Kerajaan diminta mewujudkan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang telah dimansuhkan bagi meneruskan agenda membela kaum bumiputera dengan berkesan. { sini }
Mana perginya budak-budak UITM yang pernah berarak dahulu?
Tatkala kepentingan mereka diabaikan?
Sekarang hanya layak digalas Kementerian Luar Bandar?
Kampungan sangatkah MARA di mata kerajaan?
Mana perginya VC bermisai tebal?
Yang dahulu garang mempertahankan,
Hak budak-budak MARA,
Konon-kononnya...
Sudah-sudahlah berlakon,
Di atas pentas dunia,
Dengan skrip perkauman,
Yang mudah dimanupulasikan.
Aku anak MARA,
Rasa kecewa,
Hanya mampu berjuang,
Di hadapan komputer buruk.
Semoga orang atas mendengar dan bertindak.
Harimau: bila cakap sudah tidak serupa bikin
12 comments:
Salam Tok Rimau,
Tumpang tanya:
VC atau badut?
Misai palsu kot!!!
Salaam Takzim
Tuan Sofi,
Rasa nak tarik je misai tebal dia tu...
Dik,
Politik ni penuh muslihat dan provokasi.....
Yang aku nampak begitu......
Saya faham Bang Azlan Taib.
Tuan Harimau,
Anjing hanya menyalak dan menggigit apabila diarahkan oleh tuannya.
Tuan samudera, tertanya dibenak. Itu anjing berotak atau tiada otak?
Nak kata takde otak, masuk U pula tu.Entahlah.
Salam Semua,
Boleh tak kita cari jalan macam mana nak pressure government supaya di wujudkan semula MECD dan bukan nya mengutuk orang lain. Cuba kita belajar macam mana orang cina berpolitik, mereka akan sentiasa menang walaupun yang bertanding itu ialah UMNO, PAS, MIC atau PKR. Saya cadangkan kita lakukan pungutan suara dalam semua laman blog dan hantar memorendum kepada kerajaan dalam satu perhimpunan besar.
Bekas pelajar KPP 1988
Anonymous 2:26pm,
Saya menyokong 100%. Mungkin tidak semestinya MECD tetapi suatu Jabatan Khas di bawah JPM.
Yang penting, ia perlu perhatian khusus.
Anon boleh lanjutkan pendapat dan pandangan di blog ini dan saya akan siarkan. Kalau nak tulis panjang lebar pun okay. Saya siarkan sebagai satu posting khas.
Wassalam.
Salam lagi,
Kalau kamu semua mahu ambil tandatangan jangan lupakan Mak Cik. Mak Cik pun bekas ITM. Jadi Mak Cik pun join sekali.
Demonstrasi tak bijak, nampak macam tak ada Tamadun. Kita guna cara lain. InsyaAllah, MARA will be OK with our without any MECD.
InsyaAllah, we make sure it is will there for the Bumiputra.
Sana sini orang membuat andaian dan fitnah terhadap Dato Najib berkenaan Kabinet barunya. Macam-macam analisa yang telah dibuat.
Yang tidak henti jadi buah mulut adalah berkenaan terkeluarnya Khairy dan kemasukkan Mukhriz ke dalam Kabinet. Susulan dari itu, andaiannya adalah Kabinet ini adalah Kabinet Dr Mahathir dan kini satu gelaran telah direka memanggilnya Kabinet Mahajib.
Bukankah Kabinet perlukan pembaharuan? Sudah tentu muka, bakat, dan tenaga baru kena disuntik dalam Kabinet. Apa salahnya Mukhriz? Jawatan Menteri adalah jawatan untuk kerja dan bukan hanya jawatan berpolik dan permainan media. Resume Mukhriz jelas menunjukkan dia berupaya dan jauh lebih banyak pencapaian hidup dari Khairy.
Ada perkhabaran berkata Dr Mahathir telah datang ke Seri Cahaya pada waktu malam untuk memberi kata pengakhir kepada senarai Najib. Sebelum itu katanya Daim berada di situ dahulu dan pulang sebelum kesampaian Dr Mahathir.
Pukul berapa Dr Mahathir ke rumah Najib selepas Daim? Pastinya lewat malam. Tak akanlah Dr Mahathir pergi secara terbuka? Nanti nampak sangat.
Tak tahulah nak percaya maklumat ini.
Kalau mahu dinafikan Dr Mahathir campur tangan, bunyinya agak defensif. Orang ramai pulak sudah seronok membina cerita konspirasi baru dan mereka mahu percaya kesimpulan mudah Dr Mahathir masuk campur, cakap apa sekali pun, mereka tak percaya.
Harap-harap mereka ambil perkiraan akan kewujudan Dato Johari Baharum sebagai Timbalan Menteri Pertanian. Agak-agak Dr Mahathir berkenan ke tidak dengan Dato Jo?
Kalau setakat kebolehan, apa sangat kebolehan bekas Cikgu ini? Kemungkinan dia dikekalkan kerana kedudukkan dalam Majlis Tertinggi UMNO dan mewakil Kedah. Tak ramai ahli Parlimen dari Kedah.
Bagi mereka yang mudah lupa, Johari Baharum terlibat dengan politik wang semasa era Abdullah dan telah memberi "brown envelope" mengandungi wang untuk menafikan Dr Mahathir dari menjadi perwakilan Bahagian ke PAU pada tahun 2007.
Semasa memegang Timbalan Menteri KDN, namanya telah dikaitkan dengan satu skandal menerima wang sebanyak RM5 juta melepaskan seorang penjenayah. Walaupun penyiasatan yang dilakukan telah melepaskannya, ramai mempersoalkan.
Saya pun masih sangsi dengan kesimpulan penyiasatan kerana kawan saya pernah ditawarkan seorang pemuda India untuk bertemu dengan seorang "Menteri" di The Curve, Damansara untuk menyelesaikan sebarang masaalah dengan polis.
Kalau hanya Najib menafikan Khairy jawatan dalam Kabinet atau sebagai Timbalan Menteri, tidak cukup nak dikatakan ini Kabinet Mahathir. Betulkah tidak lojik itu?
Memang Dr Mahathir ada menyebut Khairy tidak boleh kerana dia telah didapati salah kerana politik wang. Mahukah kita seorang Menteri atau Timbalan Menteri yang sedang menyandang jawatan dihadapkan atas amalan rasuah?
Pasti Najib mengambilkira perkiraan ini.
Untuk kepentingan parti, kita tak boleh sewenang-wenang main buta-buta ikut tradisi. Adakah semasa memegang jawatan Ketua Pemuda dahulu, adakah Syed Jaafar Albar seorang Menteri? Itu terlalu lama, bagaimana pula Zahid Hamidi yang hanya jadi Pengerusi BSN semasa mengepalai Pemuda UMNO?
Selama beberapa tahun, tak habis-habis cerita mengenai Khairy mendabik dada menayang-nayang pengaruhnya dan terbabit dengan kegiatan rasuah. Saya difahami Khairy sendiri mengaku dan menjustifikasikan sebagai tidak sebanyak sipolan dan sipolan.
Saya sendiri tahu dari horses mouth mengatakan kuncu-kuncu Pemuda Khairy dan anak seorang bekas menetri yang mendapat laluan mudah untuk projek-projek Jabatan tertentu. ECM Libra itu dah banyak kali diulang.
Sehingga hari ini, polis telah menahan dan meletakkan ikat jamin RM100,000 dan RM300,000 untuk melepaskan kepada penyokong Khairy, Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim dan Limus Jury.
Katanya banyak sekali laporan terhadap Khairy di Jawatankuasa Disiplin UMNO, SPRM dan Polis. Ada satu balai tu sampai ada 15. Seorang sahabat memberitahu semalam, entah lojik ke tidak, ada satu tempat menerima hingga lebih seratus laporan.
Tak payah tunggu Dr Mahathir meleter, Najib akan gantung diri kalau pilih Khairy.
Disatu aspek, Najib memberi benefit of the doubt kepada Khairy dengan memberi tugasan kepadanya untuk menumpu menyatu dan membetulkan pergerakan Pemuda UMNO yang sudah pecah tiga.
Semasa PRK baru-baru ini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Pemuda UMNO kelihatan hambar.
Harap-harap Khairy tidak berdendam. Kalau dia sebijak yang diwar-warkan penyokongnya, ini peluang baik untuk membina pengikut yang berkekalan. Tunggulah KPI dalam 6 bulan, adalah yang kena berhenti nanti.
Khabar-khabarnya dia mengadakan perjumpaan dengan 80 Ketua Pemuda. Marah betul pengikutnya. Akhirnya Khairy keluar untuk menyejukkan keadaan. Dalam dia menyejukkan keadaan, terkeluar kata dia akan "kenakan" Mukhriz dan Khir Toyo jika dia "kena".
Asal jangan fitnah dan reka-reka bukti nak "kena" orang cukuplah. Kalau betul ada bukti dan saksi, lakukan laporan terhadap Mukhriz dan Khir Toyo. Biar proses undang-undang berjalan dan harap jangan pula ada pihak yang masuk campur menahan proses keadilan.
Masaalah rasuah yang menyebabkan rakyat tidak mahu memberi peluang kepada BN di PRK baru-baru ini, walaupun langkah-langkah Najib apabila dilantik Perdana Menteri memberi harapan baru buat Malaysia.
Untuk mendapatkan keyakinan rakyat, mereka yang terlibat dan ada bukti perlu dihadapkan ke mahkamah. Mesti ada nama-nama besar yang disabitkan rasuah. Baru rakyat akan yakin dengan keseriusan UMNO untuk tangani gejala rasuah. Tidak boleh nak sorok-sorok lagi.
Macam mana nak jawab pada rakyat bila macam-macam pengalaman dan peristiwa orang politik dan pegawaikerajaan mintak wang terang-terang? Macam mana nak jawab bilaahli politik danpegawai kerajaan hdupmewah?
Macam ramai yang sedang bercerita tiga malam lepas ada sekumpulan bekas pegawai-pegawai tinggi Jabatan Perdana Menteri telah charter kapalterbang Airasia-X untuk ke London dan menginap di hotel mewah Dorchester?
Ini sudah menimbulkan keraguan. Adakah mereka pergi ramai-ramai untuk meraikan kejayaan mereka selama 5 tahun? Kejayaan apa selama 5 tahun ini yang diraikan?
Pendikkata, siasat dan lakukan proses undang-undang. Yang salah, besar atau kecil, perlu dilihat dihukum. Itu saja caranya untuk membersihkan parti dan mendapatkan balik keyakinan.
Dalam hal rasuah, kita bukan saja perlu bersih dari rasuah tetapi kelihatan bersih dari rasuah.
Misai tebal VC tu kena kasi dandan kasi dia lebih ummm. Bahagian hujung misai yang terjuntai tu patut potong sampai kat tepi atas bahagian mulut saja dan trim baik2 - tentu tambahn hansammmm!!!
Mata besar sebelah..
salam tok rimau, ya betul la, maner pegi student2 uitm yg berdemo bg nk rak tu.. mcm nampak tebal betul melayu nyer, tp, skrg senyap lak.. sy pon ex uitm gak..
Post a Comment