Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

27.2.09

Kita Bodoh Jika Menjadi Makmum si Dia.

Mungkin penulisan ini sedikit tajam dan menyentap tetapi kebenaran itu sememangnya pedih. Jika kita tidak sanggup menerima kenyataan ini maka lupakan sahaja falsafah politik yang kalian perjuangkan.

Anda Melayu BODOH jika menentang hak istimewa orang Melayu. Harimau faham jika penentangan itu dari bukan Melayu tetapi muflis idea jika ia datang dari bangsa Melayu sendiri.

Anda Rakyat BODOH jika menyokong pemimpin yang pernah terlibat dalam politik wang/ rasuah. Ia umpama memilih Imam solat jemaah dari kalangan perompak dan pencuri.

Anda Muslim yang BODOH jika tidak kisah dengan impak penggunaan perkataan Allah oleh penerbitan/penulisan bukan Islam. Adakah Jesus itu nanti ditafsirkan sebagai anak Allah?

Anda manusia BODOH jika menjadi makmum Imam Karpal yang melabelkan orang/entiti lain sebagai celaka. Kalau itulah teladan yang kalian ikut, maka Harimau tidak akan lupa melangkah mayat kalian jika Negara Islam "tulen' berjaya ditubuhkan nanti.

Mungkin ada yang mahu berdebat mengenai isu "Celaka" ini, Harimau nasihatkan supaya lupakan sahaja. Kenapa? Kerana ia hanya akan membuatkan seteru Islam itu tertawa.

Harimau bukan menyebelahi Pemuda UMNO tetapi tidak senang dengan penerajangan bertalu-talu dari Peguam hebat (kononnya) itu. Dan, hari ini Harimau HARAMKAN:
  • mata ini menangis jika ajal menjemput beliau.
  • mulut ini tersenyum jika beliau berjaya dalam apa jua perkara.
  • hati ini gembira bila nama beliau disebut dan dihormati.

Namun, perbezaan pendapat itu sebenarnya tetap suatu rahmat. Maka, ia dialu-alukan tetapi tidak semestinya dipersetujui dan diterima-pakai.

Buat penyokong Pakatan Rakyat yang dihormati,

Walaupun DAP itu salah satu entiti didalam Pakatan Rakyat, tidak semestinya semua mengenai DAP adalah jatuh wajib disokong dan diperjuangkan. Jika tidak, apa bezanya kalian dengan sifat penyokong tegar UMNO yang kalian benci itu?

Buat Pemuda UMNO yang dihormati,

Tiadakah kaedah lain selain dari bertindak agresif? Sudah cukupkah ilmu didada untuk mengharungi satu lagi peristiwa 13 Mei? Kenapa mengabaikan akal dan fikiran dalam menangani krisis?Oh ya, manusia mana yang tidak marah jika dilabel sebagai celaka?

Harimau: di sana bangsa aku, disini pun bangsa aku. Batu api dia saja yang bukan sebangsa dengan aku. Fikirkanlah.

Itu Banggali adalah King yang Palsu. King sebenarnya adalah...

Ceh. King konon. Kau ingat Harimau tak kenal siapa king yang betul? Klik SINI dan kalian tahulah jawapannya nanti.

Harimau ada juga terima sms dari teman yang mengatakan bahawa Pemuda UMNO bodoh sebab tak tahu, maksud "Singh" dalam bahasa Punjabi adalah "King".

Tertanya juga benak Harimau, tang PPSMI kita mahu dalam bahasa Melayu tapi tang yang ini buat hapa pula nak peduli dengan bahasa Punjabi? Lupa pula nak suruh member tu check maksud perkataan "Celaka" dalam bahasa Punjabi. Entah-entah maksud dia "Karpal" kot? Manalah kita tahu kan.

Akhir qalam, dah tahu siapa King yang original?

Harimau: teringat kat musuh lama...anak Ajaib Singh.

Gambar Pertunjukan Sarkas Di Parlimen

Harimau pernah tulis yang negara ini adalah Malaysia dan Singh bukan Rajanya tetapi macam biasalah; perkara terbalik yang berlaku bila si minoriti sudah tidak faham bahasa. Apabila melihat gambar-gambar yang dikatakan sebagai "serangan" Pemuda UMNO terhadap Karpal Singh, nak tergelak pun ada.


Adegan Kelakar Dalam Gambar

Yang Amoi tu nak tunjuk hebat tu apasal? Macam kuat bebenor. Tak sabar pulak nak tunggu gambar kenangan edisi bogel Ahmoi ni. Ada ka?

Balaci Karpal yang tolak wheelchair tu. Apasal sampai terjelir lidah tu? Dah macam anjing pulak Harimau tengok. Kalau dia tulis blog, mesti bertajuk "Bila Anjing Sudah Menaip" kot?

Muka Gobind Singh ni pun kelakau juga. Dia tahu orang akan tahan dia, sebab tu dia berani. Cuba yang keliling dia tu tak block dia, Harimau ingat, lagi panjang lidah dia keluar. Pemuda Pelapis dah ajak berembat tu. Dia (Gobind) nak sahut ke agaknya?

Last sekali, mestilah tentang hero gambar ni iaitu Karpal. Dia dahlah OKU, mulut takde insurans lepas tu nak Tuan Speaker bagi jaminan keselamatan. Dapat 2 peluru pun nak kecoh satu Malaysia. Bukannya peluru tu tembus masuk kepala pun...dalam sampul je tu. Tengok muka dia dalam gambar ni, dah macam cencorot dah Harimau tengok.

Akhir sekali, buat Pemuda UMNO, kenapa pergi ragging orang tak ajak den?

26.2.09

Penulisan Paling Celaka Dalam Sejarah Kecelakaan

Maka, celakalah buat mereka yang mencelakakan orang lain. Kecelakaan bukan boleh dibuat main. Sekali celaka badan, seumur hidup merasa kesannya. Bolehkah kita meletakkan lebel "Celaka" kepada sesiapa? Boleh, jika kita memang mempunyai bukti bahawa si polan yang di celakakan memang betul-betul celaka.

Masalahnya, orang tengok dan rasa, individu yang mencelakakan orang lain adalah lebih celaka dari segala celaka. Adakah Malaysia ditimpa kecelakaan dengan mempunyai keturunan-keturunan celaka itu? Kalau ya, memang sah lah kita tertimpa celaka secara beramai-ramai.

Celaka betul!

Pantun yang dirasa cukup celaka yang pernah singgah ditelinga Harimau yang tidak celaka langsung ini ialah:

" Celaka Celanat, Karpal Singh Tak Bersunat?".

Celaka betul pantun tu (macam orangnya?)

22.2.09

Editor Sinar Harian Pencuri? Janganlah Macam Tu

Sedang perut Harimau sakit dan macam biasa, ketika sedang membaca Sinar Harian di jamban, terpandang satu penulisan yang macam familiar sahaja di mata Harimau. Kompom! Penulisan Harimau dicuri dan digunakan konon-kononnya tulisan Editor Edisi Utara. Bukan tidak boleh mengambil tulisan sesiapa, tetapi sekurang-kurangnya sebutlah sumbernya. Janganlah kredibiliti berita-berita di Sinar Harian jatuh merudum dan hilang kehormatannya. Bukan diperkosa sesiapa tetapi dirobek rakus oleh Editornya sendiri.

Cuba bandingkan penerbitan Sinar Harian Edisi NS/Melaka, (mukasurat N6, Nasional @ Sinar tarikh 22hb Februari 2009) dengan penulisan-penulisan Harimau Menaip.

Tulisan Harimau Menaip : Jika Melayu berterusan memilih dan mengangkat pemimpin korup (atau bekas pengkorup), percayalah bahawa walau dirangka seribu pelan sebaik dan sehebat DEB, pasti Melayu tetap miskin dan tidak mampu menggapai dan menikmati kekayaan (secara total) di negara sendiri.
Tiada pilihan ataupun ultimatum; kita wajib berani jika mahu parti anutan kita relevan dalam peta politik Malaysia. ( sini )




Tulisan Harimau Menaip : Ianya benar dan ia adalah antara asbab mengapa Pemuda UMNO diremehkan oleh golongan Muda yang "berakal". Rasanya, yang ramai di cawangan-cawangan UMNO adalah yang tidak berakal. Sekiranya ada kelapangan, Tuan/Puan boleh ambil masa sejenak untuk bertanya apa itu perjuangan UMNO khususnya kepada pemuda-pemuda di cawangan, pasti terkebil-kebil mata budak-budak muda yang hadir di mesyuarat cawangan kerana kehadiran mereka rata-ratanya dek kerana sogokan dan "duit teh" Ketua Cawangan . { sini }

Tulisan Harimau Menaip 1 : Kedengaran agak bagus walaupun hasilnya belum tentu. { sini }
Tulisan Harimau Menaip 2 : Antara pengakuan dan pendapat paling hebat pernah diucapkan oleh pemimpin UMNO adalah yang keluar dari mulut "suci & cute" Khir Toyo iaitu:
" Pemuda UMNO membawa suara kerajaan dan Pemuda Pakatan Rakyat membawa suara rakyat". { sini }



Tulisan Harimau Menaip : Jika di Indonesia, khabarnya pemilihan pemimpin akan berpaksikan kepada ajaran agama Islam dan pemimpin wajib pandai mengaji Al-Quran. Kedengaran agak bagus walaupun hasilnya belum tentu. { sini }
Harimau: mungkin beliau pun pembaca blog Harimau tetapi nyatakanlah sumbernya dipetik dari mana. Apapun, tiada dendam antara kita.

21.2.09

Go Go SPRM

Kita mantapkan Sokongan kepada SPRM! Itupun jika mereka menggunakan masa di hujung minggu ini untuk merubah diri dan menyiasat dengan adil dan telus. Takkan jika SPRM adil, masih ada rakyat yang memberontak dan mengatakan SPRM tidak adil?

Ketua SPRM yang bermuka panjang perlulah juga berakal panjang. Jika akal pendek, sia-sia sahaja Allah mengurniakan bentuk muka panjang itu dengan keupayaan dan kapasiti otak yang MUNGKIN lebih dari orang biasa.

Dengar cerita, kerajaan Sabah dah beli Volvo 2.5 sebagai ganti Perdana V6? Jika benar, Harimau suka untuk mengulang kata-kata Datuk A. Kadir Jasin di mana pernah mengendos mana-mana kerajaan Negeri yang tidak menggunakan produk Proton sebagai kereta rasmi layak diklasifikasikan sebagai pengkhianat (lebih kurang begitulah).

Kalau pembelian Camry di Selangor budak-budak SPRM siasat, jangan lupa dengan pembelian Volvo di Sabah. Itupun kalau mahu persepsi bagus dari khalayak.

20.2.09

Lu ke yang bayar fitrah kepala dia tu?

if you ask me again, I smash your head { sini }


Tian Chua, lu apahal nak smash kepala orang? Lu ingat lu yang bayar fitrah kepala dia tu ke? Jangan nak tunjuk gangster sangat bro.

Cakap siang, lu kena pandang-pandang. Jangan sedap gigi lu aje. Dulu, bukan lu ke yang nak kebebasan media? Kalau lu tak suka sekali pun, gunalah ayat yang elok sikit. Lu dah lupa diri ke? Kalau lu lupa, senang gua nak bagi ingat. Nak gua hantuk kepala lu kat bucu peti ais ke?

Harimau : dah lamo den tak ragging budak ni...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Maxis Mobile

Angkatan Muda Keadilan leka disontot, menyontot dan dibontotkan?

"Berikan aku sepuluh pemuda, akan ku goncang dunia" Soekarno.

Jika Pergerakan Pemuda UMNO lampau pernah dianggap "pemuda Halia" dan "umpama parti dalam parti" manakala Dewan Pemuda PAS berani mengegar keputusan-keputusan Istana, apa pula tindakan Ketua Angkatan Muda KeAdilan ketika YB Elizabeth dicemuh? Apa pula vokal Angkatan Muda Keadilan apabila Ketua mereka diratah lumat oleh Media Arus Perdana? Senyap sahaja kah? Di manakah kejantanan Syamsul di saat ia didambakan oleh golongan Muda?

Golongan Muda adalah denyut jantung buat Pakatan Rakyat maka kegagalan ia berdenyut membawa tafsiran bahawa Pakatan Rakyat umpama mayat yang bersuara. Ada jasad namun tiada roh.

Maka, perlulah pimpinan tertinggi Keadilan memikirkan sedalam-dalamnya untuk menukar pimpinan atasan AMK dan membawa suara yang lebih tegas, lebih jelas dan lebih berani.

Apa guna wujudnya Pergerakan Golongan Muda jika ia gagal berfungsi?

Percayalah, untuk terus relevan di zaman penuh cabaran, AMK wajib lebih hidup, lebih bernyawa dan lebih gagah. Buktikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk dan mencipta pemimpin-pemimpin muda yang kritis dan berwawasan.

Usahlah asyik mencipta gigolo dan pelacur jantan kelas atasan sahaja yang asyik dan leka disontot, menyontot dan dibontotkan.

19.2.09

Santai Petang

{lawak kiriman emel dari seorang teman}

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tidak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tidak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.

So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Harimau: mendalam makna tu...

18.2.09

Pagi Bersama Al-Ustaz

Al-Ustaz At-Tun Am-Mahathir pernah bersabda:


88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.


Sabda Al-Ustaz At-Tun Am-Mahathir boleh dibaca di blog Mantan Exco Bukit Lanjan yang beradab tidurnya itu. Semoga kita semua dapat sesuatu. Wallahualam.

17.2.09

Tan Sri Mohd Isa Bukan Zulkarnain

Beliau sebaliknya meminta Elizabeth yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya dalam internet supaya berehat dan memikirkan semula hasratnya itu.SAH!!! Bapak Borek Anak Rintik. { sini }


Maaf jika tajuk penulisan ini mirip rancangan Astro Prima. Apa yang Harimau mahu ulas, bukanlah pengisian tulisan blog atau rancangan tersebut tetapi kecelaruan orang Melayu menelanjangi (maklumlah, musim orang telanjang) isu-isu yang bersangkutan dengan "Pemilihan Pemimpin Ulul-Albab". Jika di Indonesia, khabarnya pemilihan pemimpin akan berpaksikan kepada ajaran agama Islam dan pemimpin wajib pandai mengaji Al-Quran. Kedengaran agak bagus walaupun hasilnya belum tentu.

Jika diamati struktur kepimpinan UMNO Bagan Pinang, tertanya di benak, kenapa pula Tan Sri Isa Samad yang telah dihukum rasuah/politik wang dalam pemilihan UMNO yang lalu masih diangkat menjadi pemimpin/Ketua UMNO? Inikah pemimpin Ulul-Albab yang paling menepati kriteria? Haru betul kalau inilah penterjemahan Pemimpin Ulul-Albab oleh mereka.

Pernahkah kita bertanya diri kita atau sekurang-kurangnya menjadi jantan untuk menolak pemimpin yang korup dan tidak bermoral? Tidak ramai yang berani.

Jika Melayu berterusan memilih dan mengangkat pemimpin korup (atau bekas pengkorup), percayalah bahawa walau dirangka seribu pelan sebaik dan sehebat DEB, pasti Melayu tetap miskin dan tidak mampu menggapai dan menikmati kekayaan (secara total) di negara sendiri.

Tiada pilihan ataupun ultimatum; kita wajib berani jika mahu parti anutan kita relevan dalam peta politik Malaysia.

Harimau: pukul kerana sayang.

Sembang Tepi Semak : Pemuda Sana, Pemuda Sini

Merujuk rancangan Hujah yang baru selesai, entah kenapa, Khir Toyo tampak lebih ke hadapan dari segi mutu hujah dan tenaga di pentas. Mukhriz kedengaran biasa-biasa sahaja dan malang tertimpa di kepala Khairy. Dengan hujah tanpa tepukan dari hadirin, mimik wajah Khairy yang seakan-akan mengejek panelis-panelis lain pasti diterjemahkan secara songsang oleh ahli-ahli UMNO yang menonton.

Membuat mimik muka yang "tidak elok", akan membuat peluang Khairy menjadi Ketua Pemuda jatuh merudum kira-kira 9%. Suka Harimau memetik kata-kata penutup Dr. Agus:

Kalau ingin memilih pemimpin,
Yang pertama elok,
Yang kedua pandai.

Secara peratusan yang Harimau selidiki sejak dari awal proses pencalonan Ketua Pemuda, rancangan Hujah pada hari ini pasti akan menaikkan ranking Khir Toyo 13.5% kehadapan dan menjadikan:
  • Mukhriz - 45 % akan menjadi Ketua Pemuda
  • Khir Toyo - 34% akan menjadi Ketua Pemuda
  • Khairy - 21% akan menjadi Ketua Pemuda

Antara pengakuan dan pendapat paling hebat pernah diucapkan oleh pemimpin UMNO adalah yang keluar dari mulut "suci & cute" Khir Toyo iaitu:

" Pemuda UMNO membawa suara kerajaan dan Pemuda Pakatan Rakyat membawa suara rakyat".

Ianya benar dan ia adalah antara asbab mengapa Pemuda UMNO diremehkan oleh golongan Muda yang "berakal". Rasanya, yang ramai di cawangan-cawangan UMNO adalah yang tidak berakal. Sekiranya ada kelapangan, Tuan/Puan boleh ambil masa sejenak untuk bertanya apa itu perjuangan UMNO khususnya kepada pemuda-pemuda di cawangan, pasti terkebil-kebil mata budak-budak muda yang hadir di mesyuarat cawangan kerana kehadiran mereka rata-ratanya dek kerana sogokan dan "duit teh" Ketua Cawangan .

Tanya pula kepada Pemuda Pakatan Rakyat, pasti jawapan yang paling "teruk" pun adalah "Kami menyokong dasar Anwar Ibrahim". Walaupun kedengaran agak bodoh, sekurang-kurangnya mereka tahu juga tujuan dan asas persepakatan Pakatan Rakyat.

UMNO mungkin tewas sokongan di kalangan golongan Muda tetapi sekurang-kurangnya masih ada pemimpin yang ada otak dan akal. Jika nak dibandingkan dengan Syamsul (Ketua AMK PKR), rasanya masih jauh ketinggalan pencapaian Syamsul. Dengan Dewan Pemuda PAS, rasanya usahlah dibandingkan kerana Salehuddin agak senior dan hebat; lebih hebat dan tuntas dari Hishamuddin.

Bercakap mengenai Hishamuddin, atas kapasiti apakah beliau diangkat menjadi Pemimpin? Darah bangsawan? Nampaknya, transformasi UMNO sudah jatuh hukum WAJIB!

Satu Kapal 2 Nakhoda? Biasalah tu.

Pertama, Harimau "BUKAN" lah teman lelaki Elizabeth Wong walaupun terkadang ada keinginan seperti itu. Harimau cuma kasihan kepada wanita. Al-maklumlah, pencinta wanita. Janganlah rasa kasihan Harimau pada YB Eli dibaca sebagai suatu agenda bersifat politik. Noktah. (kalau ada gambar beliau, email lah pada Harimau..hehehehe)

Berbalik perihal satu kapal 2 nakhoda, pelik sangat kah? Bukankah ia suatu persepsi yang biasa kita dengar?

Apa beza 2 Menteri Besar Perak; Nizar dan Zambry dengan 2 Perdana Menteri Malaysia? Bukankah ramai yang berprasangka yang Malaysia ada 2 Perdana Menteri iaitu Pak Lah dan Khairy Jamaluddin? Bukankah persepsi ini telah lama kita dengar?

Apa pula beza dengan Negeri Sembilan? Kalau ditanya "orang dalam" pentadbiran Negeri mahupun senior-senior UMNO yang berstatus politikus kedai kopi, mereka sering mengatakan bahawa Negeri Sembilan ada 2 MB; satu depan punya dan satu belakang punya, satu MB siang dan satu MB malam, satu MB sah dan satu MB haram. Siapa?

Perkhabaran angin yang Harimau sering dengar, seperti yang kita tahu, Tok Mat adalah MB Negeri Sembilan tetapi sumber tersebut juga menyatakan bahawa Dato' Azman juga mempunyai kuasa persis MB.

Perkara ini juga jelas disebut oleh YB Loke Siew Fook ketika menyampaikan ucapan di Taman Desa Rhu pra-Pilihanraya yang lalu.

Jadi, apa nak heran dengan satu kapal 2 nakhoda?

Harimau: ada tak benda macam ni di tempat anda?

Tidur Bogel

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum."Ini adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan," katanya kepada Malaysiakini. { sini }

Inikah kualiti Ketua Pemuda yang UMNO mahukan? Kita bukan terlalu dungu untuk membezakan yang mana berpolitik secara ikhlas dengan berpolitik untuk menonjol diri.

Bukankah khabarnya gambar Elizabeth adalah gambar "pelbagai posisi ketika tidur sambil berbogel"? Bukankah itu sangat jauh bezanya dengan penzinaan DS Chua Soi Lek?

Di mana pula Kak Ijad yang dulu lantang mempertahankan nasib wanita yang teraniaya? Elizabeth ni bukan Wanita ke? Tertanya juga jika masih wujud insan-insan yang ikhlas dalam memperkatakan nasib malang orang lain. Ada atau tiada?

Sejenak, bayangkan kita berada di tempat Elizabeth. Adakah kita akan men"cili" kan mulut-mulut puaka yang menuang cuka ke atas luka? Atau menangisi nasib malang kita sendirian? Entahlah.

Harimau : terlalu sibuk akhir-akhir ni. Maaf kerana lewat update blog.

14.2.09

YB Pakatan Rakyat memang persis seorang rakyat biasa

Fuh..memang sibuk minggu ni sampaikan banyak ceritera politik dalam negeri yang Harimau terlepas pandang. Biasalah, kalau sudah tarikh 14 Februari tu, berebutlah orang buat kenduri kahwin. Pelik juga kenapa diorang tak berebut buat pada tarikh Awal Muharam atau Hari Keputeraan Rasulullah. Yahudi dan Barat sudah berjaya menawan mentaliti dan budaya kita agaknya. Nauzubillah.

Berbalik pada persoalan asal, pernahkah kenduri-kendara Tuan/Puan dihadiri Yang Berhormat Ahli Parlimen? Jika Ya, di mana tempat duduknya? Sudah tentu di tempat duduk VVVVVVIP bukan?

Dalam kesibukan Harimau mengambil juadah, nun di sana, ternampak kelibat seorang Ahli Parlimen Telok Kemang (den tahu sobab den orang PD) yang turut hadir di kenduri En. Karip di Serting Hilir 5. Siapa lagi kalau bukan Datuk Kamarul Bahrin Abbas. Dengan agak low-profile , beliau menghembuskan satu persatu asap rokok; mungkin baru selesai makan.










Yang syoknya, beliau datang seorang diri, makan bercampur dengan orang kebanyakan dan rasanya, ramai yang tidak sedar bahawa beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan bergelar Datuk.

Datuk Kamarul, Harimau Menaip tabik spring pada Datuk!

Harimau : lain kali, nak tunggu kelibat YB-YB UMNO atau PAS pulak.

11.2.09

Nilai 1000 Ciuman Di Zaman Gawat

1000 Ciuman

Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,

Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya

Kanda Suparjo tersayang,

Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.

Kanda tersayang..bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,
dari Dinda Suti Nirwingsih

.... gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!

Ada Juga Berita Baik

Tarif bagi pengguna domestik turun purata 2.54 peratus manakala tarif untuk pengguna komersil dan industri masing-masing turun 2.7 peratus and 5 peratus.{ sini }

Selepas menonton seorang "Malaikat" berhujah di TV1 dalam rancangan Dialog@1, Harimau pun meng'on'kan komputer dan membaca laman sesawang dan blog-blog. Berita yang bermain masih tidak berubah cuma ada satu berita yang agak lain dari yang lain iaitu tarif elektrik turun +-2.54% bagi pengguna domestik.

Adakah ini hadiah buat rakyat Malaysia yang bersatu dalam membenci YB Karpal Singh? Wallahualam.

Harimau: Siapa agaknya "Malaikat" itu?

10.2.09

Sistem Penggiliran: Jawapan Bagi Suatu Persoalan

tambahan: Harimau menerima sms dari seorang teman yang minta Harimau bertanya samada "Benarkah Raja Muda iaitu Raja Nazrin yang bakal menaiki takhta sebenarnya tidak mengikut giliran yang sepatutnya"? Persoalan ini diajukan kepada anak watan / blogawan Negeri Perak yang arif.
Harimau tidak tahu kerana den oghang nogori.

Jawapan yang diterima dari Ayor Lemuju cukup untuk mencetuskan sesuatu. Terima kasih Tuan Ayor. Semoga ia menjadi jawapan buat Tuan yang bertanya.


ayor lemuju said...

Almarhum Tunku Jaafar bukan sepatutnya menaiki takhta, tetapi Yam Tuan Tunku Mukhriz. Orang Nogori semua tahu ini, dan sekarang takhta pulang kepada yang hak.

Masalah perebutan takhta berlaku di banyak negeri beraja dari dulu hingga ke hari ini.

Sistem penggiliran takhta negeri Perak Darul Ridzuan agak unik kerana berpecah 3. Saya sudah lupa asal usulnya dan bagaimana penggiliran itu dibuat dan sama ada ia dilaksanakan seperti yang dipiagamkan - dan saya belum dapat buat research.

Tetapi lebih kurang begini:ranking seniority Sultan dan calon raja adalah mengikut susunan bendera negeri Perak - putih untuk Sultan, kuning untuk Raja Muda dan hitam untuk Raja Dihilir.

Asalnya "A" menjadi Sultan, "B" menjadi Raja Muda dan "C" menjadi Raja Dihilir.

Sultan - A
Raja Muda - B
Raja Dihilir - C

Apabila "A" mangkat, "B" naik menjadi Sultan dan "C" naik menjadi Raja Muda. Putera kepada "A" akan naik menjadi Raja Dihilir.

Sultan - B (selepas kemangkatan A)
Raja Muda - C
Raja Dihilir - Putera A

Begitulah seterusnya.

Tetapi sekiranya "C" juga mangkat sebelum menjadi Sultan, putera kepada "A" akan naik menjadi Raja Muda dan putera kepada "B" pula mengisi kekosongan Raja Dihilir. Putera kepada "C" terpaksa menunggu di ranking bawah lagi (Raja Kecil Besar/Raja Kecil Bongsu or something).

Dari contoh ini ranking sekarang ialah:
Sultan - B
Raja Muda - Putera A (kerana C juga mangkat)
Raja Dihilir - Putera B

Katalah putera kepada "A" juga mangkat, maka putera kepada "B" naik menjadi Raja Muda dan putera kepada "C" baru dapat naik jadi Raja Dihilir.

Sekarang kedudukannya jadi:

Sultan - B
Raja Muda - Putera B
Raja Dihilir - Putera C

Lebih kurang begitulah.

Kesimpulannya, tiada yang menghairankan, kerana perlu diingat Kesultanan Perak sudah berusia 481 tahun Sultan Azlan Shah adalah Sultan yang ke-34

February 10, 2009 1:32 AM

9.2.09

Tugas Rakyat Bakal Bermula!

Lagi satu kes menunggu!! Osman Jailu masuk ICU, tapi kat hospital mana aku tak tau..Mintak tolong orang-orang Changkat Jering…tolong dapatkan IC number Osman Jailu. { sini } {berita yang belum disahkan}

Kita doakan yang baik-baik sahaja tetapi jika yang TERburuk juga yang disuratkan Allah, akan berpilihanraya kecil lah lagi. Mungkin yang ketiga selepas Bukit Selambau, Kedah ( sini ) dan Bukit Gantang, Perak ( sini ).

Adakah salah rakyat Perak yang mendoakan sesuatu yang kurang elok di saat-saat doa dimakbulkan? Atau perancangan Tuan Punya Dunia untuk memperlihatkan kebenaran dengan lebih jelas?

Apa yang Harimau lihat adalah, keputusan Pilihanraya Kecil di Perak akan ditafsir sebagai:
  • penentu siapa yang layak mentadbir Negeri Perak; PR atau BN.
  • penentu siapa yang layak menjadi MB; Nizar atau Zambry.
  • penentu suara siapa yang lebih "keramat"; Sultan atau Rakyat.
  • penentu siapa perancang strategi terbaik; Anwar atau Najib.

Apa tafsiran anda?

-------------------------------------------------

tambahan: Harimau menerima sms dari seorang teman yang minta Harimau bertanya samada "Benarkah Raja Muda iaitu Raja Nazrin yang bakal menaiki takhta sebenarnya tidak mengikut giliran yang sepatutnya"? Persoalan ini diajukan kepada anak watan / blogawan Negeri Perak yang arif.

Harimau tidak tahu kerana den oghang nogori.

Mentafsir Tindakan Ir. Nizar dengan 3 Soalan Asas mengenai Rukunegara (episod 2)

Sudah cuba jawab 3 soalan tadi? Tepet pula meluahkan pandangannya melalui blognya iaitu Tukang Sapu. Harimau juga menyalin tampal tulisan beliau yang bertajuk Freemason& Malaysia secara am. Baca dan tafsirkan sendiri.

-------------------------------------------------

Hebat betul Perak...dah 4hari berlalu...masih tak selesai masalah kek sano....kagum betul bilo sana sini pertikai tentang bekas MB Perak IR Nizar derhaka dengan sultan dan melanggar rukun negara...Kek sini den nak soal korang berkenaan rukun negara...

apokah kaitannya dengan freemasonry?Den bukak sikit sejarah freemasonary kek Malaysia.... ujudnya freemasonry kek malaysia pado 1511.Kerajaan inggeris tidak begitu mudah memberikan kemerdekaan pada Malaysia jika Freemasonrybelum kukuh di Malaysia

Bulih den katokan bilo ujudnyo perjanjian pangkor....perjanjian SULTAN PERAK dan british pada 1874 dimano perjanjian ini memisahkan Agama Islam dan pemerintahan.... mengukuhkan lagi penguasaan freemasonry bila sultan menerima seorang residen british sebagai penasihat didalam pentadbiran negeri kecuali bab agamo dan adat istiadat orang melayu....

Pado 1909, ujudnyo pulak Perlembagaan Majlis Persekutuan dan kemudiannya diubah menjadi Dewan undangan negeri yang menjadi asas pada pembentukan sebuah kerajaan berpalimen yang berdasarkan pada teori sekular dan demokrasi acuan british...

RUKUN FREEMASONRY

monotheisme - kesatuan tuhan @ tuhan yang maha esa
nasionalisme - fanatik pada satu bangsa iaitu yahudi,(takrif nasionalime - meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia pada negara dan bangsa mendahului diatas kepentingan yang lain.Dimana jiga fahaman ini berlawanan dengan umat islam yang berlandaskan aqidah dan syariat islam.....dari sudut sejarah fahaman ini jugalah yang digunakan musuh islam dalam menjatuhkan khilafah uthmaniyyah.....
humanisme - kemanusian yang adil dan beradab berdasarkan ajaran talmud dimana antara ajaran ini ialah menentang hukum hudud....
democratisme - penyatuan suara kerana kesepakatan dari bermesyuarat dan bertukar fikiran mendapat kesepakatan penyatuan suara dan itu adalah suara tuhan
sosialisme - cinta pada tanah air itu sebahagian dari iman


dan ini rukun negara Malaysia

KEPERCAYAAN PADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Boleh dikatakan hampir sama rukun negara dan rukun freemasonry atau boleh kita katakan rukun negara kita berpaksikan kepada lima rukun yahudi...dan ini menunjukkan yahudi sudah lama menguasai kita melalui acuan mereka.....

apo kaitan dengan mantan MB PERAK? lu pikiaq la sendiri..... mungkin derhaka pada sultan tapi melanggar rukun negara?hik hik hik

Tukang Sapu @ tepet pado 2/08/2009 11:34:00 PM

Harimau : Nauzubillah.

8.2.09

Perfectwater 75 ada kronologi Penderhakaan.

Ini adalah artikel yang ke seratus tetapi untuk kali yang ke-empat. Bagi yang telah mengikuti blog ini sejak diasaskan sejak Mei 2008 pasti tahu kenapa penulisan-penulisan yang lalu dipadamkan.

Walaubagaimanapun, hari ini Harimau hanya akan menyalin dan tampal penulisan dari http://perfectwater75.blogspot.com/2009/02/betulkah-semua-ini-kerjanya-orang-umno.html. Penulisan beliau berkisar tentang kronologi penderhakaan awal yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin senior. Kalau faktanya salah atau silap, sila bagitahu Harimau. Bagi Harimau, pabila penderhakaan yang kita tentang, ia perlu ditentang tidak mengira siapa yang melakukannya. Dalam hal mentaati Raja, samada kau UMNO atau PAS atau PKR atau DAP; derhaka tetap derhaka!

--------------------------------------------------------------

Salam,

Tertarik dengan catatan dengan seorang bloggers bila memaparkan antara peristiwa besar yang pernah berlaku sepanjang merdeka khususnya berkaitan dengan RAJA-RAJA M E L A Y U.

Tidak juga dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan ahli UMNO apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 diluluskan.

(tahniah dan terima kasih tidak terhingga, Tun! dan terima kasih tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja.

Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi.

Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.

Dari kesemua peristiwa itu, tidak pula dapat diingati ahli Umno mana dan berapa banyak pula penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak (kalau Najib tak turut menyokong pindaan Perlembagaan yang antara lain mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu, Karpal nak saman apa hari ini?

Siapa Yang Bersalah Buat Kerja 'DERHAKA' seperti ini? Entahlah....sendiri buat pentafsiran...

dikirim oleh perfectwater75 pada 15:23

Mentafsir Tindakan Ir. Nizar dengan 3 Soalan Asas mengenai Rukunegara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
------------------------------------------------------

Jika di amati betul-betul, hampir semua blogawan pro-Pakatan Rakyat mengatakan bahawa MB Ir. Nizar (serba-salah untuk menulis sebagai Mantan MB) sedang mempertahankan undang-undang yang dikatakan telah disalah tafsir sehingga mengakibatkan tersilap membuat keputusan oleh Yang Membuat Keputusan.

Maka, apabila Harimau pergi semula ke asas Rukunegara Malaysia, tertanya juga di benak:
  • Adakah kita mesti mentaati kelima-lima rukun itu?
  • Bagaimana jika terkurang satu atau lebih? Adakah kita tidak layak menjadi warganegara?
  • Adakah rukun itu disusun mengikut prioriti?

3 soalan asas ini perlu diberi jawapannya. Apabila sudah terjawab, barulah mudah untuk rakyat mentafsir tindakan Ir. Nizar samada beliau berada di pihak yang benar atau tidak.

Harimau : masih tertanya-tanya. Mungkin mahkamah juga tempat terbaik untuk dirujuk.

Bukan DSAI dan Lim 2 Beranak sahaja yang perlu bertaubat...

Berani kerana benar. Itu rasanya prinsip yang dipegang oleh YB Karpal Singh. Dalam hal ini, sebenarnya Karpal memang betul walaupun ada sesuatu yang tidak cukup.

Beliau kata DSAI bermain politik lompat hingga memakan diri...Memang dia betul.
Beliau kata Lim 2 beranak tidak bersamanya ketika menentang hudud...Memang dia betul.
Beliau memberi amaran kepada sesiapa yang membuat laporan polis terhadap beliau...Memang dia betul. Itu hak dia.
Beliau mahu saman Sultan...Memang dia betul kerana tidak berlanggaran dari segi perundangan (cuma nampak derhaka).
Beliau mahu DSAI dan Lim 2 beranak bertaubat..Haa..tang ni dia salah.

Yang nak kena bertaubat bukan sahaja DSAI dan Lim 2 beranak tetapi semua pengamal politik, sekalian rakyat dan termasuk dengan diri YB Karpal anak beranak sekali. Kalau nak di masukkan Sultan di dalam senarai "mereka-mereka yang wajib bertaubat" pun boleh kerana sedangkan Nabi Muhammad bertaubat setiap malam, inikan pula kita yang tidak maksum.

Harimau : semoga kita semua ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin.

Karpal : Kasi Tukarlah Pemimpin PKR

Anonymous said...

Ini ialah laporan The Star.

Karpal Singh minta Anwar Ibrahim bertaubat!

GEORGE TOWN: Cracks appeared again in the Pakatan Rakyat with DAP chairman Karpal Singh calling on PKR advisor and de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to step down.Blaming Anwar for creating trouble in the opposition alliance, he said PKR needed a new leader.“He (Anwar) has created enough trouble and it is time for him to bertaubat (repent).“It’s time PKR got itself another leader,” he told a press conference at his office here Sunday.Karpal Singh said members of PKR and DAP had fallen sway to the rhetoric of Anwar, who had supported the cross-over of elected representatives.

Sumber: http://www.thestar.com.my
February 8, 2009 4:36 PM

Tak terkejut pun. Memang ini perangai YB Karpal sejak dahulu. Cuma, kenapa beliau tidak namakan pengganti DSAI? Beliau mahu siapa jadi teraju? Azmin? Lim Kit Siang? Wan Azizah? Hadi Awang? Nik Aziz?

Confirm Pakatan Rakyat boleh tapau awal-awal kalau DSAI diturunkan dari menjadi pemimpin No.1. Tak percaya? Tengoklah nanti.

Mungkin projek Muzium UMNO di Johor sudah boleh diletakkan fosil-fosil Pakatan Rakyat sebagai daya penarik. Siapa tahu kan.

Baca amaran awal Harimau Menaip di sini dan di sini .

Lompatan Versi Kedua?

Maklumat terkini kami dapati lebih kurang 5 orang lagi daripada PR akan lompat Parti. Antara yang disebut-sebut ialah Keshvinder Singh.... Adun Malim Nawar dan Siva (Adun Buntong). Ada juga yang mengatakan S. Kesavan (Adun PKR Hutan Melintang). Ini bagi membolehkan suara masyarakat India berkumandang dalam Kerajaan.Di kalangan Adun Cina pula ialah Tai (Adun PKR Kuala Sepetang) dan seorang lagi Adun DAP berbangsa Tionghua. { sini }

Seandainya perkhabaran dari blog Perak Bangkit itu benar, nampaknya kegoyahan Pakatan Rakyat di Perak semakin kritikal. Ia tidak dapat diubat dengan demonstrasi atau memorandum; ia cuma dapat diubati dengan muhasabah diri dan tapisan yang lebih halus dalam melantik pemimpin dan calon-calon Pilihan Raya di masa mendatang.

Cukup sayang, rebahnya satu pemerintahan sah diakibatkan dari kecelaruan pendirian pemimpin dan bukan atas suara hati rakyat bawahan. Berita sebegini tentunya membawa 2 impak langsung atau tidak langsung:
  1. Rakyat merasakan BN adalah parti yang kuat dan meyakinkan.
  2. Rakyat merasa marah dan akan menghukum BN di PRU 13. Hukuman yang akan dijatuhkan adalah "hukuman mati" (dari aspek politik).

Secara simple calculation, mana-mana kerajaan yang diurustadbir oleh pemerintah yang beroleh kemenangan dari kaedah Pilihan Raya adalah bertunjangkan 33.2% suara rakyat. Selebihnya adalah mereka yang tidak mengundi, undi rosak dan sokongan kepada parti lawan. Secara mudah:

Katakan rakyat yang layak mengundi di sesebuah negeri berjumlah 100,000. Yang mengundi cuma +-70% iaitu 70,000 orang. Katakan undi rosak berjumlah 5,000.

Kerajaan memerintah dengan simple majority ialah 51% dari 65,000 iaitu 33150 orang (simple majority juga ditafsirkan sebagai 50% + 1).

33, 150/ 100,000 X 100 = 33.15%

Sekurang-kurangnya, ia adalah percentage yang agak besar iaitu +- 1/3 dari rakyat yang layak mengundi. Bagaimana pula percentage kerajaan yang berjaya ditubuhkan hasil dari pemimpin lompat/hijrah parti?

Bukankah ia suatu pengkhianatan pada rakyat? Jika tidak berfikir begitu pun, kita fikirlah apa persepsi negara jiran/asing terhadap Malaysia nanti?

Kita doakan yang baik-baik sahaja. Amin.

Perbandingan 2 Menteri Besar Negeri Perak

Suka untuk Harimau senaraikan biodata 2 Menteri Besar Negeri Perak untuk perbandingan kita semua. Sengaja tidak Harimau tampalkan wajah kedua-dua MB kerana gusar sekiranya kalian hanya memilih wajah dari "bakat" (ayat klise AF). Ramai yang menyatakan bahawa Perak makmur di bawah naungan MB Ir. Nizar cuma hayat politik dalam kerajaan Negeri ditakdirkan tidak panjang. Namun, harapan rakyat Perak (yang menghubungi Harimau melalui emel) agar Perak kembali aman dan damai tanpa perebutan politik yang berpanjangan dan tanpa sudah. Mereka juga doakan hak memerintah diberi kepada yang benar-benar berhak. Tidak meletakkan hak di tempatnya adalah bersamaan dengan ZALIM. Mahukah kita bersekongkol dengan kezaliman? Nauzubillah. Apa beza pula kita dengan Israel Laknatullah? Sia Paleh!

MB Kerajaan Perak melalui Pilihanraya Umum 12

Biodata

* Nama penuh: Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
* Umur: 51 tahun
* Tarikh Lahir: 17/03/1957
* Isteri: Fatimah binti Taat
* Anak: (8 orang) 5 lelaki, 3 perempuan
* Pendidikan:
- Sek. Rendah Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Kebangsaan Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Teknik Ipoh, Perak
- 1976 : A-Level, Norwich City College Of Science Technology, Norfolk, UK
- BSc. Mechanical Engineering, Aston University, Birmingham, UK

* Kerjaya:
- Pengurus Projek KPPD (UDA)
- Pengurus Kanan Daya Urus Sdn Bhd (UDA)
- Pengarah Urusan, Urus Harta S/R (PDC Penang)
- Jurutera Perunding Mekanikal (Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator)
- 17/03/2008 : Menteri Besar Perak

* Politik:

- 1995: Menyertai PAS
- Sehingga 2008 : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak
- Terdahulu : Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak, YDP PAS Kampar
- 2004 : Tewas di P67 kerusi Kuala Kangsar, PRU ke-11 (vs Datuk Seri Rafidah Aziz - BN)
- 08/03/2008 : Adun di N51 kerusi Pasir Panjang, PRU ke-12 (vs Datuk Dr S Vasan - BN)

* Kegiatan Masyarakat:
- Pengerusi Gabungan Membantah Kenaikan Air Perak- Timbalan Setiausaha PPK


MB Kerajaan Perak melalui proses Lompat/Hijrah Parti

Biodata

NAMA : Datuk Dr Zambry Abdul Kadir
TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
ISTERI: Datin Saripah Zulkifli
ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)

KELULUSAN AKADEMIK:

# PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
# MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
# MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
# B Econs (Kepujian) UIAM (1987)

PENCAPAIAN:

# Anugerah Kepujian (PhD) 1995
# Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
# Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)

JAWATAN:

# Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
# Ketua Umno Bahagian Lumut
# Adun Pangkor (sejak 2004)
# Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)

rujukan = http://serikasih.blogspot.com/2009/02/biodata-datuk-dr-zambry-abdul-kadir.html dan http://cikwiduri.wordpress.com/2008/03/17/mohd-nizar1/

------------------------------------------------------------------------

Tabik Spring Buat Blogawan PR!

{kemaskini jam 1:30 pm} Harimau mencoretkan komentar di blog http://satublogtotal.blogspot.com/2009/02/blow-harimau-menaip-prihatin-tapi.html

Salam Tuan,
Izinkan saya memetik bait kata Saiful Bukhari "Yang benar pasti tegak dan yang bathil pasti jatuh".


Saya tidak pasti siapa yang benar tetapi sentiasa mendoakan Allah memberikan kemenangan kepada yang benar. Tidak kira kebenaran itu di pihak mana, pasti Allah tahu kenapa insiden kecelaruan politik Perak berlaku. Dalam kelam kelibut, pasti terbit hikmah.

Tidak kira parti politik mana, jika salah kan selamanya salah.

Rasa penuh hormat dan kagum buat semua blogawan Pro- Pakatan Rakyat yang tidak pernah jemu dan putus asa menerangkan pandangan dari sudut yang sering tersisih dari media arus perdana.

Sayang, golongan hebat yang sebangsa dengan saya terbahagi beberapa bahagian iaitu :
1. pro BN
2. pro PR
3. neutral

Saya ada pilihan sendiri tetapi senantiasa meletakkan harapan agar tembok pemisah ideologi politik dipecahkan dan kita bangkit dengan satu suara, satu jasad dan satu roh. Memang agak mustahil tetapi bukankah harapan baru itu sentiasa mekar dan bercambah?

Salam persahabatan buat semua blogawan tidak kira apa parti. Kalian tetap saya anggap sahabat walaupun pandangan kita kadangkala berbeza. Pandangan berbeza itu adalah suatu rahmat.

Wallahualam.

------------------------------------------------------------------

Apabila Harimau membaca coretan Manjung Mari, rasa terharu dan kagum terus menular disegenap tubuh Harimau kerana melihat kehebatan blogawan-blogawan PR yang bekerja buat parti tanpa mengira penat-lelah dan upah-habuan.

Apa perasaan ADUN yang "melompat" apabila terbaca dan melihat gambar-gambar pengorbanan blogawan-blogawan tersebut? Atau mereka memang tiada hati perut?

Ha ha ha,, hangpa peratikan lah apa yang kami dapat kat sini… kami tidak disediakan apa-apa seperti yang perwakilan UMNO akan dapat pada pemilihan agung bulan MAC nanti.. Hotel mewah, makan di restoren ternama - duit siapa tu - duit dari mana - RASUAH - Insyaallah , kami tidak ada semua itu.. kami tiadak dapat apa-apa ganjaran.. Nak makan pun yang ada hamba-hamba Allah yang sedia nak belanja ,, itulah lah yang kami dapat..


Dato; Seri Ir Nizar.. Hanya ini yang kami termampu nak bantu Dato’, Insyaallah selagi kami dikurniakan kekuatan zahir dan fikiran selagi itu kami akan ketengahkan apa yang telah dilaku UMNO terhadap Dato Seri.. kami sedia menghadapinya.. kami Apa yang kami dapat disini pun syukur alhamdulillah..
{ klik SINI }

7.2.09

Apa Tugas Sultan? Adakah Baginda Melaksanakannya?

“Penderhaka” mengikut takrifan Kamus Dewan “Orang yang mengkhianati negara (Tuhan, suami dll)” Kalau UMNO menderhaka kepada RAKYAT dan Negara, kenapa pula Sultan hendak ikut perbuatan itu?. Sultan sepatutnya menjadi payung
kesejahteraan kepada RAKYAT, bukan menyusahkan RAKYAT sehinggakan kalau kereta Sultan nak lalu, ambulan yang bawa orang sakit pun kena ke tepi. Ini ke yang dinamakan Sultan sebagai Payung Kesejahteraan RAKYAT? Sebagai RAKYAT kami ingin tahu, APAKAH KERJA RAJA? { sini }

Merujuk http://www.scribd.com/doc/4608907/KERAJAAN-NEGERI , tugas seorang Sultan adalah :
  • Menjalankan tugas-tugas mengikut budi bicara dalam hal-hal; 1) merasmi, memanggil, menangguh dan membubarkan DUN, 2) Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Raja/ Sultan/ YDP), 3) Melantik waris, Permaisuri, Pemangku Raja (Raja/Sultan/YDBP), 4) Penganugerahan pangkat, kebesaran, kemuliaan, gelaran, 5) Melantik MB/KM, Majistret, Mufti atau Penghulu.
  • Bertindak atas Nasihat MB/KM dan MMKM dalam hal pentadbiran Negeri.
  • Menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam (Negeri-negeri Beraja).

Sekatan kuasa seorang Raja/ Sultan/ YDPB/ YDPN adalah :

  • Tidak boleh memegang apa-apa jawatan bergaji
  • Tidak boleh bergiat aktif dalam perniagaan
  • Tidak boleh mengampun diri, Permaisuri dan anak sendiri (kecuali YDPN)
  • Boleh didakwa di dalam Mahkamah Khas dalam kes sivil atau jenayah atas sifat peribadinya ( akan turun takhta sekiranya dijatuhkan hukuman penjara sehari atau lebih)
  • Tidak boleh mengundi di dalam Majlis Raja-Raja
  • Boleh didakwa di Mahkamah Awam
  • Boleh dilucutkan jawatan oleh YDPA dengan resolusi pemecatan 2/3 majoriti ahli DUN.

Persoalan samada Raja/Sultan menjalankan tugasnya amat sukar untuk dijawab kerana kita tidak mengetahui secara mendalam dan terperinci jadual mana-mana Raja/ Sultan tetapi Baginda dianggap oleh segelintir rakyat sebagai TIDAK BUAT KERJA, mungkin kerana:

  • Raja/Sultan tidak punch card seperti kita
  • Raja/ Sultan tidak turun padang dalam menyelesaikan kes-kes Murtad, Khalwat, Hina Agama dan sebagainya.
  • Raja/ Sultan sering dikaitkan sebagai pelaku dosa kelas atasan seperti minum arak, berpoya-poya dan sebagainya dan persepsi negatif itu berpunca dari perilaku anak Sultan dan kerabat-kerabat seorang Sultan.
  • Lain-lain hal.

Dalam perkara ini, ada seorang teman yang rapat dengan kerabat Raja dan hilang respek kerana di matanya tidak pernah kerabat yang dikenali itu mengikut suruhan Allah (solat, zakat, dsb) malah perilakunya tampak lebih Syaitan dari Syaitan itu sendiri (anggapan peribadinya).

Apa yang Harimau nampak, pemahaman bahawa seorang Sultan/Raja tidak buat kerja mereka adalah tidak lebih dari suatu persepsi tanpa bukti dan hujah. Namun, Harimau bersetuju bahawa Sultan / Raja itu adalah Hamba Allah seperti kita di mana tidak lari dari hukuman/boleh dihukum; mahupun di dunia ataupun di akhirat.

Bukankah Raja/ Sultan tidak maksum? Dan, "melakukan kesilapan" adalah tugas orang yang tidak maksum? Persoalan ini, kalian boleh jawab sendiri.

Wallahualam.

Harimau : kalau kalian kata Sultan salah, Harimau tidak menentang tetapi itu bukanlah "lesen besar" ke atas satu penderhakaan.

{dikemaskini pada jam 2020 hrs}

{maaf jika pautan/link tidak dari reliable sources. Namun, Harimau sedang berusaha mendapatkan sumber-sumber yang lebih berwibawa di masa mendatang}

Bila Raja Mahu Disaman Banggali

Kici-kici lembu jaga
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna
{ sini }


Lagu ni meletup masa Harimau sekolah rendah dahulu. Dinyanyikan oleh Hang Mokhtar. Tertarik apabila Husin Lempoyang menulis dan menggarap semula lirik asal dengan lebih sinikal dan lebih pedas.

Dalam organisasi-organisasi yang pernah Harimau berkhidmat, staf dari kaum sikh atau banggali adalah bangsa minoriti dengan nisbah 1000:1 (mungkin) tetapi ketrampilan orang Banggali nampak ke depan dan menyerlah. Faktornya pelbagai. Antara yang Harimau nampak dalam ruang lingkup Harimau sendiri adalah :


  • Pandai berpolitik (politik pejabat)

  • Pandai sembang dan kadang-kadang memualkan (hanya banggali yang Harimau kenal).

  • Pandai bergaul.

  • Pandai pelbagai bahasa (biasanya B.Mandarin, B.Inggeris dan B.Melayu)

Tidak dinafikan, terkadang naik mual juga melihat telatah dan karenah mereka tetapi orang Melayu perlu mengambil ikhtibar dan pengajaran dari sikap mereka. Bagaimana golongan minoriti seperti mereka dapat mengharungi pahit getir sebagai golongan minoriti di Malaysia. Bagaimana mereka dapat mengekalkan jati diri walaupun tidak bertongkatkan subsidi, tidak bernaungkan mana-mana parti politik/pertubuhan dan tidak berselindung di sebalik mana-mana kumpulan gangster.

Maka, tidak hairanlah mereka yang minoriti amat sinonim dengan profesion yang hebat seperti peguam dan doktor. Mungkinkah banggali adalah sememangnya bangsa yang hebat? Rasanya tidak kerana setiap bangsa itu perlu berusaha untuk mengubah nasib bangsanya sendiri. Dalam erti kata lain, semua bangsa adalah sama hebat.

Mengambil-kira suasana politik mutakhir dengan berita Karpal Singh yang berkira-kira untuk menamakan Sultan Perak sebagai Defendan pertama dan Kerajaan baru Perak sebagai defendan kedua, adakah bangsa Melayu sudah ketandusan peguam-peguam hebat yang dapat menerajangi dan menggelamkan persepsi rakyat Malaysia bahawa "Banggali adalah Lawyer terhebat"?

Jika kalian menjawab "TIDAK ", maka lawan dan tentanglah peguam-peguam banggali ini (Karpal and co.) di medan yang sebenar iaitu mahkamah. Usah bacul dan usah gentar. Buku perundangan Malaysia yang dibaca Karpal Singh adalah sama dengan buku perundangan yang dibaca peguam-peguam Melayu. Jangan menang di media tetapi kalah di medan juang. Ambil ikhtibar terhadap kehilangan Pulau Batu Putih.

Itupun jika tindakan UMNO Perak adalah sah di sisi undang-undang. Jika salah, belit macamana pun kan tetap salah.

Akhir qalam, Singh is not a King kerana ini bukan filem Hindustan.

Bila Pemimpin Merogol Maruah Sendiri Di Khalayak

"Mohammad Nizar hanyalah boleh diturunkan daripada kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ia bersidang," katanya. { sini }

Munkin ada benarnya dakwaan Tuan Guru dan jika perundangan sememangnya telah dicurangi oleh BN/UMNO di Perak, maka tindakan perundangan wajar difailkan terhadap BN/UMNO. Sebenarnya, kerajaan baru BN Perak adalah kerajaan yang goyah dan tidak kukuh. Bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan jatuh tersungkur seandainya 3 individu Bebas bertukar arah kepada Pakatan Rakyat. Jika perkara ini berlaku, maka sistem politik Malaysia akan ditertawakan di seluruh dunia. Apa penyelesaiannya? Akta Lompat Parti? Rasanya tidak.

Pemimpin yang lompat parti adalah pemimpin yang 'merogol' maruahnya sendiri di khalayak. Satu Malaya sudah tahu siapa dia Dato' Ibrahim Ali, Tengku Razaleigh, Shabery Chek, Rais Yatim, Nasaruddin, Jamaluddin dan lain-lain. Kita telah saksikan bagaimana keimanan politik mereka senantiasa berubah-ubah. Yang memeranjatkan, mereka masih ada tempat di dalam struktur organisasi yang mereka wakili. Rakyat yang mereka wakili masih lagi mengangkat mereka sebagai hero dan pemimpin agung. Kenapa?

Kerana minda dan pemikiran rakyat Malaysia dalam skop politik masih belum dimerdekakan. Asbab itu, yang putih akan kelihatan kuning dan hitam kelihatan unggu. Kita nampak yang tersurat tetapi gagal mentafsir yang tersirat.

Semua parti sibuk mencipta dan menambah ahli tetapi alpa dalam menambah pemimpin yang berkualiti. Jika penciptaan pemimpin ini menjadi agenda, maka kita akan lihat pemimpin-pemimpin tua yang masih berideologikan politik kuno akan digantikan satu-persatu. Atas usaha itu, maka mendidik pemikiran politik yang merdeka pada rakyat akan menjadi enteng.

Hasilnya, tiada lagi tindakan-tindakan politik kelas ketiga seperti lompat parti ini yang berlaku. Pemimpin akan malu dan lebih menghormati pilihan rakyat.

Mahukah rakyat Perak menyaksikan Menteri Besar ditukar sebulan sekali dek hanya ada pemimpin tidak berpendirian seperti Dato' Nasa? Kalian tahu apa jawapan dan kalian harus fikir sendiri tindakan susulan.

Wallahualam.

6.2.09

Mari Bernyanyi Lagu Negeri Perak

Dilanjutkan Allah usianya
Sultan Adil dan murah memerintah watan
Dita'ati rakyat kiri dan kanan
Iman yang solleh
Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan

Jangan lalai maksud bait lagu Negeri Perak wahai anak watan Perak. Apa pula maksud warna bendera Negeri Perak?





Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. { sini }


Bukankah kedua-duanya sarat dengan kesetiaan kepada Raja/Sultan?

Masa Untuk Kerajaan Pusat Dirampas?

Pelbagai soalan tercetus di benak apabila membaca komentar yang ini:

aku said...
salam tuan,pandangan peribadi saya, saya tidak akan menghormati sultan disebabkan :

1) sekiranya 'Kitul' masih tidak dapat dibenteras dalam istana (seperti yang berlaku di Terengganu, Ahmad Said menjadi MB disebabkan kerabat terengganu bengang dengan Idris Jusoh yang tak banyak bagi projek masa dia menjadi MB..informasi ini saya dapat dari salah saorang rakan PTD di Istana Negara)Kalau di Perak, orang kuat BERNAMA yang menjadi si Kitulnya (seperti yang dinyatakan kepada saya beberapa veteran 'umno' di kampung saya)

2)Saya memang tidak mempercayai Sultan yang hanya sekadar simbol dalam perlembagaan sahaja.Kalaulah hanya gaya 'coup de ta' yang di luar Dewan (melainkan dilaksanakan undi tidak percaya dalam Dewan baru nampak molek sikit) boleh dilakukan dengan perkenan sultan,saya cadangkan kita mansuhkan pilihanraya.Hanya sultan yang membuat lantikan.

3)saya berpegang pada pendapat tetamu di RTM semalam, adakah kita semua pasti kerajaan yang baru ini akan bertahan?Ingat, 2 orang "haprak" yang dikaitkan rasuah seks (malah mengaku)mendokong dan menyokong kerajaan baru.Apakah jaminan yang lain2 itu tak lompat parti?

4) Persepsi umum terhadap PEKEMBAR akan lebih buruk kerana umum akan mengaitkan kenapa BN tidak mahu pilihanraya di 3 kawasan tersebut disebabkan menjelangnya pemilihan PEKEMBAR.PEKEMBAR punya pasal, sultan dapat nama BUSUK.

5)Sejarah banyak kali tercatat, Sultan-sultan melayu yang menjatuhkan kepentingan orang melayu sendiri akibat perangai Kitul yang mengelilingi sultan.Perjanjian Pangkor 1824?Penubuhan Malayan UNION pada awalnya yang dipersetujui oleh raja melayu (akibat gelap mata)?Hilangnya Temasik ke Stamford Raffles?Hilangnya kerajaan Islam Melayu-Patani-Siam-Ayuthia akibat Perjanjian Bangkok 1924 yang dikhianati oleh sultan melayu?Pulau Batu Putih?

Maaf, bagi saya perasaan hormat kepada Sultan itu semakin menipis.Memang patut Butterfingers membuat lagu 'Daulat Tuanku" yang mengkritik kehidupan sesetengah anak Raja...'cari gebu-gebu, teman beradu'.
wasalam

**al-fatihah disedekahkan untuk Arwah Ustaz Wan Soghir kerana sempat saya bersamanya untuk mendalami beberapa perkara mengenai Kemakmuran Raja Melayu pada ketika dahulu.terima kasih ustaz
.
February 6, 2009 10:32 AM

Tidak dapat dinafikan, ada benarnya apa yang dicoretkan namun apa daya kita sebagai rakyat bawahan? Selagi kuasa Raja termaktub dan dilindungi undang-undang, setiap tutur-kata membidas akan dipandang sebagai menderhaka. Dato' Seri Anwar pernah berkata {s.i.n.i} :
"Maka, sebab itulah kekebalan harus diberikan semula, (dalam bentuk) terikat dengan perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan."


Benar, ia tidak adil buat Pakatan Rakyat di Perak tetapi inilah resam politik. Harimau pun tidak suka kerajaan tertubuh akibat penghijrahan parti tetapi ia telahpun terjadi. Bercerita mengenai DSAI, bukankah DSAI pernah berkata bahawa beliau ada "nombor" untuk merampas Kerajaan Pusat? Kenapa tidak rampas sahaja sekarang? Kita soal DSAI dan tunggu jawapannya. Kalau benarlah terjadi seperti yang pernah beliau canangkan, maka percayalah bahawa:
  1. Rusuhan oleh BN akan menjadi lebih raksasa dan lebih kurang ajar.
  2. Ramai Ahli Parlimen, Pak Menteri dan Timbalan Menteri akan membunuh diri.
  3. Ramai Kontraktor akan membunuh diri.

Ada nak tambah lagi?

Wahai Anak-Anak Perak

kemaskini 7:45 pagi- terdapat komentar yang mempertikaikan

1) kita tidak perlu menyembah Raja kerana dia juga manusia
2) blog Harimau Menaip semakin tidak neutral dan sering melakukan provokasi terhadap PR

Pada Harimau, blog ini tidak pernah menyuruh sesiapa menyembah Raja apatahlagi Datuk Musa Hitam tetapi menggunakan perkataan "menghormati" dalam mempertahankan hak mutlak Sultan. Ia tetap begitu walaupun keputusan Sultan Perak adalah dengan pembubaran DUN. Bayangkan, jika dengan Sultan pun kata-kata tiada tapisan, bagaimana pula tuturkata kita pada orang bawahan yang melata di muka bumi?

Kedua, blog ini senantiasa neutral cuma seperti biasa, penulis blog ini pasti ada pendapat dan pandangan yang tersendiri. Terkadang ia memihak di sini dan terkadang ia memihak yang di sana. Ada juga Harimau mengambil jalan tengah. Sepanjang pergolakan politik Perak, blog ini tidak membuat liputan dan ulasan kerana menghormati semangat politik kedua-dua pihak. Blog ini cuma menulis buah fikiran apabila keputusan sudah dibuat oleh si Pembuat Keputusan.

-----------------------------------------------------------

Anak-anak Perak yang dihormati,

Sultan kamu diseranah dan dihentam kata-kata nista. Usahlah mengaku anak Perak jika kamu bersekongkol atau mendiamkan diri.

Simpanlah sahaja keris itu sehingga kiamat jika tidak diguna untuk membunuh penderhaka-penderhaka Raja itu.

Pernahkah Sultan kamu menempelak kamu ketika kamu menukar kerajaan Negeri? Tidak kerana Sultan kamu tahu itu adalah kuasa mutlak kamu sebagai rakyat.

Kenapa kamu semua tidak tahu menghormati hak mutlak Tuanku Sultan sebagai Sultan Negeri Perak? Inikah hadiah Rakyat Perak buat Rajanya?

Klik http://books.dreambook.com/duli/duli.html dan pertahankanlah Sultan Azlan Shah walaupun darah yang terpaksa kamu tumpahkan.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

5.2.09

Nizar BUKAN Pilihan Rakyat

Mata Harimau sudah naik juling dan berpusing apabila membaca tulisan-tulisan yang mengatakan bahawa "Nizar pilihan rakyat dan Zamri pilihan Najib". Harimau mohon isu ini didebatkan oleh blogawan PR dan blogawan BN. Ada sesiapa yang boleh sediakan pentas? Tapi rasanya, tak payah kerana isu ini amat mudah jika kita buntangkan mata itu sedikit.

Rakyat Perak tidak memilih Nizar sebagai MB Perak tetapi Rakyat Perak memilih ADUN dari DAP; jika kita ambil kira jumlah kerusi yang dimenangi. Maka, salahlah jika kamu mengatakan DS Nizar adalah pilihan rakyat. Mengikut formula politik samarata dan tidak mengikut perlembagaan sedia-ada, YB Ngeh sepatutnya MB Perak ke-10; jika diukur dari kekananan beliau dalam parti DAP Perak. Tapi, jika ikut "pintu depan" dan "politik halal Malaysia", ia tidak boleh jadi milik DAP disebabkan YB Ngeh bukan Melayu Islam.

Nizar dijadikan MB Perak kerana:
  1. Takdir dari Allah (walaupun bukan haknya jika berasaskan pilihan rakyat).
  2. Undang Tubuh Negeri Perak.
  3. Perkenan Sultan Perak.

Bagaimana pula Zambri menjadi MB? Formulanya sama:

  1. Takdir dari Allah (juga bukan haknya jika diukur dari PilihanRaya).
  2. Undang Tubuh Negeri Perak.
  3. Perkenan Sultan Perak.

Oleh itu, kenapa timbul cerita rakyat tak suka, keputusan tidak ikut perlembagaan, Raja tidak adil dan macam-macam lagi? Apakah semalam kita berfikir menggunakan otak tetapi hari ini kita menggunakan kepala lutut?

Sedarkah kita, siapa berada dibelakang kecelaruan ini semua? DSAI yang lembab berfikir, DS Najib yang tiba-tiba bijak, Dato' Nasa yang menjadi pelakon utama, 2 ADUN PKR yang sayangkan masa depan diri sendiri dan...tang ADUN DAP ni Harimau kurang nak faham sikit. Dia ni apahal?

Akhir qalam, ini semua adalah proses normal dalam berpolitik. Jika yang ini pun kita tidak sanggup telan, cepat-cepatlah resign dari arena politik Malaysia ini.

Wassalam.

Ir. Nizar, Dr. Zamri, BN dan PR

بسم الله الرحمن الرحيم

Buat Ir. Nizar

Dato' Seri Ir. Nizar, kamu bukan tidak bagus cuma Allah telah menarik balik kekuasaan yang dipinjamkan kepada kamu. Mungkin, Allah memberinya untuk kamu rasa bahawa menjadi ketua itu amat getir apatahlagi di Negeri Perak. Semoga esok, kamu menjadi orang yang lebih hebat dan kuat berbanding hari ini. Sekurang-kurangnya, kamu masih menjadi ketua walaupun Ketua Pembangkang. Selamat Maju Jaya Dato' Seri.

Buat Dr.Zamri

Selamat datang YB Dr. Zamri. Jagalah kedudukan yang dipinjamkan Allah itu dan pastikan kamu melakukan tindakan yang kamu rasa betul dan baik. Sekalung Tahniah dari blog ini.

Buat teman-teman Pakatan Rakyat

Janganlah kita mengundang kemurkaan Kebawah Duli Sultan Perak kerana ini adalah adat berpolitik. Bayangkan, jika impian 16 September lalu menjadi realiti, bukankah ia adalah situasi yang mirip? Maka, kuatkan semangat untuk menambah kekuatan yang ada dan membaiki yang pincang. Percayalah, ini adalah balasan Allah buat mereka yang "terbuai" dengan mitos yang kononnya rakyat telah menang. Ia bukan sebegitu kerana ia adalah hanya semata-mata ujian dari Allah. Jika UMNO dikatakan alpa setelah 50 tahun memerintah, maka lebih hinalah mereka yang alpa dengan hanya memerintah tidak sampai setahun. Renung yang tersirat.

Buat teman-teman Barisan Nasional

Jangan riak dan jangan takbur. Usah pinta untuk dihukum sebanyak 2 kali. Perbaikilah kebodohan yang ada dan berikanlah yang terbaik buat rakyat kamu. Fahamilah, ini bukan kejayaan demokrasi tetapi kejayaan kamu berpolitik sahaja. Jangan ulangi keangkuhan laksana beruk, mendabik dada laksana merak dan lupa daratan bak cenderawasih. Tiada kejayaan tanpa restu rakyat dan Rajanya.

Buat diri sendiri

Harimau Menaip selamanya menentang lompat parti kerana ia mentaliti dunia ketiga. Ia umpama pelaku dosa besar orang yang lari dari perang!

والسلام

هريماو مناءيڤ

PAS dan BN wajar menerajui Perak

Di manakah exco-exco DAP ketika DS Nizar memerlukan sokongan? Di manakah rakyat yang menerima status pemilikan tanah 999 tahun di kala Menteri Besar kamu di dalam kebingungan?

Mungkinkah mereka sedang terseNGEH?

UMNO kelihatan muflis calon bagi MB tetapi DS Nizar memang berbakat. Apakah jalan yang terbaik? PAS Perak, Bebas dan BN bersatu hati dalam membentuk kerajaan. DS Nizar kekal Menteri Besar. Bukankah BN menerima sesiapa sahaja walaupun petualang-petualang?

Dan, mampukah mereka-mereka itu terseNGEH lagi? Mungkinkah "belang" DAP makin terdedah apabila terdengar mereka berkata:

Lato' Seli Awar...apa sulah ladi..teoli lompat sulah makan dili..ini macam talak boleh ladi. Pelingkuplah latuk seolang lili..Kami sulah tilak tahan lali

Dan, memanglah wajar Dato' Seri Najib dianugerahkan "The Politician Of The Year". Ingat, anugerah itu untuk DS Najib dan bukan DS Rosmah.

Harimau: DAP lah yang telah menjahanamkan kerajaan Perak. Itupun, kalau kalian tidak buta.

Kepala Hotak Boleh Buat Batu Cincin!

DSAI berjaya menarik 1 ADUN BN ke dalam Pakatan Rakyat; ia sudah kira menakjubkan. Namun, pabila DS Najib menarik 4 ADUN agar menyokong BN membentuk kerajaan di Perak; ia sudah tidak terkata. Mungkin frasa "Kepala Hotak Boleh Buat Batu Cincin" boleh menggambarkan kehebatan Dato' Seri Najib.

Yang tidak bagusnya adalah, Perak telah melahirkan blogawan-blogawan hebat yang majoritinya dari kem Pakatan Rakyat. Sayang jika bakat dan pesona penulisan/cetusan idea mereka terkubur dengan terkuburnya kerajaan DS Nizar atau lebih tepat kerajaan YB Ngeh itu. Sudah ada tanda-tanda kekecewaan dan "kehilangan" blogawan dari Perak yang Harimau amati. Harap-harap, ia hanya kesan sementara.

Adakah politik Kedah bakal menyusul? Bijakkah politikus-politikus BN di Kedah untuk merampas kerajaan dari tangan PAS? Dan pandaikah politikus-politikus Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan Negeri Sembilan dari UMNO?

Masa masih panjang. Wisel perlumbaan baru sahaja ditiupkan. Kalau benar BN jadi kerajaan di Perak, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada kabinet DS Nizar kerana "membelikan" kereta mewah buat exco.

Ooops! Jangan lupa. Bagi status pajakan 999 tahun kepada orang Melayu yang kononnya nasib mereka mahu diperjuangkan UMNO itu. Mata rakyat masih memantau, jangan sampai rakyat menyantau. Sia Paleh!

Harimau Menaip

4.2.09

Musa Hitam Didewakan di Segambut!

Usahlah desakan politik membutakan mata-hati. Agama Islam wajib diletak di atas sekali tanpa sebarang kompromi.




Harimau ke Segambut siang tadi dan amat terkejut apabila terpandang kelibat Datuk Musa Hitam. Duduknya di rumah Banglo dan bersedia menerima tetamu. Walaupun begitu, janganlah kalian khususnya ahli UMNO yang berkategori pecacai dan kaki ampu menyembah dan meminta projek Mega dari Datuk. Datuk Musa Hitam yang ini bukan suka berpolitik apatahlagi makan rasuah!

Harimau bertanya kepada penduduk di situ (taman Sri Sinar) namun jawapannya amat memeranjatkan. Penduduk tersebut mengatakan Datuk tersebut adalah penduduk asal yang menjaga kawasan tersebut. Persoalan di benak, adakah ia bukti bahawa Melayu itu Tuan?

Kategori Ahli UMNO (seperti yang dijanjikan)

Akan bersambung malam nanti. InsyaAllah.

{terima kasih kepada komentar yang mengingatkan bahawa blog ini wajar neutral}

--------------------------------------------------------

kemaskini jam 7.00 malam

Bagi mengenal pasti kategori-kategori UMNO amatlah mudah dan atas sebab itu, taktikal dan muslihat UMNO tampak basi melainkan rombakan besar-besaran dilakukan terutama Pasca pemilihan Mac nanti. Dibawah, adalah 8 kategori ahli UMNO dikedudukan paling atas setelah disenarai-pendekkan.
  1. Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bangsawan, Faham asas perjuangan, pandai politik dan ikhlas berjuang (hampir pupus)
  2. Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bawahan, Faham asas perjuangan, pandai politik dan ikhlas berjuang (jarang-jarang)
  3. Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bangsawan, Benak asas perjuangan, bodoh politik tetapi berjuang kerana kekayaan (ini paling ramai)
  4. Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bawahan, Benak asas perjuangan, pandai politik tetapi bangang berjuang.
  5. Mereka yang bukan dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bawahan, Faham asas perjuangan, pandai politik dan ikhlas berjuang.
  6. Mereka yang mata duitan (berlambak).
  7. Mereka yang bukan Melayu tetapi mengaku Melayu dengan nawaitu untuk mentedarah kekayaan secara songsang (segelintir telah diangkat menjadi pemimpin)
  8. Mereka yang tiba-tiba muncul dan menjadi golongan atasan UMNO tanpa ditapis dari cawangan dan bahagian.

Siapa boleh namakan golongan 6, 7 dan 8, dia memang pandai.

3.2.09

7 Kategori Ahli PKR

Apa agaknya yang pelik jika 2 Adun yang tak habis sakit-demamnya itu melompat atau keluar parti? Bukankah semua ahli PKR itu pelompat yang berasal dari UMNO?

Jika ada ahli PKR yang menafikan kenyataan ini, maka dia sebenarnya hanya mula berpolitik sejak 1-3 tahun yang lalu. Kalau orang lama, memanglah dia dahulu ahli UMNO.

Bukankah UMNO yang mengajar segelintir mereka berpolitik? Secara hakikat, ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat terbahagi kepada 7 jenis:
  1. Mereka yang mengagumi DSAI semasa DSAI dalam UMNO.
  2. Mereka yang kecewa dengan kezaliman Tun Mahathir pada tahun 1998.
  3. Mereka yang tidak mempunyai peluang dari UMNO.
  4. Mereka yang cemburu dengan kekayaan kroni-kroni UMNO.
  5. Mereka yang mahukan kesamarataan dan bosan dengan UMNO yang kelihatan berat-sebelah.
  6. Mereka yang bodoh berpolitik di medan politik tetapi hebat di jalanan.
  7. Mereka yang hebat berpolitik; baik di medan politik mahupun di jalanan tetapi terpinggir atau bakat mereka tidak dapat dikesan oleh UMNO.

Terpulanglah kita mahu meletak 2 Adun Perak itu di kategori yang mana. Walaubagaimanapun, bukan sahaja FAM yang memerlukan coach yang baru bagi menyusun taktikal pasukan, PKR pun sudah sepusat-sepusing!

Satu Lagi Khidmat Masyarakat dari Harimau Menaip


{ salin tampal dari sini }

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Projek amal kami diteruskan lagi tahun ini.

Untuk projek kali, kami telah memilih 5 buah asrama yatim di Negeri Melaka dan kami merancang untuk mendapatkan buku bacaan dan latihan bagi kegunaan mereka, khususnya bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Kami juga bercadang untuk menaja yuran tuisyen mereka dan menyediakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet bagi setiap asrama tersebut.

Sekiranya saudara dan saudari berminat untuk bersama-sama kami bagi menjayakan projek amal ini, saudara/i bolehlah menyumbangkan wang tunai (seberapa yang mampu) ke akaun di bawah ini :

NUR AFLAH PUBLISHERS
MAYBANK : 5040-5830-7102

Sumbangan juga boleh dibuat melalui cheque atau wang pos dengan menggunakan nama NUR AFLAH PUBLISHERS dan sila poskan sumbangan anda ke alamat di bawah:

NUR AFLAH PUBLISHERS
PETI SURAT 392
PEJABAT POS BESAR MELAKA
75760 MELAKA
ATTN : PROJEK AMAL 2009


P/S: Sila emailkan butiran sumbangan saudara/i ke alamat nuraflah@streamyx.com untuk memudahkan pihak kami menguruskan sumbangan tersebut.

Kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih di atas keprihatinan saudara dan saudari.

Sekian, harap maklum.

b/p NUR AFLAH PUBLISHERS

NOTA: Kerjasama saudara/i diperlukan untuk menghebahkan projek ini. Semoga kita sama-sama akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

1.2.09

Blogawan Jadi Calon Pilihanraya Kecil?

Blogawan Pakatan Rakyat bercadang untuk melobi 2 nama besar dalam dunia blog iaitu Mat Saman Kati dan Sya Reformis. Namun, seperti komen Harimau dalam blog Al- Banjari :

Harimau-Menaip said...
Alamak!Memang bergegaq Perak ni.
Tang Sya tu, saya 50-50. Sian dia. Nanti kena ushar dengan "Sang Rasuah Seks" tu pulak.Tapi kalau Mat Saman Kati, saya angkat 2-2 belah tangan.Side UMNO, kena blogger jugak barulah adil. Mungkin geng BPN ada nama?
February 1, 2009 11:09 PM

Mungkin, Pak Najib perlu berkira-kira untuk menerima nama-nama geng Bloggers Pembela Negara (BPN) sebagai calon UMNO? Jangan calonkan penulis blog "rembau dot net" sudahlah!

Apalagi Panglima Perang, kasi cadanglah nama!

Hijrah/Ghaib : Dari Kotak Fikiran Pemimpin PAS

Anda mungkin bertanya apa perbezaan antara langkah yang diambil oleh ADUN Bota dengan pengurungan dua ADUN PKR oleh pihak atasan yang terdesak?

Jawabnya ialah kerelaan.Selepas ADUN Bota mengumumkan menyertai PKR, beliau bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung. Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.

Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN.


Lagi ulasan Husam Musa di sini. Tertanya juga di benak, adakah ini Husam Musa yang sama yang "hari ini mahu Hudud, Besok sudah flip-flop"?

The Magnificent Anwar


Semakin UMNO memfokuskan pandangan dan tumpuannya ke Perak, semakin mereka tidak sedar bahawa Negeri Sembilan berada di dalam keadaan tergugat. Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, ada Adun-adun yang akan berhijrah parti dan seterusnya menukar landskap politik Negeri Sembilan. Agensi kerajaan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menangkis sebarang kemungkinan tetapi bukankah strategi Anwar Ibrahim itu halus lagi tajam? Hanya yang berilmu tembus-pandang sahaja yang sedar.

Kita tunggu dan lihat. Jika Perak berstatus-quo, mungkin Negeri Sembilan yang akan memeranjatkan semua. Di kala itu, saya akan menggelar DSAI sebagai "The Magnificent Anwar".

Gantikan Rasuah dengan UMNO? Gantikan Liwat dengan PKR?

Aku cadangkan perkataan "rasuah" dimansuhkan dan digantikan dengan perkataan "umno"..jika pada tahun 2020 nanti seorang pegawai polis didakwa menerima rasuah laporan akhbarnya mesti bertulis:-contoh ayat- seorang pegawai polis didakwa di mahkamah kerana terlibat menerima umno dari seorang peniaga. { sini }

Harimau cukup hormat dengan blogawan Kulup Sakah yang menulis blog dari hati; sekurang-kurangnya lebih hebat dari "Penulis Tamu" pemuda UMNO yang menulis menggunakan lubang mencirit. Cuma Harimau terpanggil untuk berfikir di luar kotak tentang apa yang ditulis oleh Tuan Kulup.

Apa sahaja boleh kita guna untuk mentafsir atau menggantikan perkataan "Rasuah" walaupun menggantikan ia dengan UMNO, namun adakah kita dapat terima jika khalayak menggantikan perkataan "Liwat" atau "Pemimpin Bodoh" sebagai PKR? Tentu sahaja jawapannya Tidak.

Semasa sekolah dahulu, pantang ada kawan yang nama Atuknya atau nama ayahnya yang pelik dan kelakar, pasti akan menjadi nickname.

Sebagai contoh, Yamin Bin Pungut, kompom akan dipanggil "Pungut". Hisham Bin Azman Bin Kelebek, akan dipanggil "Kelebek". Persoalannya, bukankah kita agak keanak-anakkan jika masih begitu?

Bagaimana mahu menjadi tulang belakang Malaysia jika minda kita masih belum mengalami proses akil baligh?

Wallahualam.