Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

26.4.09

Sebelum Babi Malaya Mendapat Selsema

peringatan: hanya ada seekor BABI sahaja dalam gambar, bukan 6 tau!


Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu. { sini }

Justeru kebimbangan mereka dengan mengadakan demontrasi dahulu mungkin akan diambil kira oleh kerajaan negeri Melaka dan juga cadangan kerajaan PKR Selangor akan kesan virus dari babi ini. Cegah sebelum parah. { sini }

Sia paleh. Kok kalau menular juga ke Malaya, maka siapakah yang wajar dipersalahkan? Adakah gerombolan United Mamak Nana Organisation Negri Melaka yang diketuai Datuk Seri Ali Rustam, atau gerombolan kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai Tan Sri Khalid di Selangor ataupun Sekolah Berasrama Penuh Babi di Bukit Pelanduk, Port Dickson?


Oleh itu, sukalah Harimau menegaskan bait-bait tulisan Kulat Lapok yang berbunyi "Cegah Sebelum Parah" kerana khuatir dengan pendekatan orang kita yang memang gemar bertindak sesudah terkena. Sikit lebih kurang macam gambar di bawah lah kesnya nanti kot? Wallahualam.

9 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau,

Ha ha ha, Mak Cik suka gambar ini, original...

Selsema babi pulak dah..inilah kehendak Allah swt, semoga Pemimpin kita bertindak tegas dan segera!!

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam Ibu,

Takut juga dengar wabak selsema Babi tu. Semoga kita semua terhindar dari malapetaka itu. Amin.

Hehehe...kelakau juga bila tengok gambar tu. Muka "hero" tu, selamba je.

kulatlapok said...

salam Bro:

wahh.. terima kasih Bro kerana ko dah viruskan wa punya post. Macam dalam komen aku Pak pandir kata kalau burung bro dia punya bersin sikit je.. tapi ni kalau Babi masyaallah bro ko tengok hidung dia pun dah ngeri.. bayang kan kalau yg 5 orang dalam gambor ko tu.. babi tu bersin kat dia.. pehh memang sia paleh bro... bersembur hingus dia keluar nanti...kena pulak yg berdiri sebelah kiri tu sekali, his lagi gagaplah dia bercakap nanti kat parlimen......

Anonymous said...

Kesian tengok muka pakcik tu..nasib baik masih nampak kepala dia..


arianni>>

Anonymous said...

Salam ziarah Ghimau.

Gambar tu memang bawa banyak makna terutama kepada Baby Babi kiut tu yang dah sah sudaa kena panggang buat BaBQ.

Unknown said...

salam.. minta izin copy gambo telekom & pingu tks

armouris said...

lagi info tentang swine flu kat sini - FAQ on Swine Flu

Anonymous said...

Kesian .....Masa kau sihat orang panggil kau nama elok eok...KHINZIR...Dah bawak penyakit orang sumpah kau BABI.......

zara said...

Assalamualaikum,

Sepatutnya, mereka berlima orang tu patut kena penyakit tu dulu. Baru depa tau binatang yg mereka usung tu penangannya macam mana?