Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

27.2.09

Kita Bodoh Jika Menjadi Makmum si Dia.

Mungkin penulisan ini sedikit tajam dan menyentap tetapi kebenaran itu sememangnya pedih. Jika kita tidak sanggup menerima kenyataan ini maka lupakan sahaja falsafah politik yang kalian perjuangkan.

Anda Melayu BODOH jika menentang hak istimewa orang Melayu. Harimau faham jika penentangan itu dari bukan Melayu tetapi muflis idea jika ia datang dari bangsa Melayu sendiri.

Anda Rakyat BODOH jika menyokong pemimpin yang pernah terlibat dalam politik wang/ rasuah. Ia umpama memilih Imam solat jemaah dari kalangan perompak dan pencuri.

Anda Muslim yang BODOH jika tidak kisah dengan impak penggunaan perkataan Allah oleh penerbitan/penulisan bukan Islam. Adakah Jesus itu nanti ditafsirkan sebagai anak Allah?

Anda manusia BODOH jika menjadi makmum Imam Karpal yang melabelkan orang/entiti lain sebagai celaka. Kalau itulah teladan yang kalian ikut, maka Harimau tidak akan lupa melangkah mayat kalian jika Negara Islam "tulen' berjaya ditubuhkan nanti.

Mungkin ada yang mahu berdebat mengenai isu "Celaka" ini, Harimau nasihatkan supaya lupakan sahaja. Kenapa? Kerana ia hanya akan membuatkan seteru Islam itu tertawa.

Harimau bukan menyebelahi Pemuda UMNO tetapi tidak senang dengan penerajangan bertalu-talu dari Peguam hebat (kononnya) itu. Dan, hari ini Harimau HARAMKAN:
  • mata ini menangis jika ajal menjemput beliau.
  • mulut ini tersenyum jika beliau berjaya dalam apa jua perkara.
  • hati ini gembira bila nama beliau disebut dan dihormati.

Namun, perbezaan pendapat itu sebenarnya tetap suatu rahmat. Maka, ia dialu-alukan tetapi tidak semestinya dipersetujui dan diterima-pakai.

Buat penyokong Pakatan Rakyat yang dihormati,

Walaupun DAP itu salah satu entiti didalam Pakatan Rakyat, tidak semestinya semua mengenai DAP adalah jatuh wajib disokong dan diperjuangkan. Jika tidak, apa bezanya kalian dengan sifat penyokong tegar UMNO yang kalian benci itu?

Buat Pemuda UMNO yang dihormati,

Tiadakah kaedah lain selain dari bertindak agresif? Sudah cukupkah ilmu didada untuk mengharungi satu lagi peristiwa 13 Mei? Kenapa mengabaikan akal dan fikiran dalam menangani krisis?Oh ya, manusia mana yang tidak marah jika dilabel sebagai celaka?

Harimau: di sana bangsa aku, disini pun bangsa aku. Batu api dia saja yang bukan sebangsa dengan aku. Fikirkanlah.

10 comments:

blogresipi.com said...

Harimau,

Sebab itulah orang Melayu kena fikirkan dengan mendalam lontaran idea Tuan Guru Haji Hadi dalam wawancara bersama Malaysian Insider.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/19272-pas-calls-for-a-unity-government

Hanya perpaduan antara umat Melayu sahaja yang dapat mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi negara.

Unknown said...

Salam Tok Rimau,

Saya menyokong dan amat bersetuju dengan pandangan saudara.

Berkenaan corak pemikiran Bangsa Melayu, saya yang juga Melayu ini pun kadang-kadang tu naik bengang juga. Satu perkataan yang saya berpadan ialah "Melulu dan Melampau". Sayang kadang-kadang tidak bertempat sehingga menjadi taksub. Benci kadang-kadang tidak bersebab sehingga menaci maki semata-mata tidak sealiran dengan kita.

Marah melulu, benci melulu, sayang melulu, tamak melampau, sokong melampau (tanpa tapisan buruk/baik) percaya melapau terutama yang nampak baik dengan kita (niat belakang kira), tindakan melampau dan banyak lagilah perkara negatif yang berkait dengan dua perkataan diatas.

Kita cintakan Islam tetapi juga sayangkan bangsa. Rasulallah juga sayangkan bangsa walau pun Islam adalah utama. Cotohnya ada hadis yang bermaksud "Kalau kamu mencaci/mencerca bangsaku (Arab) bermakna kamu mencerca aku". Ini bermakna Islam kena utama tetapi bukannya membuang bangsa. Bangsa, negara dan budaya memang tidak boleh dipisahkan.

radens albanjari said...

salam tok harimau,
wak curi juga masa untuk lontar komen wak di blog tuan ni. Karpal ?? siapa karpal? kalau tak silap wak Karpal tu bukan ker nama jamban baru kat parlimen? Campak ajer taik kat pintu jamban tu ! Lagi nak tunggu ? Walaupun wak ni penyokong PR yang nampak nyata,namun soal si jamban ni, wak tak ada toleransi ! Titik.

Takbir !!
Sori tuan,wak emo sikit..wakakaka !!

melayuangkat said...

Salam anaku,

Sokong idea ikhlas kamu.

Mereka menang, mereka boleh gunakan perkataan "Allah".

Kita masih bertelagah sesama sendiri. Yang di atas sana SEMUA sedang kemaruk kuasa, yang bawah bawah sokong saja. Sibuk, sampai tak terasa, orang panggil bangsa kita celaka.

Hanya kita kita, kamu dan masih yang prihatin tolong ingatkan supaya bangsa kita berpijak di bumi nyata.

Ajarlah, tanamkan, peliharakan, sentiasa pupukkan Akidah yang betul supaya lahir Iman yang kukuh anak anak muda generasi kita supaya tidak keliru, terpesong dan mudah tergoda dengan sekian cabaran yang mereka bakal hadapi.

WaAllahuAlam.

Anonymous said...

Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU. Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU. Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing. Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU. Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik. MELAYU mesti tetap membela MELAYU. MELAYU sendiri mengagungkan SINGH kenapa?

fital said...

Harimau

betul .. betul.. betul

Pemuda Marah sebab dia darah muda. Orang muda, darah memang cepat mendidih, apalagi kalau dipanggil celaka.Saya ni golongan veteran marah juga tapi terkawal. Celaka ni hanya orang Melaka sahaja yang boleh terima itu pun sesama member. Orang Melaka bila jumpa kawan-kawan dia akan cakap " hei celaka, hawau kau mana kau pergi, aku ingat kau dah mampus". ha tu dia budaya orang Melaka. Mereka tak marah sebaliknya mesra.Harimau jangan terkejut pulak kalau ada kawan dari Melaka kata macam tu pada Harimau.

Berbalik kepada Karpal Singh tadi ungkapan celaka pada pemuda Umno memang biadap kerana ungkapan Karpal tersebut bukannya budaya seperti orang Melaka yang saya katakan tadi.

Tindakan Pemuda Umno terhadap Karpal yang celupar tadai saya rasa memang patut kerana sesekali mesti ada orang Melayu yang berani mengajar Karpal tersebut.

USD said...

Salam Tuan, kita kena pjuangkan yg ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Tai said...

Jangan ikut darah muda. nanti tak ketahuan hala.

Kelebar Malam said...

Inyaallah, perjuangan memartabatkan bangsa melayu merdeka tidak akan berakhir walaupun ditikam dari belakang oleh melayu jahanam.
insyaallah, perjuangan melayu muslim tidak akan berakhir walaupun nama Allah dipersendakan ,
Insyaalah, akan ku hapuskan semua penderhaka bangsa dan agama dengan menidakkan mereka semasa pilihanraya..

Unknown said...

tok ghimau...

nie kali ketiga dalam bbrp jam nie sy komen dlm blog tuan...harap tuan x muak jer dgn sy...lol...

anyway, nak kongsi pandangan jer dgn tuan; di Indonesia, presiden n timbalan presiden mrk adalah pemegang ijazah kedoktoran dan Ahmedinejad, iaitu presiden negara Islam Iran adalah juga seorang profesor; saya rasakan Malaysia juga perlu kpd sorang pemimpin yg tahap kelayakan yg bukan sekadar Diploma atau Ijazah biasa2 jer...

saya punye pandangan:

1. Timbalan Menteri: sekurang2nye Sarjana dalam bidang berkaitan
2. Menteri Penuh: sekurang2nye Ijazah Kedoktoran
3. TPM: sekurang2nye pemegang Ijazah Kedoktoran yg telah terlibat dgn kerja2 sosial
4. PM: sekurang2nya pemegang Ijazah Kedoktoran yg telah menulis buku mengenai permasalahan sosial yg kontemporari...

itu gambaran saya utk Malaysia betul2 maju kehadapan...