alasan BN, tah pape. nak tergelak baca. salahkan mic la, mca la, kata takde kesan apa2 la, dulu mmg bukan BN pegang la, salahkan KJ la, salahkan che det la...haiiiii...cuba kalo menang, mau sebulan tak abis kat tv tu duk mencanang!

read my comments at http://biqque.blogspot.com/

ROSHATIKA said...

Salam semua,

Pada PRU-12, BN kalah teruk, semua menuding jari kepada Pak Lah dan meminta peralihan kuasa.

Sekarang peralihan kuasa telah berlaku, BN masih juga di tolak.

Jelas terbukti Pak Lah bukan penyebab kekalahan BN pada PRU-12.

Ramai juga berpendapat kekalahan BN pada PRU-12 kerana layanan buruk UMNO pada Tun M.

Tetapi sekarang Tun M telah kembali dan menyertai kempen tapi BN tetap kalah.

Lagi sekali jelas bukan layanan UMNO kepada Tun M yang menyebabkan BN kalah.

Sekarang peluru dihalakan pula kepada KJ.

Kenapa? kerana KJ bekerja keras untuk parti?, sebab KJ banyak idea untuk generasi muda?

Berpijaklah dibumi yang nyata, kalau seribu orang yang membenci KJ, mungkin sejuta yang lain menyokong KJ.

Jangan buat andaian dan meletakkan akar umbi tidak menyokong KJ.

Adakah saudara pernah membuat kajian atau saudara membuat rujukan berdasarkan kajian mana?

Terima kasih

Anonymous said...

Hmm kalau nak ikut najib tu sepatutnya presiden umno dan pengerusi bn.sebaik2nya nak jadi pm dpt mandat melalui pru bkn pau.maaf kalau silap.

tenggiling- said...

lorrr..dah main salahkan org lain pulak..letak sesapa pun sama je...dah takde yg bersih..meh la seberang belah sini..xnak takpe cuba lagi next time :)

Harimau-Menaip said...

Puan Roshatika,

Masa Pencalonan, UMNO Telok Kemang mencalon Mukhriz. Kenapa ye? Adakah kerana saja-saja? Bukan itu adalah satu simbol penolakan KJ?

harimau menari said...

Tok rimau ni tak habis2 KJ je.
Ada dendam kesumat la ni.
KJ bukan faktor utama penolakan rakyat kepada UMNO/BN.
UMNO/BN terlampau elite.
Tak mesra rakyat langsung.
Dan lagi satu mereka tidak lagi relevan.
Aura Tun Mahathir pun x dapat menghalang penolakan rakyat terhadap UMNO/BN

Sekarang sah2 dah tau,yg tok rimau ni bias.
buang je label neutral.

ROSHATIKA said...

Tok Harimau,

Di dalam UMNO TK itu sendiri berpuak-puak.

Apa yang diputuskan bahagian, tidak semestinya mencerminkan kehendak akar umbi.

Saya banyak berjumpa dengan akar umbi, mereka menerima baik KJ.

Mereka menyanjung KJ kerana kerja keras beliau dan beliau mempunyai banyak idea-idea untuk generasi muda sesuai dengan usianya.

T kasih

Anonymous said...

buat la pape andaian pun yg pasti kita org di perak ni mmg dah bosan dgn isu2 yg dimainkan oleh BN.

tambahan dgn isu rampasan kuasa yg bg bg kita org ia masih tak selesai2 lg.

so tunggu je la pru 13 nanti maybe UMNO akan berkubur di bumi perak ni.

wallahualam.

har har ha ha ha ha hahaha said...

Salam Tok Rimau,

Har har har har..

Pada saya mudah saje...

50% Pemikiran Rakyat macam Minda negara Kelas Pertama tapi Pemimpin UMNO masih lagi berada dalam lingkungan Minda Pemimpin Negara Dunia Ketiga...

Jadi mana ada rakyat nak berketuakan mereka yang Masih Berfikiran Kolot...

(Politik gila kuasa, sabotaj, cantas, tikam belakang tu..cara politik macam Zimbawere, Congo, Rwanda, Swaziland dan seangkatan denganya...)

Har ha ha ha ha ha ha ha ha

PEJUANG CYBER said...

BN lost Bukit Gantang. After all the efforts that also saw Tun Dr Mahathir Mohamad took part in the campaignings, nothing could stop the Opposition from retaining the seat.

PEJUANG CYBER said...

BN kalah - Tun M harus dipersalahkan....

Sebab dia cakap banyak..... lebih bijak daripada orang lain.

Apabila BN kalah dua Parlimen itu, KJ menjadi kambing hitam untuk disembelih. KJ dikutuk habis-habisan. Fitnah dan dakyah memburukkan KJ disebarkan dari mulut ke mulut hingga beliau sukar menepis.

Namun, kali ini di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air, penasihat-penasihat KJ sudah menasihatkan beliau supaya tidak bercakap banyak dan tidak pergi berkempen. Alasannya supaya tidak dijadikan kambing hitam yang boleh disembelih jika BN kalah. Namun, sebagai Ketua Pemuda Umno, KJ tetap turun ke kawasan pilihan raya kecil itu secara diam-diam, sekadar untuk memastikan jentera pilihan raya Pemuda berjalan lancar.

hellboy82 said...

bukan salah siape pun didalam UMNO ni...semua yng dalam umno pun dah di benci rakyat....hak....tuih....Especially orng MUda...sebab kiteorng takde kepentingan and just nak kerajaan yng bebas dr semua anasir yang tak elok...Ali Ketam perasuah pun leh jd KM..rosak melaka...

PEJUANG CYBER said...

http://senapang-patah.blogspot.com/2009/04/bn-tumbang-di-bukit-gantang-kerana.html

ros said...

ROSHATIKA,

mintak terbuka la sedikit. Dulu kalau orang katakan salah Pak Lah bukanlah salah Pak Lah "per se", melainkan dilihat pak lah sebagai lambang UMNO/BN. Ini bermakna kalau orang kata Pak lah tak betul maka secara tersiratnya orang kata UMNO/BN tak betul. Macam mana orang boleh kata salah Pak Lah seorang kalau isu seperti Altantuya, isu rasuah dalam pentadbiran kerajaan, isu perkauman yang dicanang, isu rampasan kuasa di Perak, isu kematian kugan dan macam2 isu lagi baik kecil, sederhana dan besar. BN tak kan kalah kalau hanya dengan hanya isu Pak Lah sahaja. Banyak isu lain yang menjadi kayu ukur kepada kekalahan BN. BN gagal mengupas satu isu dengan berkesan dan jawaban Menteri selalunya pada satu isu kadang2 macam jawaban bodoh dan hanya melepaskan tengkuk je. Cuba baca sumber dari pembangkang(blog dan akhbar pembangkang dan lain2 sumber dari pembangkang) dan bandingkan dengan sumber dari UMNO dan BN(sama macam dalam kurungan di atas cuma tukar mana yang patut). Awak akan dapat bezakan tahap intelek antara UMNO/BN dan pembangkang. Maksud saya bukan nak kata bahawa UMNO/BN tak intelek cuma cara isu dikupas, ada faktanya, ada hujah yang bernas yang boleh diterima akal, cara penyampaian yang boleh dikatakan ilmiah dan bertepatan dengan kehendak semasa. Cuba bandingkan

Anonymous said...

Tuan Harimau Yang andai Menaip dan Berblog,

Mudah yar amat teori tuan hamba !!! Kalau macam ini, kalah research, teori dan entah apa-apa lg dr abu hassan (prof yg pakai gogle tu).

Faktor kj tu mungkin ada betul juga tp bukan itu saja..byk lagi!! Kalau nak tahu lebih lanjut, kena lar joint prof gogle dgn nobisha. tu

UMNO kecewa said...

UMNO masih belum sedar ya?
Masih belum sedar kemarahan dan kebencian rakyat berakar umbi dari zaman Mahathir?

Beban dan kebencian ini dibawa ke zaman AAB. AAB pula pemimpin yg tidak mampu membaiki lagi kerosakan yg dibawa oleh Mahathir, dan AAB sendiri juga pemimpin lemah. Ditambah pula kemunculan KJ yg rakus dan dilihat akan outshine Mukhriz (bukan seperti yg Mahathir harapkan).

Selagi UMNO belum sedar yg Mahathir hanyalah membawa nasib tidak baik kepada UMNO dan Najib selepas ini, selagi itu UMNO akan terus hanyut dan akan terus menerima kekalahan pada masa akan datang. Sikap sedar diri dan rendah diri juga tiada dalam pemimpin UMNO.

Kepulangan Mahathir tidak akan membantu. Sila pandang dari sudut mata orang yg marahkan UMNO, jangan pandang dari sudut mata penyokong UMNO. Jika tidak org UMNO tidak akan nampak apa yg rakyat marahkan UMNO.

Anonymous said...

UMNO Asal (bukan UMNO baru ciptaan Mahathir) dahulu semasa zaman Datuk Harun berjuang untuk rakyat. Beliau sanggup dipenjarakan asalkan UMNO/Melayu tidak bergaduh dengan polis yakni tiada pertumpahan darah. Beliau pentingkan rakyat dpd diri sendiri. Kini UMNO baru Mahathir adalah UMNO tiruan seperti bini no2. Rakyat bukan bodoh sebab yg tukang sapu pun ada SPM boleh membaca & menulis. Faktor UTAMA yg UMNO baru terus tersungkur adalah kerana adanya ANWAR IBRAHIM sebagai pemimpin Pakatan Rakyat yg telah dianiaya oleh Mahathir. Melayu UMNO mudah lupa tetapi Melayu jati kuat ingatannya. UMNO terlalu bergantung kepada generasi tua di kampung2 yg sekarang telah ramai meninggal dunia. Kini gegerasi tua yg berpelajaran telah mengambil tempat mereka jadi taktik kotor bagi kain pelekat utk beli undi dah x laku. Tambahan pula dgn adanya internet maka Rakyat tidak dinafikan maklumat sebenar. Banyak faktor2 yg menyebabkan UMNO tumbang bukan KJ saja... UMNO sekarang bukan ASAL ianya diciplak sbb itu rakyat UMNO TOLAK..... Saya percaya insyallah PRU 13 nanti ANWAR akan jadi PM. Sebab seperti Nelson Mandela akhirnya rakyat memertabatkan beliau sbg Presiden. Itulah hakikatnya suara Rakyat x boleh ditolak. PERCAYALAH!!!!!