Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

12.4.09

Nak Tarik Diri Dari Menganggotai Kabinet? Silakan.

MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini. {sini}

Sebelum Harimau meneruskan "penaipan", maaf dipohon sekiranya wajah baru ini mengundang rasa tidak senang pada kalian. Bukan apa, Harimau sengaja mahu mewujudkan mood baru supaya nafas blog ini lebih segar dan bermaya.

Berikutan MIC yang sedang berkira-kira mahu mengeluarkan ahlinya dari kabinet Dato' Seri Najib, Harimau tiada komen kerana itu parti mereka dan apa pun yang mahu dilakukan mereka, adalah hal dan hak mereka.

Cuma, tindakan MIC itu nanti hanya akan menambahkan kekalutan dalam BN dan kerajaan Malaysia. Yang sepatut keluar rasanya, adalah DS Samy.

Tidakkah MIC mengambil ikhtibar dari penolakan rakyat terhadap Samy di Sungai Siput? Atau MIC sengaja memekakkan telinga dan ingin mencipta isu bersifat perkauman bagi meraih sokongan masyarakat India? Bila pula kaum India dilayan sebagai rakyat kelas dua?

Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.

Citt! Hangpa suruh Samy repair MRR2 tu dulu lah. Nak jadi Menteri jaga projek konon. Harap-harap DS Najib bagi je wakil MIC jaga Kementerian Dalam Negeri. Suruh diorang jaga penjenayah-penjenayah kaum India ala-ala Sivaji The Boss yang berlambak kat Malaysia ni. Biar dia rasa.

9 comments:

anak muda said...

jgn hnya tau meminta..
mmg kerajaan BN tp klu da byk kerusi MIC yg kalah kne la pandai mmbuat perkiraan..
samy sudah tidak relevan pada negara mahupn parti nye sndri..

PARPUKARI said...

SAMY NI DAH LUPA DIRI BRO!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/skandal-pas-judi-dan-arak-truth.html

luah fikiran said...

Tak "perform" dalam pilihanraya (yang besar dan yang kecil), macam mana orang nak beri. Kalau saya dalam bakul mereka, malu nak minta. MIC ada masalah dalaman.Yang memimpinnya dah banyak berjasa (kerana banyak lama). Negara ini memerlukan parti kaum India yang kuat untuk mewakili mereka. Bila ada sebuah parti kaum India yang berkesan, tak ada lah cerita wujud pertubuhan haram atau demontrasi.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Tok Rimau

Wajah baru ok.

Hal posting, saya ternampak 'ular'.

Salaam Takzim

Harimau-Menaip said...

Tuan Sofi,

Saya rasa, ular itu tidak patut dibunuh...kerana ular itu kurang bahaya dari yang satu lagi...

Faham-faham je lah Tuan.

Beyta said...

Samy ni tak sedar diri ke? betol lah kate orang... bila dah berkuasa, manusia sentiasa memandang rendah orang bawahan... itu lah yang aku nampak dalam diri samy belu... letak jawatan lah samy... jaga cucu you... cukup2 isu MRR2 you tu... tak yah nak timbul kan isu laen lagi.. Jgn nak tambah racun kepada BN... BN sudah cukup buruk dimata kebanyakan rakyat sekarang...

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Wajah baru blog ini, tak apa tapi kenapa gambar Tok Rimau tu kecil sangat??

Nama pun bila Tok Rimau Menaip, mestilah pamerkan Tok Rimau Header. Suggestion saja.

Mat Jan said...

Klu depa tak nak tak per... Kata PM nak guna KPI.. guna sekali kat PR... klu KPI ahli Parlimen PR, archived.... lantik sama.. sama2 kita bangunkan negara kita..

Anonymous said...

Setuju..Samy dh tak relevan lagi dgn mic..tp kalau nak keluar kabinet, keluar lar..banyak songel sangat! tidak ada siapa yang akan susah hati jika keluar. yang susah hati cuma menteri dan timbalan menteri tu yang surru dh miss. Takkanlah cukup dgn elaun wakil rakyat jer, hutang dh keliling pinggang. Sendiri juga rugi! Sebenarnya si Samy ni yang berangan nk jadi menteri. Dia mungkin beranggapan, kenapa tsu koon dilantik sedangkan dia tidak -dia dan tsu koon sama juga, ketua parti masing2. Sebenarnya dia dh terlupa dia dh expired dan tak diperlukan lagi sedangkan tsu koon masih muda dan bertenaga.

Sorry lar brother samy, lu punya post kasi sama lain orang lar..

Mata besar sebelah.