Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

12.4.09

Katakan TIDAK Pada Berak dan Kencingan Politik

Ketika ini keADILan hanya mempunyai dua Adun Melayu iaitu Sungai Bakap, Maktar Shafee dan Adun Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim.Bagaimanapun, parti itu dijangka memilih untuk mengadakan pilihan raya kecil Penanti, bagi memberikan pilihan calon ketiga sebagai calon pengganti Fairus. { sini }

Sebelum kalian mahu percaya dengan cakap-cakap politik seperti di atas, biar Harimau ceritakan dahulu kronologi ringkas tahap kepercayaan Harimau pada pengamal politik yang merudum secara mendadak. Mengimbas 11 tahun lalu, tatkala muka DSAI terpampang di dada-dada akhbar disebabkan pemecatan beliau oleh Tun Mahathir, boleh dikatakan semua rakan sekerja Harimau amat marah dengan Tun Mahathir dan menjangkakan bahawa Tun Mahathir akan jatuh jika berlaku gerakan reformasi besar-besaran.

Nasib baik kami berada di Seremban, jika tidak, memang kami juga turut berarak di jalanan. Bukannya kami ini taksub dengan DSAI, cuma rasa kasihan dan simpati yang melaut menyelubungi hari-hari kami selepas itu. Mungkin, ada yang berlarutan sehingga hari ini.

Serba salah juga memang melekat di sanubari kerana pada masa yang sama, kami juga sayangkan Tun Mahathir dan parti UMNO. Apapun, kami sedar bahawa kami hanya orang bawah yang tidak kan mampu mengubah apa-apa apatahlagi bersuara.

Di era Tun Mahathir, kami amat menyampah dengan parti PAS apatahlagi dengan parti DAP. Hanya disebabkan amarah dan rasa tidak-puas-hati, Harakah sudah menjadi santapan pengganti Utusan Malaysia. Ceramah PAS sering kami dekati. Wow! Dasyat betul rasa menyampah kami pada Tun Mahathir dan UMNO ketika itu.

Tapi, pengalaman kena kencing dari pengamal-pengamal politik telah mengubah persepsi dan pandangan yang mana ia amat berbeza jika dibandingkan sekarang dengan 11 tahun yang lalu. Kenapa ya? Antara sebabnya adalah:
  • label Mr. Clean yang ada pada Pak Lah semacam telah menipu kami kerana kami dikhabarkan anak beranak nya sahaja yang mentekedarah projek-projek Mega dan tender-tender kerajaan. Clean apakejadahnya itu?
  • Kami dikencing haring-pering pada tarikh peralihan kuasa 16 September yang lalu sehinggakan rakan Harimau menangguhkan penggantungan potret Tun Abdullah di pejabatnya hanya kerana percaya DSAI akan jadi PM (rakan Harimau tu memang bangang...hehe). Ada DSAI minta maaf? Haram.
  • Pemimpin yang "bersih" di akhbar tetapi kotor peribadi yang berlambak-lambak di Malaysia.
  • Pengamal Rasuah Politik masih diangkat dan diagung-agungkan. Paling baru, di Pemilihan UMNO yang lalu. Jahanam.

Ikhtibarnya, biar perkara yang dijanji dan di war-warkan itu benar-benar berlaku barulah rakyat akan percaya. Orang bawah tidak rela kepala dikencing dan diberakkan apatahlagi dari orang yang sama. Orang bawah sudah faham bahawa lidah orang politik bercabang 8.

Barulah kami faham kenapa Nik Aziz tak rela PAS bergabung dengan UMNO. Beliau tak nak kena berak 2 kali kot? Wallahualam.

15 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Apa pula kena mengena Nik Aziz tak rela bergabung dengan UMNO dengan apa berlaku denganPKR di Penang?

Orang Politik anakku, Fikiran mereka, Azam mereka, hidup mereka bukan macam kita kita ni. Siapakah yang bersih benar benar anakku?

Kalau nak bersih, jauhi langsung dari Politik. Baik siapa pun.

KJ RASUAH said...

Sana sini orang membuat andaian dan fitnah terhadap Dato Najib berkenaan Kabinet barunya. Macam-macam analisa yang telah dibuat.

Yang tidak henti jadi buah mulut adalah berkenaan terkeluarnya Khairy dan kemasukkan Mukhriz ke dalam Kabinet. Susulan dari itu, andaiannya adalah Kabinet ini adalah Kabinet Dr Mahathir dan kini satu gelaran telah direka memanggilnya Kabinet Mahajib.

Bukankah Kabinet perlukan pembaharuan? Sudah tentu muka, bakat, dan tenaga baru kena disuntik dalam Kabinet. Apa salahnya Mukhriz? Jawatan Menteri adalah jawatan untuk kerja dan bukan hanya jawatan berpolik dan permainan media. Resume Mukhriz jelas menunjukkan dia berupaya dan jauh lebih banyak pencapaian hidup dari Khairy.

Ada perkhabaran berkata Dr Mahathir telah datang ke Seri Cahaya pada waktu malam untuk memberi kata pengakhir kepada senarai Najib. Sebelum itu katanya Daim berada di situ dahulu dan pulang sebelum kesampaian Dr Mahathir.

Pukul berapa Dr Mahathir ke rumah Najib selepas Daim? Pastinya lewat malam. Tak akanlah Dr Mahathir pergi secara terbuka? Nanti nampak sangat.

Tak tahulah nak percaya maklumat ini.

Kalau mahu dinafikan Dr Mahathir campur tangan, bunyinya agak defensif. Orang ramai pulak sudah seronok membina cerita konspirasi baru dan mereka mahu percaya kesimpulan mudah Dr Mahathir masuk campur, cakap apa sekali pun, mereka tak percaya.

Harap-harap mereka ambil perkiraan akan kewujudan Dato Johari Baharum sebagai Timbalan Menteri Pertanian. Agak-agak Dr Mahathir berkenan ke tidak dengan Dato Jo?

Kalau setakat kebolehan, apa sangat kebolehan bekas Cikgu ini? Kemungkinan dia dikekalkan kerana kedudukkan dalam Majlis Tertinggi UMNO dan mewakil Kedah. Tak ramai ahli Parlimen dari Kedah.

Bagi mereka yang mudah lupa, Johari Baharum terlibat dengan politik wang semasa era Abdullah dan telah memberi "brown envelope" mengandungi wang untuk menafikan Dr Mahathir dari menjadi perwakilan Bahagian ke PAU pada tahun 2007.

Semasa memegang Timbalan Menteri KDN, namanya telah dikaitkan dengan satu skandal menerima wang sebanyak RM5 juta melepaskan seorang penjenayah. Walaupun penyiasatan yang dilakukan telah melepaskannya, ramai mempersoalkan.

Saya pun masih sangsi dengan kesimpulan penyiasatan kerana kawan saya pernah ditawarkan seorang pemuda India untuk bertemu dengan seorang "Menteri" di The Curve, Damansara untuk menyelesaikan sebarang masaalah dengan polis.

Kalau hanya Najib menafikan Khairy jawatan dalam Kabinet atau sebagai Timbalan Menteri, tidak cukup nak dikatakan ini Kabinet Mahathir. Betulkah tidak lojik itu?


Memang Dr Mahathir ada menyebut Khairy tidak boleh kerana dia telah didapati salah kerana politik wang. Mahukah kita seorang Menteri atau Timbalan Menteri yang sedang menyandang jawatan dihadapkan atas amalan rasuah?

Pasti Najib mengambilkira perkiraan ini.

Untuk kepentingan parti, kita tak boleh sewenang-wenang main buta-buta ikut tradisi. Adakah semasa memegang jawatan Ketua Pemuda dahulu, adakah Syed Jaafar Albar seorang Menteri? Itu terlalu lama, bagaimana pula Zahid Hamidi yang hanya jadi Pengerusi BSN semasa mengepalai Pemuda UMNO?

Selama beberapa tahun, tak habis-habis cerita mengenai Khairy mendabik dada menayang-nayang pengaruhnya dan terbabit dengan kegiatan rasuah. Saya difahami Khairy sendiri mengaku dan menjustifikasikan sebagai tidak sebanyak sipolan dan sipolan.

Saya sendiri tahu dari horses mouth mengatakan kuncu-kuncu Pemuda Khairy dan anak seorang bekas menetri yang mendapat laluan mudah untuk projek-projek Jabatan tertentu. ECM Libra itu dah banyak kali diulang.

Sehingga hari ini, polis telah menahan dan meletakkan ikat jamin RM100,000 dan RM300,000 untuk melepaskan kepada penyokong Khairy, Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim dan Limus Jury.

Katanya banyak sekali laporan terhadap Khairy di Jawatankuasa Disiplin UMNO, SPRM dan Polis. Ada satu balai tu sampai ada 15. Seorang sahabat memberitahu semalam, entah lojik ke tidak, ada satu tempat menerima hingga lebih seratus laporan.

Tak payah tunggu Dr Mahathir meleter, Najib akan gantung diri kalau pilih Khairy.

Disatu aspek, Najib memberi benefit of the doubt kepada Khairy dengan memberi tugasan kepadanya untuk menumpu menyatu dan membetulkan pergerakan Pemuda UMNO yang sudah pecah tiga.

Semasa PRK baru-baru ini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Pemuda UMNO kelihatan hambar.

Harap-harap Khairy tidak berdendam. Kalau dia sebijak yang diwar-warkan penyokongnya, ini peluang baik untuk membina pengikut yang berkekalan. Tunggulah KPI dalam 6 bulan, adalah yang kena berhenti nanti.

Khabar-khabarnya dia mengadakan perjumpaan dengan 80 Ketua Pemuda. Marah betul pengikutnya. Akhirnya Khairy keluar untuk menyejukkan keadaan. Dalam dia menyejukkan keadaan, terkeluar kata dia akan "kenakan" Mukhriz dan Khir Toyo jika dia "kena".

Asal jangan fitnah dan reka-reka bukti nak "kena" orang cukuplah. Kalau betul ada bukti dan saksi, lakukan laporan terhadap Mukhriz dan Khir Toyo. Biar proses undang-undang berjalan dan harap jangan pula ada pihak yang masuk campur menahan proses keadilan.

Masaalah rasuah yang menyebabkan rakyat tidak mahu memberi peluang kepada BN di PRK baru-baru ini, walaupun langkah-langkah Najib apabila dilantik Perdana Menteri memberi harapan baru buat Malaysia.

Untuk mendapatkan keyakinan rakyat, mereka yang terlibat dan ada bukti perlu dihadapkan ke mahkamah. Mesti ada nama-nama besar yang disabitkan rasuah. Baru rakyat akan yakin dengan keseriusan UMNO untuk tangani gejala rasuah. Tidak boleh nak sorok-sorok lagi.

Macam mana nak jawab pada rakyat bila macam-macam pengalaman dan peristiwa orang politik dan pegawaikerajaan mintak wang terang-terang? Macam mana nak jawab bilaahli politik danpegawai kerajaan hdupmewah?

Macam ramai yang sedang bercerita tiga malam lepas ada sekumpulan bekas pegawai-pegawai tinggi Jabatan Perdana Menteri telah charter kapalterbang Airasia-X untuk ke London dan menginap di hotel mewah Dorchester?

Ini sudah menimbulkan keraguan. Adakah mereka pergi ramai-ramai untuk meraikan kejayaan mereka selama 5 tahun? Kejayaan apa selama 5 tahun ini yang diraikan?

Pendikkata, siasat dan lakukan proses undang-undang. Yang salah, besar atau kecil, perlu dilihat dihukum. Itu saja caranya untuk membersihkan parti dan mendapatkan balik keyakinan.

Dalam hal rasuah, kita bukan saja perlu bersih dari rasuah tetapi kelihatan bersih dari rasuah.

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam Ibu,

Nik Aziz sepusat pusing dengan saya dan rakan-rakan yang mana asyik kena kencing dengan pengamal politik. Nik Aziz pernah cakap yang beliau tidak rela menjolok lubang ular sebanyak 2 kali.

Kedua, bagi saya, kalau mahu membersihkan politikus, minda rakyat perlu dimerdekakan terlebih dahulu. Ia semacam konsep "No demand, no supply".

Wallahualam.

checkmate said...

SAHABAT BOLEH KOMEN SIKIT..

MANA ADA MANUSIA BOLEH MERAMALKAN MASA DEPAN...SIAPA NAK JADI TUHAN...?

1)MR.CLEAN CKP2 ORG SHJ..IMPAKNYA KITA SDR YG MERAMAL..

2)ANWAR NAK TUBUH KERAJAAN...BELIAU HANYA BERMATLAMAT..TUHAN YG MENENTUKAN..

KAMU SEHARUSNYA MEMAHAMI SEPAK TERAJANG POLITIK...JIKA SUDAH MEMAHAMI PASTI DPT PAHAM MENGAPA...?MENGAPA..?MENGAPA..? MEREKA MELAKUKAN SESUATU ISU..

LEBIH KPD STRATEGIK...

BAGAIMANA?

TAAVEEKUN PERAK said...

Agama dipolitikkan, inilah jadinya. Yang salah diagungkan, yang tak bersalah difitnah semahu-mahunya hingga membawa masuk wartawan asing dan menyogok orang asing dgn berita2 dan gambar2 yg diada2kan, semuanya DENGARCAKAP sahaja. Sumpah muhabalah sebut nama Allah SWT, tak nak terima. Surat akuan bersumpah RM5 senang2 diterima. Mengaku orang ISLAM apa begini? Kata tak percaya mahkamah, tak percaya hakim2 Malaysia tp surat akuan bersumpah cap mahkamah Malaysia , boleh pulak terima????

'Double standard' mainan pembangkang jelas terserlah terutamanya bila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Kalau mereka menang, mereka benar, kalau kalah semua orang lain salah, hakim salah, pendakwaraya salah, polis salah, orang tu salah, orang ni salah...susahnya hidup mereka di bumi Allah ni kerana mereka sendiri menyulitkan keadaan...kerana ada orang yg tutup dua2 belah mata mereka.

Memang benar perbuatan beberapa kerat ahli UMNO di T'ganu menderhaka kpd Sultan TIDAK mendapat sokongan ahli UMNO di akarumbi. Kami juga terkejut melihat kebiadapan sesetengah orang UMNO ni tetapi kami tidak terikut dan merestui mereka. Bagi ahli UMNO yg masih waras, kami menyuarakan rasa kesal dgn perlakuan melampau mereka itu. Bukan semua ahli UMNO buta hati!!

Mengenai pengundi hantu pula, ia adalah ciptaan pembangkang yang dari dulu suka menuduh orang lain. Tidak ada istilah itu dalam SPR dan pilihanraya yang dulu2, yg ada cuma nama2 pengundi yg meninggal atau berhijrah ke luar negara tetapi ahli keluarga mereka tidak memberi maklumat untuk membatalkan nama2 mereka. Masalahnya, perayu undi pun jadi pengundi hantu bagi pembangkang!!! Kalau dah hidup penuh syak wasangka...

Pasal rasuah ni, sama saja dlm PR. Mungkin ada pengikutnya yg tak dapat bahagiannya sebab tu lah ada yg dok teriak2 dlm blog Tun ni!!! Kalau dapat laba, takkan nak bising2 di sini? Pemimpin2 PR ramai yg bila jumpa pemimpin2 kerajaan bertukar2 senyum ada makna, bersalam2 mesra makan semeja, tetapi pengikut2 mereka di bawah mereka api2kan membenci pemimpin kerajaan. HIPOKRIT!!! Sumbangan2, derma2 dari luar negara terutamanya dari US yg mendokong parti mata dajal tu, lumayan sekali dan org2 atasan PKR selama ni dpt duit raya tak kira musim. Bila ke kampung2, mereka minta derma dari ahli2 yg tak teragak2 menderma lagi biarpun anak2 tak berapa cukup nak beli buku...Semakla senarai pemberian dari badan2 amal US nun...

Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Kalau kerajaan bertindak seperti yg didakwa menggunakan unit khas membunuh orang yg kerajaan tak suka, dah lama pemimpin pembangkang tu tak wujud!!! Tapi sepatutnya dah lama tak wujud sebab kerajaan masa tu dah racun dia dgn arsenik??? Lamanya kesan arsenik tu berjalan ye??? Cakap pakai lutut!

Tindakan Tun menahan bantuan sekolah agama dulu mungkin ada baiknya kerana apa guna memberi kepada yg tak reti menghargai dan bersyukur, berterima kasih kepada yg memberi?? Anak2 kecil di pasti dan sekolah agama mereka diajar menghina pemimpin2 kerajaan terutamnya Tun sebagai PM, menggelarnya dgn gelaran2 yg terlalu kesat, gambar2 Tun diconteng2, dikoyak2 dan dipijak2 dan Tun dimakihamun semahu2nya. Saya pernah melihat gambar2 Tun diperbuat begitu kerana saya dah lama bertugas di Pantai Timur, dan lebih 26 tahun. Anak2 mereka ini bila naik sekolah menengah, otak mereka dipasak lg dgn fitnah2 dan mereka ditegah mengikuti berita arus perdana, tv haram dan akhbar arus perdana haram. Yg halal berita2 fitnah yg mereka sendiri ada2kan. Kalau kerajaan dianggap taghut, zalim, kejam, tidak Islamik, mengapa terhegeh2 meminta bantuan dari kerajaan? Nak makan share duit dari kerajaan taghut, zalim dan kejam?? Baik jangan subahat saudara saudari.

PR lagi teruk. Bukan setakat cedok bagi, mereka sendiri yang pergi kaut guna jentolak. Bekas TimbKM PP juga ada bahagian dlm kuari...tu yg diberitahu. yg kita tak tahu??? Sama2la kita lihat apa lg yg pembangkang terutamanya pemimpin no1 mereka yg semakin kuat temberang, berbohong, berangan tak sudah...Hingga hari ini gagal membuktikan dirinya suci, tak bersalah walhal member2 dia di MCKK dulu semua tahu benar siapa dia di kalangan mereka...

Mereka kata PR telus? Terlalu telus hingga aksi di bilik tidur pun dihidangkan, hubungan dengan suami orang beragama Islam pun dihalalkan 'my dedicated boyafriend' kunun!. Ramai yang berjuang untuk terus menikmati gaji lumayan menjadi MP, MB, EXCO dan sebagainya. Apa jadi dgn MB Selangor? Kenapa hanya isytihar gajinya saja tp tidak kesemua aset yg lain termasuk apa yg isterinya ada? Ingat saham2nya dlm Guthrie shj beratus juta RM. Apa dah jadi dgn beberapa MP dan ADUN PR yg lain? Kes2 mereka pun mencerminkan nafsu lbh besar dari perjuangan untuk rakyat . Yg bersekedudukan dgn perempuan lain sedangkan isterinya ada, yang main gila dgn suami orang dari lain bangsa dan agama, yg dah pasang lebih isteri sedangkan dulu mereka marahkan pemimpin2 UMNO bila ini berlaku? Dan ada yg rakus menghambat persen2 dari ahli2 perniagaan disekeliling mereka. Tolonglah celik2 mata tengok orang2 PR jugak. Kalau rajin memeriksa orang2 kerajaan, sila periksa juga dibelakang tabir org2 PR ni sebab mereka bukan MAKSUM, tak pernah buat salah, tak ada nafsu atau tak terliur dgn duit senang dapat???

Harimau-Menaip said...

Checkmate,

Anda boleh faham dan begitu juga saya. Tapi, orang bawah tidak bisa berfikir seperti kita. Bagi mereka, janji wajib ditepati. Noktah.

Jangan kata politik kotor. Kerana yang mengotorkannya adalah kita.

Apapun, Salam perkenalan dan terima kasih kerana menjadi pengikut blog ini.

Wassalam.

Jeepers Creepers said...

telah ku tilik tilik, telah kulihat didalam makrifat, setiap ahli politik, kata katanya dipercaya jangan.

saya memang tak percayapun kata orang politik. biarlah mereka dengan dunia mereka. apalah sangat yang kita dapat setelah memilih mana mana parti politik ni.

kita hanya dapat jalan, air, api kemudahan itu ini. tapi yang kaya hanya mereka dan kaum kerabat.

biarpun mana parti yang memerintah, hujan emas tetap tidak akan turun dari langit, tanah belakang rumah aku tetap tak keluar minyak.

aku dah lama tak peduli ceramah politik mana mana parti. banyak mengarut je. tengok wayang kulit lagi baik dari pergi mana2 ceramah politik.

lepas ni rakyat patut pulaukan mana2 prk. muak sangat banyak prk ni. terlalu sibuk berpolitik, negara boleh hancur.

malaysia akan menjadi seperti thailand kalau orang politik masih bermimpi prk lagi.

sedar sedarlah pakcik pakcik semua woo...

BHM said...

Salam ziarah...

http://aspirasi-baru.blogspot.com

ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

ha ha ha har said...

Salam Tok Rimau....

Moga Tok masih lagi menjadi Blog Neutral ...

Wassalammm

Anonymous said...

rahman,ahchong,muniandy said...
Agama dipolitikkan, inilah jadinya

contoh agama dipolitikkan ialah Islam Hadhari.....
Apabila kita menyebut Islam Hadhari adalah alat politik umno menggunakan label Islam ramai ulama Umno melenting. Katanya Tun Lah jujur dan inilah perjuangan Umno. Kalau benar ini adalah perjuangan Umno kenapa sekarang apabila berlaku peralihan kepimpinan Menteri JPM yang baru menyebut akan kaji semula. Kaji dari sudut apa ? Dari sudut prinsip atau pendekatan ? Kita tidak pernah menyokong kebenaran yang bersadur kebatilan. Kalimah benar pada tempat yang tidak benar. Rosak agama, bangsa dan negara. Bukan istilahnya sahaja yang salah bahkan prinsip dan pendekatannya juga diragui.
Mereka menuduh PAS menggunakan agama untuk politik. Tetapi PAS masih konsisten dengan prinsip Islam yang dibawa. Tidak berubah mengikut mood rakyat prinsipnya

Anonymous said...

Saya tak fikir DSAI kencing rakyat kerana 16hb sept..awak butakan mata kot??

DSAI jumpa YDPA dan utus surat pada Pak Lah kerana tak mahu buat gaya Najib ambil Perak. Jika DSAI ikut gaya Najib, 16hb Sept akan jadi kenyataan.

Tapi itu semua tidak terjadi krn tak mahu huru hara berlaku. Lagipun itulah DSAI..orang kata dia kemaruk kuasa tapi hakikatnya dia tak porak peranda perlembagaan biarpun dia ada peluang berbuat begitu, tapi PM baru kita boleh tahan samsengnya.

Saya rasa, awak dah jadi blogger yang takut dgn risiko sebab tu sekarang ni awak playsafe. Harapan saya...jika takut dengan risiko jgn bicara soal perjuangan saudaraku..tapi nampak gaya awak tidak berjuang sebenarnya.

Harimau-Menaip said...

Anonymous,

Banyak kau punya perjuangan. kau dah kena kencing hidup-hidup.

Ada kau dengar apa yang DSAI cakap kat Sultan?

Dah jadi, baru aku percaya.

Politik kan selamanya politik. Ia adalah permainan persepsi.

Kau pun playsafe sebab pakai anonymous...betul tak?

PARPUKARI said...

KISAH BENAR, BACA DI SINI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/suratkhabar-cina-lapor-berita-palsu.html

fital said...

orang biasa 1 + 1 = 2

orang politik 1 + 1 = 3

orang biasa melihat dengan 2 mata

orang politik melihat dengan 10 mata

Itulah bezanya antara orang biasa dengan orang biasa. Bila nak pancing undi dia nampak kita tapi selepas dapat undi dia tutup mata.

Lord Garam said...

SAPA YANG SOKONG DSAI TUH..BODOH TARA BACA PUNYA ORANG..

TOK RIMAU... YANG ANON PUN PLAYSAFE..TAKUT PADA KEBENARAN.

DSAI PEGI JUMPA AGONG..SUDAHLAH MEMANG KO ANON KENA KENCING..DUNIA-DUNIA..PENUH DENGAN TIPU MUSLIHAT.