Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

19.4.09

Speaker "Main Depan" dan "Main Belakang" DUN Perak?

Biarlah isu-isu di Penanti terus "menanti" orang lain kupaskan kerana tiada apa yang menarik untuk diketahui oleh kita. Harimau lihat, jika PRK disebabkan oleh wakil BN, ia adalah kerana kematian tetapi jika disebabkan oleh wakil PR, ia disebabkan menarik diri, meletak jawatan dan paling pelik, sambung belajar? Sudah tahu sekolah tak habis, kenapa mahu menjadi calon PRU 12? Bengong.

Harimau juga terbaca transkrip perbualan antara Speaker "Main Depan" DUN Perak dengan Speaker "Main Belakang" melalui suatu medium yang fungsinya "mungkin" seakan-akan YM atau SMS, hinggakan mahu rehat pun bergantung kepada Speaker "Main Belakang"? Biar Betul.

Memandangkan belum disahkan benar, maka Harimau hanya memautkan sahaja blog tersebut untuk berkongsi pandangan dan pendapat dengan Tuan-Puan. Ada pandangan, komen dan pendapat, silalah kongsi dengan Harimau Menaip.

klik SINI untuk transkrip yang disebutkan tadi.

Harimau: satu kapal 2-3 nakhoda memang menyulitkan. Silap-silap boleh jahanam.

--------------------------------------------

Glosari

1. Speaker Main Depan - Speaker yang dilantik melalui perundangan
2. Speaker Main Belakang - Speaker yang melantik dirinya atau berperanan sebagai speaker dalam diam atau menjadi pemain utama dalam keputusan-keputusan Speaker.

12 comments:

we dasan said...

salam tok rimau, kalau betui dari pc yang berkenaan kenapa tak buat print screen je baru le sahih, ni nampak sangat sript yang direka-reka. Puak2 BPN ni kuat meno memefitnah orang sampai Ustaz Misbahul pun deme panggil miscabul apakah ini yang tok rimau sokong. Allahu'alam.

Anonymous said...

bg saya la tuan harimau.. takkan dlm dewan pun nak main sms? ade mase ke nak main sms dlm dewan? bior benor.... duk bincang hal negeri nak bersms ape kejadahnyer.. petikan tu pun mcm dah dirancang semula sempena majlis persidangan dun tu je... kalau benor pun.. ge la check kat msg center.. tgk rekod tu ade ke tak? buat pendedahan dari nombor yg dihantar ke nombor yg diterima .. dan dibandingkan dengan no telefon tuan speaker, yb nga ngan yb ngeh.. skiranya benar nombor dan masa nyer.. insyaallah baru sy percaya..

kulatlapok said...

SALAM bRO:

MAIN DEPAN, MAIN BELAKANG, AYOO AYOOO... NANTI ITU ANAM (6) ROTAN BELAKANG HANTAM MANYYAAKKK TAKUTT WOWW...

Putra IJ80 said...

Zaman serba canggih.

Duit bole di palsukan.

Wajah dan badan lain lain bole di olah rupa.

Apakan pulak bende bende mcm ni.

Penipu,perompak,perasuah,pembunuh tersangat lah bijak.

Sebab tu ada banyak kes kes yang.masih/belum/dan tak kan selesai.

Baca boleh,pecaya jangan.

Jgn Maree!!!!

Harimau-Menaip said...

We Dasan,

Saya tak sokong. Saya cuma mahu kita berkongsi idea. Betul atau tidak benda ni.

Ngeh dan Nga kena cepat-cepat sangkal.

har ha ha ha said...

Biorlah Mereka-mereka semua tu TOK..kita macam tuler juge..Makan kembong dua jari 7 ringgit sekilo...Kita tengok jer Output lepas 7 May nih...

Drama Krisis Dalaman Perak masih belum habis daaaaa...Ini kerana PM kita terlalu Gopoh dan Gelojoh..Sepatutnya Dia buat perkara ini dengan cermat dan berhemat..hehehh...Jangan Tindakan gopoh beliau boleh menyebabkan Harga Ikan kembung jadi 15 Sekilo dah ler ..hehehhehehehhe

Anonymous said...

mana mana saluran pun boleh....
janji poket sendiri penuh, melimpah poket koni

dixonian
http://pepatih9.blogspo.com

WeBViDeOKLiP said...

politik2
huhuhu

Anonymous said...

x begitu jelas....hal ni kalau betul rasenya dah byk report polis yg dibuat satu m'sia...pemuda umno, pekida, Ngo2 melayu n dwn p'niagaan melayu dll lai dah berduyun 2 report. Rasenye ni lebih kpd provokasi

TBO said...

salam tok rimau

maaf tok bukan nak tuduh tok tapi bimbang kite jadi agen penyampai fitnah, walaupun N&N tu kafir sok sok kat sane dia tuntut balik bang,macam ade satu blog BPN tu menyiarkan gambar tok sami solat bersama ahli dan pimpinan Surau Nurul Iman yg mengamalkan tariqat Ismailiah yang tak kena mengena dengan PAS pun, malah mereka tu tak ngan pun dengan PAS. Yang datang ke surau Nurul Iman tempohari ialah Pak Lah dan DSAI. Tapi dalam blog BPN tu dia kutuk PAS mengamalkan ajaran sesat kerana bersolat bersama tok sami. itu yg teman bimbangkan tu tok rimau. Allahu'alam

langhafur said...

Salam Bro.. Wa nak tanya, depani bertext message atau transcript perbualan depa masa bersidang? Kalau text message Lu tengok time dia, ejaan dia, grammar dia almost perfect..ada dalam bentuk arahan, kenyatan, penerangan.. Lu ingat ini transcript ada logikke? Cuba Lu sms kat kenkawan, boleh almost perfect itu macamka?

Harimau-Menaip said...

TBO dan lanGhafur,

Rasanya ia palsu. Laknatlah buat mereka yang memulakan fitnah.