Walaupun PPSMI dan penolakan rakyat Perak terhadap kerajaan baru BN juga menjadi salah satu faktor, ia tidak sekuat pada kekecewaan orang bawah terhadap kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda.
Tidak dinafikan, orang yang karat UMNO akan menempelak Harimau kerana menentang kepimpinan Pemuda. Harimau juga ingin ingatkan, apa beza pula orang karat UMNO dengan:
- Karat Al-Arqam yang marah apabila Ashaari Muhammad di kritik.
- Karat PKR apabila DSAI dicemuh.
- Karat PAS apabila pandangan Tuan Guru Nik Aziz dihentam.
Ada juga menyuruh Harimau membuang label "Neutral" kerana asyik bercerita tentang UMNO dan BN. Suka diingatkan, kerajaan mutakhir adalah kerajaan BN. Maka, kurang lazat sekiranya cerita-cerita parti bukan kerajaan di sarat-baratkan di dalam blog ini. Kerana apa? Kerana parti bukan kerajaan bukanlah pembuat dasar/keputusan. Pada hemat Harimau, kesilapan terbanyak kerajaan mutakhir adalah dalam bentuk pelaksanaan dan orang-orang yang salah menjaga tempat yang salah. Umpama menyuruh Harimau menari Makyong; kaku lagi mengkakukan. Orang Melayu lama selalu berkata, "tak salah orang tak kata". Percayalah, blog ini tetap neutral (tanpa kompromi).
MAHATHIR
Kini orang tertanya-tanya teori apa pula yang akan wujud bagi meramalkan bakal-bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini.Saya melihat teori "AHMAD" mungkin akan diguna pakai sebagai rujukan seterusnya bagi mengetahui bakal Perdana Menteri Malaysia. { sini }
Pada Harimau, bukan AHMAD yang akan menyambung teori RAHMAN. Teori yang bakal wujud adalah teori MAHATHIR. Siapa M? Mungkin Muhyiddin atau Mukhriz atau sesiapa dari dalam Pakatan Rakyat. A pula mungkin Ahmad Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim atau orang lain. H pula mungkin Hishamuddin atau Hadi Awang. Yang paling penting, huruf K tiada dalam kedua-dua teori tersebut; samada teori AHMAD atau teori MAHATHIR. Bermakna KJ tiada peluang menjadi PM.
Itu sudah cukup melegakan orang bawahan (buat masa sekarang).
Akhir qalam, janganlah kita dibodohkan dengan kenyataan bahawa keputusan PRK adalah status-quo kerana PKR bukanlah pemilik kerusi Bukit Selambau. Hairan juga apabila kekalahan dinobatkan semacam sudah seri. Pelik Harimau semakin bertambah apabila Samy Vellu menunjuk handal apabila berbicara dan menghuraikan analisa beliau tentang kekalahan MIC. Handal sangat ke beliau di PRU 12?
19 comments:
harimau
apa ke benda kekalahan bukit gantang dan selambau dikaitkan dgn KJ ???
jangan jadikan dia kambing hitam ..dia bukan seperti di Prmtg Pauh dan KT dahulu .ada ka KJ arrogant ketika ceramah ???
faktor yang kalah aku rasa Dr M turun berkempen ..angin2 perubahan sebelum Dr M dtg berkempen telah meningkat mahu BN ,tetapi media arus perdana siarkan live lagi kempen cara lama ala Dr M jelas belum mampu lagi menarik sokongan bukan melayu untuk undi BN
sebab Dr M ni cakap banyak kerana dia lebih bijak dr org lain tetapi ternyata suara dia sudah tidak laku lagi kepada pengundi muda..
maybe org2 tua lebih suka dgnar cerita 50 tahun dahulu BN byk berjasa tetapi org muda nak dgar ke ??
Siapa yang banyak memburuk-burukkan pemimpin Umno yang menjadi tulang belakang BN secara terbuka? Siapa yang menuduh Umno banyak rasuah dan membuat kenyataan secara terbuka supaya diketahui oleh rakyat? Siapa yang banyak mendedahkan keburukan orang Umno sedangkan beliau pernah memimpin Umno?
inilah hasilnya ..Jadi, yang menyebabkan BN kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau sekarang ialah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Assalamualaikum anakku Harimau,
Apa khabar? Exam dah habis ke?
Sekarang giliran Mak Cik pula, dua assignments. One on the way. The other one not yet! 20 pages.
Pray for me.
Waalaikumussalam Ibu,
3 assignments dah dapat result. A. Esok saya ada exam Microeconomics. Dan, saya senantiasa doakan makcik. Semoga semua dari kita beroleh kejayaan. Amin.
Pejuang Bangsa,
Mungkin Tun M tapi beliau adalah Mantan PM. Sudah lama membimbing UMNO dan prestasi paling hebat adalah ketika era beliau.
KJ ni dari mana datngnya? tiba-tiba je?
PRK di Sanggang, Pahang merupakan yang terakhir saya pergi. Kedewasaan, mengajar saya bahawa:-
1. Isu tempatan melebihi nasional (meskipun ada, tidak mempengaruhi sangat)
2. Kita yg dari luar jgnlah nak sebok-sebok sgt hal tempatan
3. Keselesaan masyarakat tersebut jadi tergugugat i.e traffic jam, warong penuh, masjid sesak, nak pergi mengundisusah dll.
4. Hormat pd pengundi bahawa sesungguhnya mereka lebih faham tentang masalah mereka dan siapakah saya utk mengajar mereka?
Pemimpin borek ahli-ahlinya rintik.
Tok Ghimau...sok microeconomic? Selamat berjuang...den dah lamo lopeh microeconomic...
Salam Tok Rimau.
Saya doakan ToK Rimau berjaya di dalam exam dan kerjaya.
Saya bersetuju dengan pandangan Pejuang Bangsa. Mahthir adalah salah satu punca kekalahan BN kerana rakyat tetap ingat apa yang berlaku selama 22 tahun Malaysia di bawah Mahathir tetapi malangnya Mahathir sendiri lupa, orang-orang UMNO juga sudah lupa.
Faktor Khairy bukanya satu faktor yang besar tetapi faktor yang lebih besar ialah faktor Dr. Zambery dan Zahid Hamidi sendiri yang gagal memahami hati nurani pengundi di situ.
salam..
bagi saya bukan salah KJ atau Tun M.. Kedua-duanya tak bersalah.. yg salahnya org memang dah tak suka UMNO dan BN..nak buat cam mana..
hehehe
Salam Bang !
Betul tu bang, ada lagi sekor bang ! zahid
salam
pukul berapa datuk harimau
pukul 11
pukul berapa datuk harimau
pukul 12
auuuuumm
itu lah mainan zaman kanak-kanak dulu.Apa pun syabas Harimau menaip kerana kekal Neutral. Laman tok rimau memang tersenarai dalam bloglist saya
Salam Harimau,
"Ramai yang menghentam Harimau samada melalui komen-komen atau email setelah nama KJ dikaitkan dengan punca utama kekalahan BN di 2 Bukit tanpa puting"
Itulah tandanya golongan muda yang ramai di alam maya ini dan juga diluar sana menyokong KJ.
Orang yang menyalahkan serba serbi kepada KJ sebenarnya sedang bermimpi dan tidak berpijak dibumi yang nyata.
Peralihan kuasa telah berlaku, TS Muhyiddin yang menjadi pengarah PRK Bukit Gantang, Tun M pun turut sama berkempen, tetapi bila kalah, KJ yang dipersalah.
Apa ni? rasionallah sikit.
Selain daripada itu, Pada pandangan saya, sekiranya DS Najib mengenepikan KJ dari barisan kabinetnya bermakna UMNO terus menolak generasi muda dan akan mewujudkan persepsi bahawa UMNO akan terus meminggirkan generasi muda daripada terlibat secara aktif di dalam UMNO.
T kasih.
KJ org ghombau,,,,!!!!!!!!!! ha ha ha ha ha,,,,,,,,,,,
Puan Roshatika,
Amboi...ramai tu adalah lebih dari 2 orang. Takkan 3 orang hentam saya maknanya ramai sokong KJ? Yang sokong KJ hanya 304 + 2 orang. Yang 2 orang tu rasanya Tun Abdullah dan Puan Roshatika...hehehe
Des,
Den dulu amik Electrical Engineering...sekarang ni baru amik Management. Nak isi maso lapang. Den nak jadi calon PM sobolum umur 40 tahun...hehehe..
Tuan Mountdweller,
Saja saya nak bidas KJ. Kalau nak bidas Zambery pun tak de hasil. Lagi 4 tahun, bungkuslah tu. Bagilah dia chance rasa MB.
Singamaraja,
Zahid bukan seekor...tapi seorang.
Yang lain, terima kasih atas komentar. Kalau ada lagi, sila tulis lagi..:)
walau banyak teori kita perbahaskan yang ultimate cuma satu rakyat tak nampak kesungguhan BN membersihkan diri.
UMNO .... banyak sangat lagi kaki rasuah yang telah didapati bersalah diangkat semula menjadi pemimpin.
MCA.... ada yang rosak akhlak pun masih kuat berjuang dan memegang tampuk hebat parti....
MIC... walau sebanyak mana muntah dan muak kaum india yang rambut palsu ni masih nak memimpin konon dan tak cukup dengan tu nak mintak jawatan lagi ...
banyak lagi lah.... walaupun tak boleh deliver dan kurang menyakinkan rakyat masih lagi nak menyebuk.
kj tu adalah masalah dalam umno ... yang tun dituduh menjahanamkan UMNO ni kurang bijak sikit lah kaum yang mengomen .... biaq pilah kerana apa yang dia cakap tu banyak jugak kebenaran nya ....
lain lain hal bawak bawak le pikir sendiri.
kesian petugas petugas UMNO di semua tempat pemilihan...
terima kasih dari kaum menyokong umno secara diam ....
Najib harus sedar bahawa era ini adalah era bukan di zaman mahathir lagi. Apa yang rakyat faham sekarang seolah-olah Mahathir walaupun menolak menjadi penasihat kepada parti dan kerajaan, tidak bererti Mahathir tidak campur tangan dalam urusan Najib.
Permulaan era Najib ini tidak menggambarkan sesuatu yang baik apabila Mahathir dilihat akan menjadi ‘penasihat peribadi’ kepada Najib. Lebih-lebih lagi desas desus sudah bermula yang Mahathir begitu benci dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mempengaruhi Najib supaya Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan dilantik apa-apa jawatan dalam kabinet nanti.
Malah Mahathir akan mencari jalan supaya Khairy akan dinyahkan dari arena politik UMNO. Sekiranya ini berlaku, ternyatalah bahawa Najib bukan dirinya sendiri dan sedang membentuk satu identiti orang lain dalam mencatur kerajaan Malaysia serta akan menjurus kepada kehancuran UMNO.
Mahathir usahlah lagi sibuk mahu menjadi pencatur UMNO kerana Najib bukan lagi budak-budak. Beliau sudah cukup matang untuk mencatur UMNO dan negara dengan caranya yang mempunyai bibit-bibit kepimpinan arwah ayahnya Tun Abdul Razak.
Dalam menghadapi masa depan UMNO, hanya barisan yang telah terpilih dalam pemilihan UMNO baru-baru ini sahaja berhak bergabung tenaga mencari jalan bagaimana UMNO harus mengatur langkah sebelum ianya terus tengelam.
Tak sangka pulak kat Malaysia ni ade lagi makhluk yang menyokong pentadbiran songsang "KJ Rasuah"... Mungkin "Pejuang Bangsa" ni amat taksub kepada pentadbiran era baru KJ ye... Ketahuilah.. Saya sebagai warga muda amat menolak KJ berada di dalam rantaian pentadbiran UMNO... Jgn kata saya muda saya tidak bersuara... Barisan saya ini lah yang akan menentukan siapa KJ Rasuah di masa depan.. Pejuang Bangsa boleh membuat bancian berapa ramai warga muda hari ini yang menerima KJ Rasuah? Saya sebagai warga muda amat kesal kerana perhimpunan agung UMNO tempoh hari telah dirogol oleh KJ Rasuah.. Bukan ker KJ Rasuah telah didapati bersalah kerana politik wang???? Kenapa KJ Rasuah masih boleh bertanding???? Kami warga muda tidak sebodoh itu...
Jelas bahawa BN sesuai dieja "Be End" seandainya suara orang bawahan dan suara muda tidak diendahkan...
Pejuang Bangsa, Tun Mahathir lebih arif tentang Umno dari tuan hamba saya rasa... Tuan Hamba pernah memimpin Umno sehebat Tun Mahathir?? Siapa yang merusakkan reputasi Pak Lah? Fikirkan... Kenapa semasa pentadbiran Tun Mahathir, anak beliau tidak rancak berpolitik mahupun bertanding? Kerana beliau tidak mahu menjadi seperti Pak Lah... kerana KJ Rasuah reputasi Pak Lah merudum.. Tun Mahathir tidak pernah mengelar pentadbiran Pak Lah sehingga KJ Rasuah masuk berpolitik seolah-olah KJ Rasuah penasihat terpenting dalam UMNO...
Perhimpunan Umno lalu yang masih terbogel akibat dirogol KJ Rasuah tanpa apa-apa jawapan kenapa KJ Rasuah boleh bertanding sedangkan Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding... Sesuatu yang amat memualka.. Jgn salahkan golongan muda jika kami menolak UMNO kerana KJ Rasuah... Tidak kira apa pendapat Pejuang Bangsa diatas kekalahan BN di dua bukit... Kami warga muda tetap menolak KJ secara totalis...
Saya dan warga muda akan terus menolak BN selagi KJ Rasuah berada didalam Majlis Tertinggi Umno..
KJ layak jadi menteri.
http://permaidanidunia.blogspot.com/
Tuan, saya tidak setuju bahawa punca kekalahan disebabkan KJ. Dan Mahathir juga bukan punca kekalahan.
PRK kali ini jentera BN lebih mantap dan membawa satu suara krn bn telah kukuh semula. Puncanya harus diselidik dari semua faktor. Saya berpendapat tidak elok kalau semua pihak menunding jari menyalahkan sesiapa.
Apapun 2 kawasan tu memang kwsn pembangkang...no wonder bn kalah.
Har har har har ..
Salam Tok Rimau..
Apa susah...macam aku cakap dulu...
Sebahagian rakyat dah maju (Yang tak maju akan pupus)..jadi Pemimpin perlu progresif..bukan dok kat takuk lama..kena berfikir macam Pemimpin Negara Maju..
Sekarang ini..kita lihat pemimpin PR lebih Berkarisma (Lihat pemimpin mereka selain dari Anwar)dari Pemimpin BN..Jadi DS Najib perlu meletakan Menteri yang ada Momentum supaya Rakyat kepercayaan Rakyat meningkat...
Anyhow, saya tak suka DS Najib sebab beliau yang menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa Membayar Lebih Untuk Mendapatkan segulung Ijazah..dan memperkenalkan PTPN..
Apapun Moga dia berjaya ..hehehhe
Post a Comment